• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube Premium Murah di Malaysia? Ini cara dapatkan harga terbaik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:43 am
  • 22/04/2024
  • Komen
Youtube kini berikan kualiti video lebih baik untuk pelanggan Premium & beberapa ciri menarik lain
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube sangat tidak menggemari penggunanya pasang penghalang iklan ataupun perisian pihak ketiga yang menapis iklan daripada dipaparkan. Sekiranya pengguna Malaysia ingin pengalaman bebas iklan, mereka disaran untuk melanggan Youtube Premium.

Pengguna aplikasi sekat iklan akan dihalang guna YouTube



Menggunakan solusi pihak ketiga untuk membuang iklan dikatakan telah melanggar terma penggunaan servis YouTube dan ia tidaklah mengejutkan kerana iklan adalah sumber pendapatan utama platform penstriman itu. Daripada pendapatan yang dijana jugalah, pencipta kandungan menerima sebahagian daripada wang itu.

Ciri YouTube Premium ini boleh diakses pengguna secara percuma, betul ke?



Jadi, berapakah harga YouTube Premium Malaysia?

Harga langganan YouTube Premium di Malaysia

Pelan YouTube Premium di Malaysia terbahagi kepada tiga jenis iaitu pelan Individual, Family, dan Student. Berikut adalah harganya:

  • YouTube Premium Individual – RM17.90/bulan
  • YouTube Premium Family – RM33.90/bulan
  • YouTube Premium Student – RM10.90/bulan

Walaupun pelan pelajar adalah yang paling murah, ia hanya boleh dilanggan oleh golongan pelajar dan pelanggan perlu melakukan pengesahan kelayakkan setiap tahun untuk membolehkan mereka melanggan Premium Student.

Sekiranya malas nak lakukan langkah tambahan, Premium Individual boleh dilanggan oleh sesiapa sahaja tanpa.

Harga YouTube Premium Family di Malaysia walaupun yang paling mahal, ia boleh dimanfaatkan oleh 6 akaun Google dengan bayaran RM33.90/bulan. Jadi, kos langganan boleh dibahagian sama rata antara 6 akaun Google dan diterjemah kepada RM5.65/bulan.

Tidak seperti Netflix, YouTube Premium tidak menghalang perkongsian manfaat premium kepada orang lain. Pemilik induk akaun hanya perlu berkongsi pautan peneyrtaan kepada ahli baharu untuk memasukkan emel Google mereka ke dalam pelan keluarga. Ini adalah cara paling murah untuk langgan YouTube Premium.

Kelebihan YouTube Premium berbanding YouTube percuma

YouTube Premium dikatakan menawarkan pengalaman menonton yang lebih baik. Paling penting adalah ia membuang segala macam iklan daripada YouTube yang menganggu tontonan terutamanya untuk yang menonton YouTube di TV Pintar. Ada masanya, iklan yang dipaparkan tidak sesuai untuk tontonan golongan tertentu dan ia tentu menyusahkan sekiranya kandungan sebegini tersiar di skrin besar di ruang tamu.

Manfaat seterusnya adalah kemudahan untuk memuat turun video untuk ditonton kemudian. Ciri ini berguna apabila kita akan terputus sambungan Internet untuk beberapa ketika dan perlukan sesuatu untuk menemani sepanjang tempoh tersebut, contohnya apabila dalam pesawat. YouTube Premium juga bolehkan kita mendengar kandungan di bahagian latar walaupun APP YouTube tidak berada di bahagian depan telefon.

Akhir sekali, YouTube Premium juga hadir dengan ciri YouTube Music, pesaing kepada Spotify. Jadi pada satu harga, anda dapat servis penstriman video dan muzik.

Tags: YouTubeYouTube Premium
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Youtube kini berikan kualiti video lebih baik untuk pelanggan Premium & beberapa ciri menarik lain

YouTube Premium Murah di Malaysia? Ini cara dapatkan harga terbaik

22 April 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN