• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy AI akan datang ke Galaxy S22, Z Flip 4, Z Fold 4 dan Tab S8

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 9:31 am
  • 16/04/2024
  • Komen
240416 Samsung Galaxy AI Mei Update
Share on FacebookShare on Twitter

Pada penghujung bulan Mac lepas, kemas kini One UI 6.1 telah dibawakan untuk siri Galaxy S23, Galaxy Z Fold 5, Galaxy Z Flip 5 dan siri Galaxy Tab S9. 

Kini Samsung telah mengesahkan bahawa kemas kini One UI 6.1 turut akan diberikan kepada senarai telefon dan tablet berikut:



Galaxy S22
Galaxy Z Fold 4 & Z Flip 4
Galaxy Tab S8 Ultra
  • Galaxy S22
  • Galaxy S22+
  • Galaxy S22 Ultra
  • Galaxy Z Flip 4
  • Galaxy Z Fold 4
  • Galaxy Tab S8
  • Galaxy Tab S8+
  • Galaxy Tab S8 Ultra

Bukan itu sahaja, kemas kini One UI 6.1 yang akan mula tersedia pada awal Mei 2024 itu juga akan menyuntik ciri Galaxy AI.

Ciri Galaxy AI dalam kemas kini One UI 6.1

240416 Samsung Galaxy AI Mei Update

Kemas kini yang dijadualkan bermula awal bulan Mei nanti akan membawa beberapa ciri Galaxy AI yang disenaraikan di bawah ini:



  • Circle to Search with Google
  • Chat Assist
  • Interpreter
  • Live Translate
  • Note Assist
  • Transcript Assist
  • Browsing Assist
  • Generative Edit
  • Edit Suggestion 
  • AI-Generated Wallpaper

Galaxy AI merapatkan jurang komunikasi dengan ciri-ciri seperti Interpreter yang menterjemah perbualan dalam masa nyata menggunakan paparan skrin berasingan.

Membuat panggilan dan menghantar mesej dengan lancar dalam pelbagai bahasa dengan Live Translate untuk terjemahan suara dan teks. Chat Assist akan terjemahkan perbualan secara langsung dan juga mencadangkan cara yang tepat untuk mengungkapkan sesuatu perkara.

240416 Samsung Galaxy AI Mei Update
Fungsi Circle to Search with Google

Circle to Search with Google membolehkan anda mencari apa sahaja yang anda lihat di media sosial atau web dengan hanya perlu melukis bulatan pada gambar.

Note Assist memperkemaskan nota yang anda taip mahupun tulis di dalam aplikasi Galaxy Notes. Ia akan mengolahnya ke dalam format yang lebih mudah dibaca dan difahami.

Browsing Assist membantu anda memahami dan menterjemah artikel web dengan cepat, manakala Transcript Assist mencipta ringkasan dan terjemahan mesyuarat dengan pantas dan tepat.

Dengan fungsi Generative Edit pula,  anda boleh menyingkirkan objek yang tidak diingini dalam gambar.

Kemas kini One UI 6.1 menawarkan hampir segalanya yang ada pada Galaxy S24 kepada siri Galaxy S22, Galaxy Z Flip 4, Galaxy Z Fold 4 dan siri Galaxy Tab S8, kecuali ciri Instant Slo Mo, Lockscreen Wallpaper Weather Effects dan Super HDR. Nampaknya ketiga-tiga ciri itu kekal eksklusif untuk siri Galaxy S24 sahaja.

Selain Galaxy AI, ada satu ciri baharu turut diperkenalkan dalam kemas kini One UI 6.1, iaitu fungsi Battery Protection. Ia hadir dalam tiga variasi:

240416 Samsung Galaxy AI Mei Update
  • Basic – Bateri akan dicas sehingga 100% sebelum berhenti mengecas. Apabila bateri turun ke 95%, pengecasan akan bermula semula untuk mencapai 100%
  • Adaptive – Bateri akan berhenti mengecas pada 80% semasa anda tidur dan akan bertukar kepada Basic sebelum anda bangun. Ia akan bergantung kepada corak tidur anda
  • Maximum – Bateri akan berhenti mengecas pada 80%

Teruja untuk mencuba ciri-ciri baru Galaxy AI? Jika anda memilih peranti siri Galaxy S22, Z Flip 4, Z Fold 4 atau siri Tab S8, pastikan anda sentiasa menyemak untuk pemberitahuan kemas kini peranti.

Anda juga boleh memeriksa kemas kini secara manual dengan pergi ke tab Software Update’ dalam menu Tetapan anda. Sementara menunggu ketibaan kemas kini One UI 6.1, apa kata anda meneroka dunia Galaxy AI melalui video kami di bawah ini:

[Sumber: Samsung]

Bacaan berkaitan:

  • Kemas kini One UI 6.1, tambah ciri baru Galaxy AI untuk peranti lama Samsung
  • Tablet LTE termurah Samsung, Galaxy Tab A9 kini jauh lebih murah
  • Harga Samsung Galaxy Tab S9 dan Galaxy Tab S9 FE kini RM300 lebih murah
Tags: aiGalaxy AIGalaxy S22Galaxy S22 plusGalaxy S22 UltraGalaxy Tab S8Galaxy Tab S8 plusGalaxy Tab S8 Ultragalaxy z flip 4galaxy z fold 4Generative AIOne UI 6.1samsung
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240416 Samsung Galaxy AI Mei Update

Galaxy AI akan datang ke Galaxy S22, Z Flip 4, Z Fold 4 dan Tab S8

16 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER