• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Predator Helios Neo 14: Laptop 14” kompak RTX 40 dan Intel Core generasi ke-14

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:03 am
  • 12/04/2024
  • Komen
Predator Helios Neo 14: Laptop 14” kompak RTX 40 dan Intel Core generasi ke-14
Share on FacebookShare on Twitter

Acer mengumumkan beberapap produk bagi memperkemas penawaran laptop gaming mereka dengan komponen segar tahun 2024 seperti GPU siri RTX 40 dan juga CPU Intel generasi ke-14. Salah satunya adalah Predator Helios Neo 14.

Predator Helios Neo 14 adalah varian baharu dalam keluarga Helios Neo apabila ini adalah yang pertama dalam sirinya dengan paparan 14” untuk beri lebih pilihan berbanding Helios Neo 16 sedia ada. Variasi paling premium laptop ini menggunakan panel paparan IPS WQGA (3072 x 1920) dengan kadar segar semula 165Hz.



Atas papan utama, Helios Neo 14 diperkasa sama ada Intel Core Ultra 9 185H, Ultra 7 155H, atuapun Ultra 5 126H yang akan bergandungan dengan GPU sama ada RTX 4050, RTX4060, ataupun RTX4070. Beralih ke bahagian kombinasi RAM dan storan, pengguna boleh dapatkan kapasiti RAM sehingga 32GB LPDDR5X dan NVMe sehingga 1TB.

Walaupun laptop kelas 14”, Acer tidak mengkompromikan bahagian penyejukan kerana ia adalah komponen penting pada sebuah laptop gaming. Beberapa solusi mereka gunakan adalah seperti sepasang kipas AeroBlade 3D, sebatian penyejuk berasaskan besi, dan paip haba lebih lebar untuk tujuan penyejukkan yang lebih optimum.



Helios Neo 14 dilengkapi bateri berkapasiti 76Whr dan ia dicas menggunakan blok pengecas 230W yang disediakan. Laptop kerdil ini mempunyai port USB yang lumayan. Ia ada 2 USB-C yang menyokong Thunderbolt 4 dan beberapa USB-A dan satu pembaca kad SD untuk kemudahan.

Disebabkan ini adalah pelancaran global, maklumat penjualannya di Malaysia masih belum ada. Acer Predator Helios Neo 14 akan mula dijual dalam pasaran A.S pada harga serendah USD1,800 (~RM8,580).

Sumber: Acer

Tags: Aceracer predatoracer predator helios neo 14predator helios neo 14
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Predator Helios Neo 14: Laptop 14” kompak RTX 40 dan Intel Core generasi ke-14

Predator Helios Neo 14: Laptop 14” kompak RTX 40 dan Intel Core generasi ke-14

12 April 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN