• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Redmi Note 13 ditawar lebih murah pada harga serendah RM649

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:47 pm
  • 17/04/2024
  • Komen
Redmi Note 13, Redmi Note 12 dan Redmi Pad SE akan dapat Xiaomi HyperOS tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi telah rasmi melancarkan siri Redmi Note 13 pada bulan Januari lalu. Ia diperkenal dalam empat model, iaitu Redmi Note 13, Note 13 5G, Note 13 Pro 5G dan Note 13 Pro+ 5G. Jika anda bercadang untuk mendapatkannya, sekarang mungkin adalah masanya. Ini kerana, Xiaomi sedang mengadakan tawaran menarik sehingga hujung bulan April ini untuk dua model dalam siri Redmi Note 13.

Diskaun untuk Redmi Note 13 4G dan 5G

Redmi Note 13 5G

Bermula sekarang sehingga 30 April 2024, Xiaomi menawarkan diskaun RM100 untuk dua model bukan Pro iaitu Redmi Note 13 4G dan Redmi Note 13 5G. Anda boleh dapatkannya pada harga serendah RM649. Berikut adalah harga kedua-dua telefon ketika promosi:



  • Redmi Note 13 5G (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM1,099 RM999
  • Redmi Note 13 4G (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM899 RM799
  • Redmi Note 13 4G (RAM 8GB dan storan 128GB) – RM749 RM649

Kalau berminat, anda boleh dapatkan Redmi Note 13 4G dan Redmi Note 13 5G dengan harga promosi ini di semua pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia atau secara dalam talian melalui stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Walau bagaimanapun, agak pelik kerana promosi ini tidak tersedia di stor online yang baru sahaja mereka lancarkan. Jika ada sekalipun, ia hanya diskaun RM50 untuk Redmi Note 13 4G dengan varian RAM 6GB dan storan 128GB.



Spesifikasi Redmi Note 13 4G dan 5G

Redmi Note 13 4G dan Redmi Note 13 5G banyak berkongsi ciri yang serupa. Ia menggunakan panel paparan AMOLED 6.67-inci FHD+ dengan sokongan kadar penyegaran sehingga 120Hz. Tetapi, varian 4G ada kecerahan puncak lebih tinggi pada 1,800 nits dan dilitupi dengan kaca Corning Gorilla 3, manakala varian 5G pada 500 nits dan dilindungi kaca Corning Gorilla 5.

Redmi Note 13 5G

Atas papan utama, Redmi Note 13 5G diperkasa cip Mediatek Dimensity 6080 dan Redmi Note 13 4G pula dipasangkan cip Snapdragon 685. Kedua-duanya tampil dengan kombinasi RAM dan storan sehingga RAM 8GB dengan storan 256GB. Kedua-dua diberikan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

Redmi Note 13 5G

Bagi kelengkapan kamera, modul kamera yang sama juga boleh anda temui pada kedua-dua varian. Ia adalah sistem trikamera belakang dengan kamera utama 108MP, kamera ultralebar 8MP, dan kamera makro 2MP. Kamera selfie pula diberikan sensor 16MP. Kedua-duanya juga akan menerima sistem operasi HyperOS.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Redmi Note 13 4G dan Redmi Note 13 5G.

Bacaan berkaitan

  • Raikan Xiaomi Fan Festival bersama edisi terhad Redmi Note 13 Pro+ 5G
  • Redmi Note 13 Malaysia: Hampa kerana harga naik, spesifikasi sama
  • Redmi A3: Ada bonjol kamera ala Xiaomi 14 Ultra, harga RM429
  • Xiaomi 14 Malaysia: telefon flagship kompak gempak, ada percuma jam pintar
Tags: Redmiredmi note 13redmi note 13 4gredmi note 13 5gSiri Redmi Note 13xiaomixiaomi malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Redmi Note 13, Redmi Note 12 dan Redmi Pad SE akan dapat Xiaomi HyperOS tahun ini

Siri Redmi Note 13 ditawar lebih murah pada harga serendah RM649

17 April 2024
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER