• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kes duit hilang: TNG eWallet guna saluran perundangan tangkis fitnah pihak Zahid

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:11 am
  • 24/04/2024
  • Komen
240424 TNG Digital Zahif AF
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum Raya, Zahid Baharudin atau Zahid AF telah membuat hantaran video mendakwa isterinya kehilangan wang daripada akaun bank yang dipautkan dengan Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet). Video asal yang diposkan di TikTok telah mendapat lebih daripada 1.7 juta tontonan ketika ini.

Zahid dakwa akaun isteri digodam

View this post on Instagram

A post shared by zahidbaharudin (@zahidbaharudin)

Selepas hantaran video tersebut, pihak TNG Digital ada menghubungi Zahid dan isterinya serta menjalankan penyiasatan mengenai perkara tersebut. Pada 4 April, syarikat tersebut mengeluarkan kenyataan rasmi untuk berkongsi hasil penyiasatan mereka.



TNG Digital nafi berlaku penggodaman

Menurut TNG Digital, transaksi yang mencurigakan berlaku sepanjang satu setengah bulan, yang tidak konsisten dengan corak penggodaman lazim. Selain itu, pembekal eWallet tersebut menekankan beberapa perkara untuk menentang dakwaan bahawa akaun TNG eWallet isteri Zahid telah digodam.

Dalam video asal itu, Zahid menyatakan bahawa isterinya telah kehilangan wang daripada akaun bank melalui TNG eWallet. Beliau juga menasihatkan penonton agar tidak memautkan akaun bank mereka dengan aplikasi eWallet tersebut.



Menepis dakwaan tersebut, pihak TNG Digital menyatakan bahawa pemindahan ke akaun TNG eWallet isterinya dilakukan daripada akaun bank lain yang memerlukan pengesahan dalam aplikasi yang ditetapkan oleh bank. Mereka menyatakan bahawa kad debit yang dipautkan tidak menyumbang sama sekali dalam transaksi tidak sah yang dilaporkan.

Selain itu, pihak TNG Digital menekankan bahawa mereka mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan bahawa transaksi tidak sah yang dilaporkan itu dilakukan melalui telefon isteri Zahid dengan pengesahan yang sewajarnya. 

Menurut pihak TNG Digital lagi, mereka akan terus menyemak semua bukti secara teliti sebelum mengambil tindakan undang-undang. TNG Digital turut menyatakan bahawa matlamat utama mereka adalah untuk mendapatkan penyelesaian masalah dengan adil.

Zahid tidak setuju kenyataan TNG Digital

Selepas perjumpaan tersebut, Zahid ada memuat naik 4 video tambahan berkaitan perkembangan situasi pada 8 April. Beliau tidak bersetuju dengan kenyataan TNG Digital bahawa transaksi dilakukan dengan kebenaran di telefon isterinya. 

Dalam video itu, beliau juga memberitahu bahawa dirinya diminta untuk memuat naik video ucapan terima kasih kepada TNG Digital tetapi enggan berbuat demikian kerana kesnya belum selesai. Beliau juga mendakwa bahawa sekiranya tidak memuat naik video tersebut, tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.

Zahid juga menafikan isterinya memberi kebenaran transaksi dengan menyatakan bahawa mereka tidak mengenali nama peniaga untuk transaksi tersebut. Beliau mendakwa bahawa isterinya akan menggunakan akaun banknya untuk jenis transaksi itu daripada menggunakan eWallet.

Beliau juga menolak laporan media yang menyatakan bahawa isterinya kehilangan RM4,250. Beliau menjelaskan bahawa jumlah RM4,250 itu hanya untuk transaksi pertama dan terdapat lebih banyak transaksi yang berlaku dalam bulan-bulan sebelumnya. Jadi, secara keseluruhan, jumlah yang hilang “lebih daripada RM10,000”.

TNG Digital akan ambil tindakan undang-undang

240424 TNG Digital Zahif AF
Maklum balas TNG Digital kepada hantaran 4 video Zahid

Sebagai maklum balas kepada hantaran 4 video Zahid itu, pihak TNG Digital telah mengeluarkan kenyataan baharu sebagai kemaskini mengenai kes Zahid. Mereka mengulangi bahawa semua transaksi telah diberi kebenaran dan memenuhi kriteria berikut:

  • Transaksi dibuat menggunakan PIN
  • Transaksi dilakukan menerusi telefon pengguna, yang dipautkan kepada akaun TNG eWallet sebagai peranti unik
  • Transaksi dilakukan di kediaman pengguna

Pihak TNG Digital menambah bahawa transaksi yang dibuat melalui pengimbasan QR perlu dilakukan dengan peranti yang dipautkan. Malah cap masa transaksi juga sejajar dengan waktu aktif aplikasi pada peranti tersebut, yang membuktikan bahawa transaksi itu adalah sah. Ini menunjukkan tidak ada aktiviti penipuan yang berlaku, sekali gus membuktikan TNG eWallet tidak terlibat dalam sebarang kesalahan. 

TNG Digital juga menekankan bahawa walaupun pihaknya komited untuk ketelusan, tetapi terikat dengan peraturan privasi seperti Akta Kerahsiaan, yang menghalang butiran terperinci untuk didedahkan kepada umum. Pembekal eWallet itu menegaskan bahawa mereka mempunyai bukti kukuh menunjukkan bahawa transaksi-transaksi tersebut telah diberi kebenaran dengan sewajarnya.

Syarikat itu turut mengatakan bahawa mereka telah meminta Zahid dan isterinya untuk memaklumkan pengikut mereka mengenai status penyiasatan, memandangkan pihak TNG Digital telah melakukan segala yang mungkin untuk membantu. Namun, Zahid dan isterinya terus merosakkan reputasi mereka dengan membuat kenyataan yang memfitnah, menyatakan bahawa TNG eWallet tidak selamat, malah seolah-olah cuba menyalahkan bank yang terlibat.

Pihak TNG Digital juga memberitahu bahawa mereka terpaksa mengambil tindakan undang-undang termasuk membuat laporan polis dan mengeluarkan Surat Pemberhentian kepada Zahid dan isterinya, bersama log transaksi terperinci untuk penjelasan. Mereka juga telah menawarkan peluang kepada Zahid dan isterinya untuk menjelaskan keadaan secara terbuka, tetapi tidak dibuat. Dan kini prosiding undang-undang akan dilakukan.

Menurut TNG Digital, mereka komited sepenuhnya untuk mengekalkan integriti keselamatan dan syarikat dan akan mengambil tindakan yang diperlukan untuk melindungi komuniti mereka.

Langkah keselamatan Touch ‘n Go eWallet 

240424 TNG Digital Zahif AF

Touch ‘n Go eWallet adalah eWallet pertama yang mengaplikasikan langkah keselamatan Bank Negara Malaysia pada Mac 2023. Selain menukar daripada SMS OTP ke kaedah TapSecure yang lebih selamat, TNG eWalletjuga telah melaksanakan tempoh bertenang (cooling-off period) jika akaun diakses dari peranti baru. 

Langkah-langkah tersebut direka untuk mencegah penggodam daripada menggunakan akaun anda jika mereka cuba log masuk daripada peranti baru. Ini menjadikan mustahil untuk dua telefon melog masuk ke akaun eWallet yang sama serentak.

Sekiranya peranti dicuri, ia memerlukan PIN atau cap jari untuk membuka kunci peranti. Malah mereka juga perlu mengetahui PIN 6-digit yang betul untuk melakukan transaksi yang melibatkan pengimbasan kod QR peniaga.

Dalam kes ini, bukan hanya satu transaksi tetapi beberapa transaksi dilakukan sepanjang satu setengah bulan. Jika transaksi melibatkan tambah nilai dari akaun bank lain sebelum pembayaran dibuat, pengguna biasanya akan menerima dua pemberitahuan, satu dari bank untuk tambah nilai dan satu lagi dari eWallet untuk setiap transaksi yang berjaya.

[Sumber: TNG, Zahid]

Bacaan berkaitan:

  • Duit isteri Zahid AF lesap dari eWallet, ini respons TNG Digital
  • IKEA kini terima TNG eWallet untuk pembayaran dalam talian
  • TNG eWallet akan kenakan caj 1% untuk pembayaran QR di luar negara
Tags: duit hilangtngTNG DigitalTouch n GoTouch n Go eWalletZahid AF
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
240424 TNG Digital Zahif AF

Kes duit hilang: TNG eWallet guna saluran perundangan tangkis fitnah pihak Zahid

24 April 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER