• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

TIPS: 5 cara Google Gemini dapat bantu pelajar dengan AI

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:32 pm
  • 03/05/2024
  • Komen
TIPS: 5 cara Google Gemini dapat bantu pelajar dengan AI
Share on FacebookShare on Twitter

Teknologi AI adalah salah satu ciri yang meletup-letup kepopularannya sekarang. Anda juga pasti pernah mendengar tentangnya, betul tak? Terdapat beberapa platform AI yang tersedia anda boleh guna seperti OpenAI ChatGPT, Microsoft Copilot dan Google Gemini, yang asalnya dikenali sebagai Bard. 

Dengan fungsi AI, tidak dinafikan ia dapat membantu pengguna dalam pelbagai situasi, terutamanya untuk pelajar. Ini kerana ia boleh menjana jawapan dan menjawab segala persoalan berdasarkan pertanyaan. Ada beberapa contoh situasi yang pelajar boleh manfaatkan Gemini, dan di sini saya nak bagitahu.



1. Sumbang idea

    Ketandusan idea adalah satu masalah yang dihadapi ramai khususnya pelajar apabila ingin membuat sesuatu tugasan. Usah risau kerana Gemini boleh bantu dengan menyumbangkan idea yang anda perlukan. Contohnya, jika anda ketandusan idea dalam mencari topik untuk sesuatu tugasan, anda boleh bertanyakan pada Gemini dan ia akan memberi beberapa cadangan yang bersesuaian.

    2. Cari sumber rujukan

      Selain itu, Gemini turut boleh bantu pelajar untuk mencari sumber yang dipercayai. Ini amat penting untuk bolehkan pelajar mendapatkan maklumat yang tepat serta justifikasi yang relevan. Anda hanya perlu tanya pada ‘Prompt’ untuk mencari sumber berkaitan sesuatu tajuk, dan Gemini akan menyediakan beberapa sumber kajian penyelidikan berserta pautannya. Malah, ia juga akan memberikan panduan dan kata kunci yang diperlukan untuk mencari sesebuah jurnal.



      3. Selesaikan kiraan matematik kompleks

        Jika anda tersekat semasa melakukan tugasan matematik, anda juga boleh bergantung pada Gemini. Anda boleh bertanyakan apa-apa soalan berkenaan matematik dan ia boleh tolong dengan berikan formula yang betul, atau mampu untuk menyelesaikannya secara langsung. Ini termasuk untuk matematik mudah, algebra, geometri, malah kiraan kompleks dalam bidang kejuruteraan yang menggunakan calculus.

        4. Tulis kod pengaturcaraan

          Selain itu, bagi pelajar sains komputer atau apa-apa kursus yang memerlukan pengaturcaraan (programming), anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada Gemini. Ia boleh memberikan panduan untuk coding, serta menerangkan konsep asas dalam coding. Gemini juga mampu untuk menjana keseluruhan kod berdasarkan apa yang anda perlukan. 

          Tapi, bukan itu sahaja keupayaan Gemini ini kerana ia juga boleh menganalisis permasalahan pada kod anda dan menyelesaikannya. Antara bahasa kod yang difahami oleh Gemini termasuk seperti Python, Java, C++, and Go.

          5. Buat rumusan

          Semasa belajar, anda juga mungkin akan terserempak dengan ayat yang agak kompleks dan sukar untuk difahami. Tapi anda boleh meminta Gemini untuk berikan penerangan yang lebih mudah dan ringkas. Untuk tips, anda boleh minta Gemini untuk terangkan sesuatu perkara tersebut kepada anda seperti anda kanak-kanak.

          Dengan adanya ciri AI, ia menawarkan satu cara baharu untuk pelajar belajar, melakukan tugasan dan mendapatkan maklumat dengan mudah. Tidak terhad pada itu, platform AI yang tersedia juga percuma untuk digunakan, berikan akses mudah kepada semua pelajar.

          Namun, oleh disebabkan itu, janganlah pula anda salah gunakan kelebihan AI ini. Sebagai contohnya, gunakannya untuk meniru bulat-bulat ayat dan maklumat yang dijana. Sebaliknya, hanya gunakan AI sebagai peralatan untuk anda mendapatkan maklumat. Pastikan juga untuk anda menyemak semula segala maklumat yang telah dijana supaya sumber yang diperoleh adalah sahih.

          Selain itu, perlu untuk anda tahu juga adalah lebih mudah untuk anda membuat pertanyaan dalam bahasa Inggeris kerana Gemini tidak menyokong bahasa Melayu secara rasmi. Untuk manfaatkan Gemini, anda boleh layari laman web Gemini atau muat turun di Google Play Store. Ia masih belum tersedia untuk pengguna iOS.

          Tags: aigeminiGooglegoogle geminitips
          Putra Aziz

          Putra Aziz

          POPULAR

          TIPS: 5 cara Google Gemini dapat bantu pelajar dengan AI

          TIPS: 5 cara Google Gemini dapat bantu pelajar dengan AI

          3 May 2024
          Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

          Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

          13 June 2025
          TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

          TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

          19 August 2024
          Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

          Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

          10 June 2025
          Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

          Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

          12 June 2025
          Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

          Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

          25 March 2025

          Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
          Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

          • URUSAN PENGIKLANAN
          • DISCLAIMER

          Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

          • URUSAN PENGIKLANAN
          • DISCLAIMER