• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Hot Wheels Proton Saga edisi istimewa akan dijual tak lama lagi. Scalper menanti?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:16 am
  • 18/04/2024
  • Komen
Hot Wheels Proton Saga mula dijual, tapi banyak harga scalper
Share on FacebookShare on Twitter

Hot Wheels di laman Facebook mereka telah mengutuskan teaser tentang pelancaran model Proton Saga diecast versi istimewa. Ia adalah model yang sama yang mereka umumkan dalam tahun 2023 namun ia istimewa kerana rekaan kotak pembungkusnya adalah hasil seni tangan seseorang.

Itulah yang jadikan model yang akan mereka lancarkan itu istimewa. Rekaan kotak pembungkus itu dilukis sendiri Saw Jane Harn, seorang kanak-kanak 9 tahun yang telah memenangi pertandingan menghasilkan rekaan kotak pembungkus Hot Wheels x PROTON Kid’s Design tahun lepas yang diumumkan sewaktu acara Art of Speed.



Walaupun membayangkan hari pelancarannya sudah dekat, tarikh khusus penjualannya masih belum ada dan pastinya ia membuatkan pengumpul Hot Wheels tak senang duduk. Kalau ada pun, jangan jangkakan harganya berada di paras MSRP RM9.90 kerana versi biasapun sudah melebihi RM100 seunit disebabkan permintaan yang terlalu tinggi.

Hot Wheels Proton Saga adalah model skala 1:64 yang dihasilkan bersempena dengan ulang tahun ke-40 Mattel di Malaysia serta untuk meraikan peluasan kilang pengeluaran Hot Wheels. Kilang Hot Wheels di Seberang Perai adalah ang terbesar di dunia. Produk-produk yang keluar daripada sana bukan setakat untuk pasaran tempatan, malah dieksport ke seluruh dunia.



Model Proton Sage yang dihasilkan adalah berwarna merah. Ia adalah warna yang sama pada Proton Saga yang dipamerkan di Proton Centere of Excellence di Shah Alam.

Bacaan berkaitan

Hot Wheels Proton Saga mula dijual, tapi banyak harga scalper

Tags: hot wheelsprotonProton Saga
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Hot Wheels Proton Saga mula dijual, tapi banyak harga scalper

Hot Wheels Proton Saga edisi istimewa akan dijual tak lama lagi. Scalper menanti?

18 April 2024
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN