• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Samsung Galaxy Tab S9 dan Galaxy Tab S9 FE kini RM300 lebih murah

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:11 pm
  • 15/04/2024
  • Komen
Harga Samsung Galaxy Tab S9 dan Galaxy Tab S9 FE kini RM300 lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung kini telah mengumumkan penurunan harga untuk penawaran tablet mereka termasuk untuk siri Galaxy Tab S9 dan siri Galaxy Tab S9 FE, bersempena dengan sambutan raya yang dipanggil Gempak Raya. Harga baharu ini akan berkuat kuasa bermula 9 April 2024 dan melihat pengurangan sebanyak RM300.

Namun, penurunan harga ini diberikan hanya untuk Galaxy Tab S9 dan Galaxy Tab S9 FE, manakala varian lebih besar seperti Galaxy Tab S9 FE+, Galaxy Tab S9+ dan Galaxy Tab S9 Ultra pula tidak terlibat. Ia termasuk untuk versi WiFi dan 5G berserta dengan varian 128GB dan 256GB untuk Galaxy Tab S9 FE dan satu varian 256GB untuk Galaxy Tab S9. Berikut adalah harga baharunya:



Samsung Galaxy Tab S9

  • Samsung Galaxy Tab S9 versi WiFi dengan Keyboard (256GB) – RM4,199 RM3,899
  • Samsung Galaxy Tab S9 versi 5G dengan Keyboard (256GB) – RM4,849 RM4,549

Samsung Galaxy Tab S9 FE



  • Samsung Galaxy Tab S9 FE WiFi (256GB) – RM2,399 RM2,099
  • Samsung Galaxy Tab S9 FE WiFi (128GB) – RM2,099 RM1,799
  • Samsung Galaxy Tab S9 FE 5G (256GB) – RM2,999 RM2,699
  • Samsung Galaxy Tab S9 FE 5G (128GB) – RM2,699 RM2,399

Jika berminat, anda boleh dapatkan Galaxy Tab S9 dan Galaxy Tab S9 FE dengan harga baru yang lebih murah ini di stor dalam talian Samsung serta stor rasmi Samsung di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab S9

Samsung Galaxy Tab S9 menampilkan panel paparan AMOLED 2X bersaiz 11” dengan kadar segar semula antara 60Hz hingga 120Hz. Atas papan utama, tablet ini diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy yang baharu yang digandingkan dengan kombinasi RAM dan storan sama ada 8GB + 128GB ataupun 12GB + 256GB.

Panel paparan OLED dipadankan dengan sistem audio kuadspeaker yang ditala AKG dan berteknologi Dolby Atmos. Tablet ini dilengkapi sistem kamera tunggal depan dan belakang. Kamera belakangnya mengguna pakai sensor 12MP manakala kamera depannya pula 13MP.

Menghidupkan tablet adalah dari bateri berkapasiti 8,400mAh dengan sokongan pengecasan 45W secara berwayar. Ia tersedia dalam satu warna iaitu hitam. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Galaxy Tab S9 di sini.

Spesifikasi Galaxy Tab S9 FE

Samsung Galaxy Tab S9 FE dilancar sebagai pilihan lebih murah berbanding siri Tab S9. Ia memiliki skrin LCD berukuran 10.9-inci dengan kadar penyegaran 90Hz.

Di dalam, tablet ini dikuasakan cip Exynos 1380 5nm. Bagi Tab S9 FE ia dipadankan bersama RAM 6GB atau 8GB dengan storan antara 128GB dan 256GB. Slot kad mikroSD turut tersedia, menerima sehingga 1TB storan tambahan.

Sistem pengimejannya ada satu kamera di belakang iaitu kamera utama 8MP. Kamera hadapan pula ada resolusi 12MP yang terletak dalam bingkai di atas skrin. Tab S9 FE dilengkapi bateri 8,000mAh dengan pengecasan pantas 45W menerusi USB-C.

Selain itu, tablet ini juga diiktiraf kalis air dan debu IP68 dan menjalankan sistem operasi Android 13. Samsung menjanjikan kemaskini OS sebanyak 4 kali dan kemaskini keselamatan selama 5 tahun.

Ia didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu kelabu, ungu, hijau dan perak. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy Tab S9 FE.

Bacaan berkaitan

  • Samsung Galaxy Tab S9 FE: Tablet prestasi tinggi lebih mampu milik, ada S Pen & kalis air IP68
  • Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition dengan stailus krayon hanya RM799
  • Kemas kini One UI 6.1, tambah ciri baru Galaxy AI untuk peranti lama Samsung
  • Samsung Galaxy S24 dan Galaxy S24+: Diperkasa fungsi pintar Galaxy AI dan dijamin terima Android 21
Tags: samsungsamsung galaxy tab s9Samsung Galaxy Tab S9 FEsamsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Harga Samsung Galaxy Tab S9 dan Galaxy Tab S9 FE kini RM300 lebih murah

Harga Samsung Galaxy Tab S9 dan Galaxy Tab S9 FE kini RM300 lebih murah

15 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER