• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Ear dan Ear (a), fon putik terbaru Nothing mula dijual pada 27 April di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:03 pm
  • 23/04/2024
  • Komen
Nothing Ear dan Ear (a), fon putik terbaru Nothing mula dijual pada 27 April di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing telah melancarkan dua fon putik baru mereka, Nothing Ear dan Nothing Ear (a) di peringkat antarabangsa. Sejurus selepas pelancaran, Nothing Malaysia telah memuat naik harga jualan kedua-dua fon putik ini di Malaysia, tetapi masih belum ada tarikh jualan.

Kini Nothing Malaysia memaklumkan tarikh jualan untuk fon putik Nothing Ear dan Nothing Ear (a) di Malaysia. Ia akan terdapat di pengedar sah Nothing yang terpilih pada peringkat awal.



Produk Nothing dipamerkan di kedai Crossover, The Exchange TRX

Harga dan Ketersediaan

Di Malaysia, Nothing Ear selaku pengganti Ear (2) memiliki tanda harga lebih mahal. Manakala Ear (a) adalah peranti lebih mampu milik. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Nothing Ear – RM659
  • Nothing Ear (a) – RM479

Jualan pertama Nothing Ear dan Nothing Ear (a) di Malaysia adalah pada 27 April. Ia dijual dalam unit sangat terhad, secara eksklusif di laman web Crossover Malaysia.



Selepas itu, jualan terbuka akan bermula pada 11 Mei 2024. Ia akan terdapat di beberapa pengedar sah Nothing seperti DirectD, TMT, Urban Republic, Vivid Concepts, Tac Mobile dan SS Solution, serta di Stor Rasmi Nothing di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Nothing Ear

Nothing Ear adalah fon putik TWS yang lebih premium berbanding Nothing Ear (a). Ia sebenarnya adalah naik taraf daripada Nothing Ear (2), tetapi masih mengekalkan rupa seperti Nothing Ear (2).

Antara pembaharuannya adalah pemacu audio 11mm kini menggunakan bahan seramik. Ia juga kini menyokong teknologi Hi-Res Wireless Audio dalam format LDAC dan LHDC 5.0. Algoritma Bass Enhance juga terdapat di fon putik ini.

Seperkara lagi, penyaring hingar aktif (ANC) lebih hebat dikenakan. Nothing Ear mampu menyaring hingar sehingga 45db, 1.8 kali lebih tinggi berbanding Nothing Ear (2). Malah, ia ada kawalan ANC pintar, mampu mengesan jika ada kebocoran bunyi di telinga pemakai dan mengubah tahap ANC supaya lebih baik.

Hayat bateri untuk penggunaan putik Nothing Ear kini sehingga 8.5 jam, atau 5.2 jam jika ANC aktif. Manakala dengan bekas pengecas, ia mampu digunakan sehingga 40.5 jam. Bekas pengecas boleh dicas secara berwayar menerusi USB-C atau secara wayarles Qi.

Spesifikasi Nothing Ear (a)

Sekali pandang, boleh nampak Nothing Ear (a) adalah produk baru kerana bekas pengecasnya jauh berbeza dengan model Ear sebelum ini. Berbanding rekaan segi empat sama, bekas pengecasnya memiliki bentuk segi empat tepat.

Ia datang dengan sistem ANC dengan kemampuan menyaring sehingga 45db, sama seperti di Nothing Ear yang baru. Tetapi ia tidak memiliki sistem ANC pintar untuk mengesan kebocoran bunyi.

Sistem bunyi pada putiknya juga tidak sama, kerana ia menggunakan pemacu audio 11mm yang diperbuat daripada PMI+TPU. Selain itu, sokongan teknologi Hi-Res Wireless Audio hanya dalam format LDAC, tiada LHDC 5.0.

Kelebihannya pada bateri. Ia mampu memainkan lagu sehingga 9.5 jam tanpa ANC, serta sehingga 42.5 jam bersama bekas pengecas. Untuk mengecas, ia hanya menyokong pengecasan berwayar USB-C, tiada pengecasan wayarles.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang fon putik baru Nothing ini, layari laman produk Nothing Ear dan Nothing Ear (a).

Bacaan Berkaitan

  • Nothing Ear & Ear (a): TWS dengan ANC terbaik, ChatGPT, harga bermula RM479
  • CMF Buds dan Neckband Pro dengan ANC dilancar pada harga bermula RM189
  • Nothing Phone (2) murah RM700 dalam tempoh terhad
  • Nothing Phone (2a) diumum berharga bawah RM2,000, penuhi keperluan telefon kelas pertengahan
Tags: NothingNothing EarNothing Ear a
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Nothing Ear dan Ear (a), fon putik terbaru Nothing mula dijual pada 27 April di Malaysia

Nothing Ear dan Ear (a), fon putik terbaru Nothing mula dijual pada 27 April di Malaysia

23 April 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER