• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Gunung Ruang: Kenapa Malaysia Airlines & AirAsia batalkan penerbangan?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:48 pm
  • 18/04/2024
  • Komen
Gunung Ruang: Kenapa Malaysia Airlines & AirAsia batalkan penerbangan?
Share on FacebookShare on Twitter

Buat yang terlepas berita, terdapat letusan gunung berapi telah berlaku di Gunung Ruang, Indonesia. Ada dua syarikat penerbangan kita, Malaysia Airlines dan AirAsia, yang mengumumkan pembatalan penerbangan 18 April 2024 untuk laluan KL – Sabah/Sarawak.

Terdapat pembaca SoyaCincau yang mempertikaikan keputusan pembatalan ini. Katanya lokasi letusan adalah sangat jauh daripada Malaysia dan tidak seharusnya penerbangan dibatalkan.



Mungkin anda juga ada soalan yang sama, mari kita selidik.

Bila Gunung Ruang Meletup?

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia telahpun memberi fokus pada Gunung Ruang sejak 1 April 2024. Mereka telah lakukan cerapan secara vsual dan juga menggunakan peralatan saintifik untuk memantau aktiviti volkanik di sana.



DIlaporkan yang frekuensi gempa volkanik mula meningkat pada 16 April 2024 daripada 198 kejadian bermula tengah malam hingga ke tengah hari kemudian menjadi 493 kali bermula tengah hari hingga ke malam.

Kemudian, pada hari yang sama sekitar jam 09:45 malam, letusan terjadi dan amaran dinaikkan daripada siap siaga kepada Awas dan mereka mula pindahkan masyarakat sekitar dan menutup 6km radius kawasan di sekitar gunung berapi.

Satelit cuaca Himawari telah merakamkan detik letusan itu dan ia jelas menunjukkan arah angin menuju ke barat laut.

#Ruang #volcano eruption today as seen from the #Himawari satellite.

View is in Band 9, 6.9µm, "Mid-Level Tropospheric Water Vapor".

Mount Ruang is a stratovolcano with a history of explosive eruptions recorded since 1808 ➡️ https://t.co/ipo24trA3u pic.twitter.com/R2TEPNN25u

— Giuseppe Petricca (@gmrpetricca) April 17, 2024

Kenapa batalkan penerbangan?

Berdasarkan maklumat daripada Google Maps, Sabah letaknya di Barat Laun daripada Gunung Ruang sekitar 1,000km.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah menerbitkan saranan berkaitan keselamatan untuk perkhidmatan penerbangan yang beroperasi dalam negara Malaysia. Mereka bertindak berdasarkan amaran Significant Meteorological (SIGMET) 1 yang dikeluarkan Jabatan Meterologikal Malaysia (MET Malaysia).

Menurut MET Malaysia, terdapat awan debu sedang bergerak ke barat pada kelajuan 30 knot yang meliputi ketinggian daripada darat hingga 16 kilometer ke udara.

CAAM memberitahu bahawa, awan debu gunung berapi boleh menyebabkan kerosakan dan akhirnya menyumbang kepada kegagalan enjin pesawat. Selain itu, ia juga menjadikan jarak pandangan menjadi cetek malah boleh mengganggu sensor-sensor avionik.

Maka dengan sebab itu, CAAM menyarankan pihak pemegang taruh mengambil langkah sangat berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko.

Pembatalan penerbangan akibat gunung berapi bukanlah perkara asing. Sewaktu letusan gunug berapi bawah laut Fukutoku-Okanoba dalam bulan Ogos 2021 dulu, Fillipina Airlines telah membatalkan beberapa penerbangan mereka ke Tokyo, Osaka, dan Nagoya.

Tags: AirAsiaGunung RuangMalaysia Airlines
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Gunung Ruang: Kenapa Malaysia Airlines & AirAsia batalkan penerbangan?

Gunung Ruang: Kenapa Malaysia Airlines & AirAsia batalkan penerbangan?

18 April 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN