• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

TIPS: TikTok Family Pairing, kawal tontonan anak remaja anda

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 8:42 am
  • 26/04/2024
  • Komen
240425 TikTok Family Pairing
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam banyak-banyak platform media sosial, TikTok merupakan antara aplikasi video percuma yang popular serta menjadi pilihan kanak-kanak dan remaja untuk menonton dan memuat naik video tarian, pergerakan bibir atau video haiwan lucu berdurasi 60 saat.

Secara asasnya, TikTok adalah platform untuk menzahirkan ekspresi kreatif dengan akses percuma untuk penyuntingan video, audio dan gambar yang hampir serupa dengan alat profesional.



Walaupun TikTok boleh membantu mengasah kreativiti seseorang, namun dalam masa sama terdapat kesan bahayanya kepada anak-anak seperti:

240425 TikTok Family Pairing
  • Suapan video tanpa henti boleh buat anak ketagih menonton selama berjam-jam pada satu-satu masa 
  • Memudaratkan privasi seperti berkongsi lokasi
  • Risiko pemangsa seksual dalam kalangan anak-anak di bawah umur

Sungguh membimbangkan tetapi berita baiknya, anda boleh mencegah kesan bahaya itu dengan ciri “Family Pairing” di dalam TikTok. Ia merupakan alat kawalan yang membolehkan ibu bapa memautkan akaun TikTok sendiri dengan anak untuk memberikan kawalan langsung terhadap tetapan privasi anak.



Ingin tahu bagaimana caranya? Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Ciri ditawarkan dalam TikTok Family Pairing

Dengan fungsi TikTok Family Pairing ini, anda sebagai ibu bapa boleh mengawal sepenuhnya tetapan akaun TikTok anak. Antaranya seperti:

  • Daily Screen Time – Boleh kawal jumlah masa tontonan TikTok anak dalam sehari
  • Restricted Mode – Menapis kandungan yang tidak sesuai
  • Search – Jika mod carian dimatikan, anak tidak boleh membuat carian jenis kandungan tertentu
240425 TikTok Family Pairing

Manakala di bawah Privacy and Safety, terdapat beberapa tetapan lain seperti:

  • Private account – Boleh pilih sama ada untuk menghidup atau mematikan togol yang membolehkan nak kandungan anak dilihat orang awam atau tidak
  • Suggest your teen’s account to others: Boleh matikan pilihan untuk akaun anak muncul dalam cadangan
  • Who can send direct messages to your teen: Anda boleh memilih Everyone, Friends atau No One. Secara automatik untuk anak di bawah usia 16 tahun, ciri ini tidak dihidupkan, bermakna tiada siapa dapat menghantar mesej kepada anak
  • Who can watch your teen’s liked videos: Anda boleh memilih Everyone atau Only Your Teen
  • Who can comment on your teen’s videos: Anda boleh memilih Everyone, Friends atau No One. Suka untuk diingatkan bahawa terdapat ramai pembuli siber di luar sana yang boleh meninggalkan komen yang menyakitkan kepada anak

Cara pautan untuk TikTok Family Pairing

Sebelum memulakan pautan antara peranti untuk Family Pairing, sudah tentulah anda perlu mempunyai akaun TikTok sendiri terlebih dahulu.

Untuk cara pautan antara peranti, anda perlu memulakan dengan peranti anak terlebih dahulu:

  1. Buka aplikasi TikTok
  2. Pergi ke bahagian profil dan pilih ikon 3 garis (menu) pada bahagian atas kanan
  3. Klik Settings and Privacy
240425 TikTok Family Pairing
  1. Klik Family Pairing, pilih ‘Teen’ – telefon pintar anak akan mengeluarkan paparan untuk mengimbas kod QR ibu bapa
  1. Kemudian buka aplikasi TikTok milik anda, buka kod QR ibu bapa 
  2. Scan kod QR ibu bapa menggunakan telefon pintar anak
  3. Selesai pautan!

Mudah sahaja untuk gunakan fungsi TikTok Family Pairing ini, kan? Pautan boleh dilakukan hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja. 

Dengan adanya Family Pairing ini, anda bolehlah mengawal penggunaan aplikasi, menyaring kandungan yang tidak bersesuaian dengan anak, menghidup atau mematikan carian serta membuat tetapan privasi. 

Walau bagaimanapun, komunikasi terbuka dengan anak adalah penting. Sekali-sekala, tanyakan secara bersahaja apa yang mereka tonton di TikTok atau video kegemaran mereka. Dalam masa sama, ingatkan kepada anak mengenai keselamatan semasa menggunakan aplikasi TikTok.

[Sumber: TikTok, Healty Young Minds]

Bacaan berkaitan:

  • TIPS: Cek kesesakan trafik dan navigasi balik kampung (2024)
  • TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)
  • TIPS: Cara mudah klon kad NFC guna telefon
Tags: family pairingkawal akaun TikTok anakTikTokTikTok Family Pairing
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240425 TikTok Family Pairing

TIPS: TikTok Family Pairing, kawal tontonan anak remaja anda

26 April 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN