• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yes 5G Infinite dengan data tanpa had kini dari RM38/bulan, ada telefon percuma dengan SuperJimat

  • OLEH Najib
  • 12:52 pm
  • 15/04/2024
  • Komen
Yes 5G Infinite dengan data tanpa had kini dari RM38/bulan, ada telefon percuma dengan SuperJimat
Share on FacebookShare on Twitter

Yes 5G sudah diketahui menawarkan pelan 5G tanpa had dan sangat murah. Kini mereka memperbaharui tawaran ini dengan data 5G dan kelajuan tanpa batasan dari serendah RM38/bulan menerusi ikatan kontrak. Malah, pengguna juga berpeluang mendapatkan telefon pintar 5G percuma menerusi Pakej Super Jimat, yang sebelum ini dikenali sebagai Pakej Yes 5G Rahmah.

Yes Infinite Basic hanya RM38/bulan dengan kontrak

Sebelum ini, Yes menawarkan pelan pascabayar Infinite Basic pada harga RM58/bulan. Ia memberikan kelajuan 5G tanpa sekatan, serta data 5G tanpa had bersama panggilan tempatan tanpa had untuk pengguna. Pelan ini juga menyediakan data hotspot 20GB/bulan.



Kini, jika anda menandatangani kontrak 12-bulan, Yes 5G akan memberikan diskaun untuk mana-mana pelan Infinite. Bermakna, pelan Infinite Basic yang sebelum ini berharga RM58/bulan, akan menjadi hanya RM38/bulan dengan kontrak 12-bulan.

Jika anda melanggan pelan Infinite yang lebih mahal, anda akan mendapat lebih banyak kuota hotspot. Untuk lebih jelas, berikut adalah harga pelan Yes Infinite, bersama diskaun dan data hotspot jika diikat kontrak 12-bulan:



  • Yes Infinite Basic (Hotspot 20GB) RM58 RM38 (jimat RM20)
  • Yes Infinite Standard (Hotspot 50GB) RM88 RM58 (jimat RM30)
  • Yes Infinite Premium (Hotspot 80GB) RM118 RM78 (jimat RM40)
  • Yes Infinite Ultra (Hotspot 110GB) RM178 RM98 (jimat RM80)

Pelan Yes Infinite juga baru-baru ini telah dinaik taraf dengan sokongan perayauan 5G tanpa had di Singapura. Tetapi ia hanya memberikan 10GB data berkelajuan tinggi, kemudian disekat kepada kelajuan 512kbps.

Jika anda tidak perlu terlampau banyak data, pelan Yes Power 35 adalah pelan lebih bernilai. Hanya RM35/bulan dan anda menerima data 5G sebanyak 150GB tanpa sekatan kelajuan dan turut sama digunakan untuk hotspot. Ia juga ada panggilan tempatan tanpa had, tetapi tiada perayauan percuma di Singapura.

Pakej SuperJimat Power 35 dan Infinite Basic

Pakej Yes 5G Rahmah yang berakhir pada 31 Mac 2024 kini digantikan kepada Pakej SuperJimat. Orang ramai boleh mendapatkan telefon 5G pada harga berpatutan bersama kontrak selama 14-bulan.

Dengan pakej SuperJimat Power 35, pengguna akan diikat kontrak 24-bulan bersama pelan Yes Power 35 berharga RM35/bulan. Untuk pilihan telefon pintar, Yes menyediakan model seperti ZTE Blade A73 5G pada harga RM139 (harga asal RM749), Vivo Y27 5G berharga RM299 (harga asal RM899) atau Realme 11x 5G berharga RM299 (harga asal RM999).

Kalau perlukan telefon lebih berkuasa, boleh mendaftar pakej SuperJimat Infinite Basic dengan membayar bulanan RM58 bersama kontrak 24-bulan. Pakej ini menyediakan pilihan seperti telefon pintar ZTE Blade A73 5G secara percuma, atau Vivo Y27 5G hanya RM100. Manakala Honor 90 Lite 5G (harga asal RM1,099) dan Oppo A79 5G (harga asal RM1,199) ditawarkan pada harga RM200 sahaja.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang tawaran Yes 5G dengan melayari laman Yes 5G Postpaid, atau laman Pakej SuperJimat.

Bacaan Berkaitan

  • Yes 5G Infinite beri pas perayauan tanpa had Singapura, data “tanpa had” & percuma
  • Yes 5G ajak orang ramai uji eSIM dan 5G tanpa had PERCUMA selama 30 hari
  • Yes 5G: Ini senarai harga iPhone 15 beserta pelan Infinite+ dan SST
Tags: yes 5gYes Infiniteyes power 35Yes SuperJimatYes SuperJimat Infinite BasicYes SuperJimat Power 35
Najib

Najib

POPULAR

Yes 5G Infinite dengan data tanpa had kini dari RM38/bulan, ada telefon percuma dengan SuperJimat

Yes 5G Infinite dengan data tanpa had kini dari RM38/bulan, ada telefon percuma dengan SuperJimat

15 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER