• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna aplikasi sekat iklan akan dihalang guna YouTube

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:31 am
  • 16/04/2024
  • Komen
240416 YouTube Aplikasi Pihak Ketiga
Share on FacebookShare on Twitter

Menjelang akhir tahun 2023, YouTube telah mula mengawal penggunaan penyekat iklan atau ad blocker. Kini nampaknya mereka cuba menghentikan penggunaan aplikasi pihak ketiga yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Melalui halaman sokongan, YouTube telah mengumumkan bahawa mereka akan mula mengambil tindakan tegas terhadap aplikasi yang melanggar terma perkhidmatannya, terutamanya aplikasi yang menyekat iklan.



240416 YouTube Aplikasi Pihak Ketiga

Ini bukan kali pertama YouTube mengambil tindakan terhadap aplikasi sebegini. Sebelum ini YouTube telah pun memberikan amaran berkaitan penggunaan penyekat iklan dengan memberi notis bahawa mereka akan dihalang menonton selepas 3 video. 

Malah YouTube juga telah memperlahankan keseluruhan laman webnya jika terdapat penyekat iklan yang digunakan. Tetapi nampaknya, ia masih tidak berjaya menghalang penggunaan penyekat iklan.



Tindakan tegas YouTube pada aplikasi sekat iklan

Jika anda tidak pasti sama ada aplikasi yang anda gunakan akan terjejas atau tidak, anda akan mengetahuinya tidak lama lagi hanya dengan menonton beberapa video. Ini kerana anda mungkin akan mengalami masalah ‘buffering’ atau menerima mesej ralat yang menyatakan “Kandungan berikut tidak tersedia pada aplikasi ini”.

240416 YouTube Aplikasi Pihak Ketiga

YouTube menegaskan bahawa hanya aplikasi pihak ketiga yang mematuhi Terma Perkhidmatan API mereka sahaja yang dibenarkan menggunakan API tersebut. Mereka akan mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi platform, pengkarya, dan penonton sekiranya ada aplikasi yang melanggar terma ini.

Berita ini mungkin tidak menyenangkan pengguna yang menonton YouTube melalui aplikasi penyekat iklan, namun YouTube nampaknya tidak akan berundur dalam perjuangan mereka menentang penyekat iklan dalam masa terdekat.

Langgan YouTube Premium 

Untuk mengatasi perkara ini, YouTube sekali lagi mencadangkan anda melanggan YouTube Premium tanpa iklan. Kebaikan melanggan Premium? Anda tidak akan lagi melihat sebarang iklan dalam aplikasi mahupun video yang ditonton.

Selain mendapat tontonan tanpa iklan, pengguna akaun Premium turut akan menikmati kelebihan YouTube Music dengan ciri seperti pemain di latar, pemain sambil skrin terpadam serta pemain di luar talian. Dan yang menjadikan pelan ini lebih berbaloi adalah anda  turut  akan mendapat akses kepada YouTube Music, yang menampilkan lebih daripada 100 juta lagu tanpa iklan.

240416 YouTube Aplikasi Pihak Ketiga

Jika anda yang berminat dengan YouTube Premium, ia boleh dilanggan dari RM17.90/bulan untuk individu, RM33.90/bulan bagi keluarga atau 6 akaun. Bagi pelajar pula, boleh melanggan pada harga RM10.90/bulan.

[Sumber: YouTube]

Bacaan berkaitan:

  • Ciri YouTube Premium ini boleh diakses pengguna secara percuma, betul ke?
  • Tiada pilihan bebas iklan lain, YouTube Premium berjaya capai 100 juta langganan
  • Pemalam ini punca pengalaman YouTube anda perlahan
Tags: ad blockeraplikasi pihak ketigapenyekat iklanYouTube
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240416 YouTube Aplikasi Pihak Ketiga

Pengguna aplikasi sekat iklan akan dihalang guna YouTube

16 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER