• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tablet LTE termurah Samsung, Galaxy Tab A9 kini jauh lebih murah

  • OLEH Najib
  • 6:23 pm
  • 15/04/2024
  • Komen
Tablet LTE termurah Samsung, Galaxy Tab A9 kini jauh lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Galaxy Tab A adalah tablet mampu milik yang dihasilkan Samsung untuk pengguna. Model paling terkini, Galaxy Tab A9 telah dilancar pada Oktober tahun lepas. Kini selepas 6 bulan, Samsung mengumumkan penurunan harga rasmi untuk tablet yang murah ini.

Mulai 16 April 2024, orang ramai boleh membeli Galaxy Tab A9 dengan potongan harga RM200 daripada harga ia dilancarkan iaitu:



  • Galaxy Tab A9 LTE (RAM 4GB + storan 64GB) – RM899 RM699

Bagaimanapun, potongan harga ini tidak melibatkan model yang lebih besar, Galaxy Tab A9+. Harganya kekal RM1,099 untuk model WiFi dan RM1,649 bagi model 5G.

Samsung juga baru melancarkan tablet khas untuk kanak-kanak, Galaxy Tab A9 LTE Kids Edition pada awal bulan ini. Tablet ini datang dengan sarung getah tebal serta pen stailus berbentuk krayon.



Spesifikasi Galaxy Tab A9

Galaxy Tab A9 adalah varian yang lebih kecil berbanding Galaxy Tab A9+. Ia ada panel paparan LCD seluas 8.7” dengan kadar penyegaran 60Hz. Tablet ini diperkasa cip Mediatek Helio G99 yang digandingkan bersama RAM 4GB dan storan 64GB. Ruangan storan juga boleh diperluas menggunakan kad mikro-SD sehingga 1TB.

Komponen pengimejan tablet ini menggunakan kombinasi kamera belakang 8MP dan kamera depan 2MP, sedikit lebih rendah bilangan piksel berbanding Tab A9+ Kapasiti bateri pula dilaporkan pada 5,100mAh dan turut menyokong pengecasan 15W menerusi USB-C.

Sistem bunyi stereo melalui dua speaker dipasang pada Galaxy Tab A9. Ia turut menyokong teknologi Dolby Atmos. Jek aduio 3.5mm juga terdapat jika mahu sambungan audio berwayar.

Satu kelebihan utama Galaxy Tab A9 ini adalah sokongan LTE. Bermakna, ia boleh dimasukkan kad SIM dan sambungan 4G boleh digunakan untuk berinternet. Selain itu, ia menyokong WiFi 5 dan juga Bluetooth 5.3.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Galaxy Tab A9, tablet multimedia dengan sokongan 5G pada harga bermula RM899
  • Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition dengan stailus krayon hanya RM799
  • Harga Samsung Galaxy Tab S9 dan Galaxy Tab S9 FE kini RM300 lebih murah
Tags: galaxy tab a9samsungsamsung galaxy tab a9tablet
Najib

Najib

POPULAR

Tablet LTE termurah Samsung, Galaxy Tab A9 kini jauh lebih murah

Tablet LTE termurah Samsung, Galaxy Tab A9 kini jauh lebih murah

15 April 2024
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER