• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft VASA-1, boleh jana deepfake realistik dengan satu gambar dan audio pendek

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:41 am
  • 22/04/2024
  • Komen
240422 Microsoft VASA-1 Animasi Bercakap
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft Research Asia memperkenalkan VASA-1, iaitu model kecerdasan buatan (AI) yang boleh menjana video deepfake sangat realistik seseorang yang sedang bercakap atau bernyanyi dengan hanya menggunakan satu gambar statik dan klip audio pendek. Bukan sahaja pergerakkan mulut boleh diselarikan dengan audio, malahan ekspresi muka juga boleh diada-adakan untuk nampak lebih semula jadi.

Dalam salah satu video demo, menunjukkan cara model AI itu menghidupkan Mona Lisa untuk menyampaikan rap komedi lagu ‘Paparazzi’ oleh pelakon Anne Hathaway.



Video animasi VASA-1

VASA atau Visual Affective Skills Animator menggunakan pembelajaran mesin untuk menganalisis imej statik daripada wajah yang realistik, kartun ataupun karya seni dengan klip audio. Ia kemudiannya menjana video realistik dengan mimik muka yang tepat, penyelarasan bibir serta pergerakan wajah dan kepala yang semula jadi.

Model AI itu berupaya menghasilkan video bersaiz 512×512 piksel pada kadar 45fps dan boleh disiapkan dalam masa lebih kurang 2 minit menggunakan GPU Nvidia RTX 4090.



VASA-1 juga boleh menghasilkan video di mana subjek sedang melihat ke arah tertentu, memasukkan arah pandangan mata, jarak kepala dan juga emosi sebagai input untuk menghasilkan video.

240422 Microsoft VASA-1 Animasi Bercakap

Buat masa ini, VASA-1 hanyalah untuk demonstrasi penyelidikan dan belum tersedia kepada pengguna selain pasukan Penyelidikan Microsoft. Pihak Microsoft juga tiada rancangan untuk mengeluarkan produk itu kepada umum sehingga mereka yakin teknologi tersebut akan digunakan secara bertanggungjawab dan mengikut peraturan sewajarnya.

Dengan hanya gambar potret, memang hebatlah sebab dapat hasilkan video bercakap. Malah kalau sekali tengok, memang takkan terfikir ia adalah animasi janaan AI. 

[Sumber: Microsoft]

Bacaan berkaitan:

  • Microsoft bangunkan teknologi ray-tracing untuk GPU kelas permulaan
  • Copilot Pro ditawarkan di Malaysia, lebih mahal daripada ChatGPT Plus
  • Microsoft henti sokongan Windows Subsystem for Android (WSA), anda terkesan?
Tags: MicrosoftVASA-1
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
240422 Microsoft VASA-1 Animasi Bercakap

Microsoft VASA-1, boleh jana deepfake realistik dengan satu gambar dan audio pendek

22 April 2024
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN