• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan siri iQoo Z9 dari RM699 dalam tempahan awal sekarang

  • OLEH Najib
  • 10:09 am
  • 29/04/2024
  • Komen
Dapatkan siri iQoo Z9 dari RM699 dalam tempahan awal sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

iQoo Malaysia kini telah mengesahkan tarikh pelancaran untuk telefon pintar kelas pertengahan baru mereka, siri iQoo Z9. Terdapat dua model diperkenal dalam siri ini iaitu, iQoo Z9x dan iQoo Z9 dalam beberapa tawaran varian.

Tarikh pelancaran iQoo Z9x dan iQoo Z9

Pelancaran siri iQoo Z9 di Malaysia telah ditetapkan pada hari Khamis, 9 Mei 2024. Ia akan dibuat secara atas talian, jadi peminat boleh turut sama menyaksikannya secara langsung. Pelancaran ini boleh ditonton di saluran rasmi iQoo Malaysia di Facebook dan YouTube, serta di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.



Promosi Tempahan Awal

Walaupun belum dilancarkan, iQoo Malaysia mengambil langkah di luar kebiasaan iaitu membuka tempahan awal dengan hadiah percuma, serta memberitahu harga rasmi. Semakan di Shopee iQoo Malaysia membariskan harga siri iQoo Z9 seperti berikut:

  • iQoo Z9x (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM899
  • iQoo Z9x (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,099
  • iQoo Z9 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,399

Lebih menarik, pembeli boleh membuat tempahan awal sekarang sehingga 8 Mei 2024 dan mendapat hadiah percuma yang lumayan. Tetapi promosi ini berbeza mengikut platform jualan.



Di Lazada dan Shopee, siri iQoo Z9 ditawarkan dengan baucar diskaun sehingga RM250, jaminan lanjutan tahun kedua, fon putik dan powerbank. Pembeli juga boleh menggunakan baucar tambahan platform jika ada.

Promosi Tempahan Awal iQoo Z9x & iQoo Z9

Di TikTok Shop pula, iQoo menambah hadiah percuma iaitu kamera dashcam, di samping baucar diskaun sehingga RM250, jaminan lanjutan tahun kedua, fon putik dan powerbank. Tetapi semua hadiah percuma ini diberikan selagi stok masih ada.

Spesifikasi iQoo Z9x

Dari laman jualan ini, kita dapat melihat hampir semua spesifikasi siri iQoo Z9. Bagi iQoo Z9x, ia dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 1, RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Kad mikroSD turut diterima sehingga 1TB.

Skrinnya jenis ada kadar penyegaran sehingga 120Hz, dan kadar kecerahan setinggi 1,000nits. Lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera hadapan 8MP. Di belakang pula, ia ada kamera utama 50MP dan kamera potret 2MP.

Bateri pula sangat besar, berkapasiti 6,000mAh dan menyokong pengecasan pantas FlashCharge 44W. Selain itu, ia juga ada speaker stereo tetapi sangat lantang, dilengkapi teknologi Audio Booster untuk meningkatkan tahap bunyi sehingga 300%.

Spesifikasi iQoo Z9

Bagi iQoo Z9 pula, ia adalah peranti lebih berkuasa. Prestasi tingginya digerakkan oleh cip Snapdragon 7 Gen 3, RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Sistem penyejukan juga lebih baik, dengan penggunaan ‘Vapor Chamber’ seluas 6,043mm².

Skrin ultra lancar di iQoo Z9x menyokong kadar penyegaran setinggi 144Hz, daripada jenis AMOLED serta resolusi 1.5K. Kamera hadapan 16MP dimuatkan di dalam lubang di atas skrin. Kamera belakang pula gabungan kamera utama 50MP Sony IMX882 dan kamera potret 2MP.

iQoo Z9 juga ada bateri sangat besar, berkapasiti 6,000mAh dan ia menyokong pengecasan lebih pantas, SuperCharge 80W. Lebih banyak maklumat pasti akan diketahui di hari pelancaran. Nantikan laporan daripada kami di SoyaCincau BM.

[Sumber: iQoo]

Bacaan Berkaitan

  • iQoo Z9 dan iQoo Z9x, telefon mampu milik akan dilancar di Malaysia pada 25 April
  • iQoo Z7 & iQoo Z7x: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • iQOO 12 tampil dengan warna merah, dapat hadiah bernilai RM748
  • iQoo 12: Snapdragon 8 Gen 3 pada harga paling murah di Malaysia
  • iQoo Z7 perkenal warna buah oren untuk Malaysia, hadiah bernilai RM15,000 menanti
Tags: iQooiQoo Z9iqooz9
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Dapatkan siri iQoo Z9 dari RM699 dalam tempahan awal sekarang

Dapatkan siri iQoo Z9 dari RM699 dalam tempahan awal sekarang

29 April 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER