• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

BYD henti tawarkan Atto 3 Extended Range, sebaliknya tambah baik varian Standard

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:16 pm
  • 03/05/2024
  • Komen
BYD henti tawarkan Atto 3 Extended Range, sebaliknya tambah baik varian Standard
Share on FacebookShare on Twitter

Sime Darby Motors hari ini telah mengumumkan BYD Atto 3 (2024). Ia adalah iterasi terbaharu SUV elektrik kompak jenama itu untuk menggantikan BYD Atto 3 Standard dan BYD Atto Extended yang mereka tawarkan sebelum ini. Hal ini bermakna, BYD Atto 3 kini ditawarkan dalam satu varian sahaja dan harganya adalah pada RM149,800.

BYD Atto 3 (2024) secara asasnya adalah BYD Atto 3 Standard yang menerima beberapa komponen Extended. Antara perubahan yang dibawakan pada iterasi baharu ini adalah seperti pengenalan warna baharu Cosmos Black. Kemudian, cap “Build You Dreams” di bahagian belakang kenderaan telah digantikan dengan tiga abjad “BYD” sahaja.



Seterusnya, pad pengecas wayarles disediakan di dalam kereta yang sebelum ini hanya ditemukan pada varian Extended. Skrin inforia juga diperbesar daripada 12.8” kepada 15.6”, sama besar dengan skrin inforia varian Extended.

Pada segi spesifikasi EV, tiada apa yang berubah berbanding varian Standard. Ia masih sebuah SUV elektrik pacuan roda depan dengan motor beroutput 150kW (203hp) dan tork setinggi 310Nm. Motor ini boleh memecutnya daripada 0 kepada 100km/j dalam masa 7.9s sahaja.



Berbekalkan bateri 49.92kWh, BYD Atto 3 (2024) boleh bergerak sejauh 354km berdasarkan piawaian WLTP. Apabila perlu dicas, ia boleh terima kuasa DC pada paras 70kW ataupun AC pada paras 7kW.

BYD di Malaysia kini menawarkan kenderaan dalam tiga kategori. Pada harga paling murah kita ada BYD Dolphin yang dipasarkan pada harga bermula RM99,999 diikuti dengan satu varian SUV kompak BYD Atto 3 (2024). Buat berjiwa kelajuan, mereka boleh usyar sedan elektrik BYD Seal yang boleh didapatkan pada harga RM179,800.

Tags: BYDBYD Atto 3EV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BYD henti tawarkan Atto 3 Extended Range, sebaliknya tambah baik varian Standard

BYD henti tawarkan Atto 3 Extended Range, sebaliknya tambah baik varian Standard

3 May 2024
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN