• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iQoo Z9 dan iQoo Z9x, telefon mampu milik akan dilancar di Malaysia pada 25 April

  • OLEH Najib
  • 3:05 pm
  • 18/04/2024
  • Komen
iQoo Z9 dan iQoo Z9x, telefon mampu milik akan dilancar di Malaysia pada 25 April
Share on FacebookShare on Twitter

Hampir setahun yang lepas, iQoo Malaysia melancarkan dua telefon pintar kelas pertengahan iaitu iQoo Z7 dan iQoo Z7x. Kini mereka mengumumkan, akan membawa pengganti kepada model iaitu siri iQoo Z9. Sama seperti sebelumnya, ia adalah iQoo Z9 dan iQoo Z9x.

iQoo merupakan jenama di bawah Vivo yang memberi fokus kepada peranti yang sesuai untuk peminat gaming. Walaupun tergolong dalam kelas pertengahan, iQoo Z9 adalah model yang lebih perkasa manakala iQoo Z9x adalah telefon yang lebih murah.



Buat masa ini, iQoo Malaysia masih belum menyatakan tarikh pelancaran siri iQoo Z9 ini. Untuk rujukan, siri iQoo Z7 dilancar tahun lepas dari harga RM1,299 untuk iQoo Z7 dan dari RM999 bagi iQoo Z7x. Boleh jangkakan harga siri iQoo Z9 akan berada di sekitar ini juga.

Varian siri iQoo Z9 dan tarikh pelancaran

Carian di alam maya membawa kami kepada Stor Rasmi iQoo di Shopee Mall. Di sana, siri iQoo Z9 telah disenaraikan dengan varian seperti berikut:



  • iQoo Z9x (16GB+128GB)
  • iQoo Z9x (16GB+256GB)
  • iQoo Z9 (16GB+256GB)

Antara spesifikasi yang sudah tersenarai di situ adalah seperti pemproses Snapdragon 6 Gen 1 untuk iQoo Z9x, bateri 6,000mAh, FlashCharge 44W, NFC dan suara dipertingkat 300%.

Manakala untuk iQoo Z9, ia ada pemproses Snapdragon 7 Gen 3, skrin AMOLED 144Hz, bateri 6,000mAh, FlashCharge 80W dan sistem penyejukan Vapor Chamber 6K.

Satu lagi perkara menarik yang ditemui di sana adalah, ia menyatakan siri iQoo Z9 akan dilancar pada hari Khamis, 25 April 2024 iaitu seminggu dari sekarang. Jika tepat tarikh ini, maka kita akan mengetahui harga rasmi siri iQoo Z9 serta promosi untuk pembeli terawal nanti.

Sama-sama kita tunggu pengumuman lanjut daripada iQoo Malaysia tidak lama lagi.

[Sumber: iQoo]

Bacaan Berkaitan

  • iQoo Z7 & iQoo Z7x: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • iQoo Z7 perkenal warna buah oren untuk Malaysia, hadiah bernilai RM15,000 menanti
  • iQoo 12: Snapdragon 8 Gen 3 pada harga paling murah di Malaysia
Tags: iQooiQoo Z9iQoo Z9x
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
iQoo Z9 dan iQoo Z9x, telefon mampu milik akan dilancar di Malaysia pada 25 April

iQoo Z9 dan iQoo Z9x, telefon mampu milik akan dilancar di Malaysia pada 25 April

18 April 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER