• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tonton aksi pasukan Piala Thomas Malaysia secara langsung di sini

  • OLEH Najib
  • 1:41 pm
  • 04/05/2024
  • Komen
Tonton aksi pasukan Piala Thomas Malaysia secara langsung di sini
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia telah berjaya menempah tempat ke separuh akhir Piala Thomas apabila skuad Malaysia berjaya menewaskan skuad Jepun 3-1. Perlawanan seterusnya adalah menentang pilihan utama, China yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 4 Mei 2024 jam 5 petang waktu Malaysia.

Jika anda mahu menonton aksi perjuangan skuad Malaysia menentang China, kami akan membantu anda. Ada banyak saluran akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung dan ia juga boleh ditonton secara strim di telefon pintar, tablet atau komputer.



1. Tayangan skrin besar di seluruh negeri

Kalau anda sukakan suasana orang ramai bersorak seperti di stadium, anda boleh pergi menonton di skrin besar yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Antara lokasi tayangan skrin besar ini adalah di Dataran Merdeka, SACC Mall Shah Alam serta Dataran Putrajaya di Presint 3. Anda boleh menyemak lokasi di negeri-negeri lain dalam gambar di bawah:

Sumber

2. RTM

RTM juga akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung di saluran Sukan RTM dan TV Okey. Selain menonton menerusi TV Digital, orang ramai juga boleh menstrim RTM menerusi laman web RTM KLIK atau aplikasi RTM Klik. (Apple AppStore, Google PlayStore, Huawei AppGallery)



Ini pilihan terbaik kerana ia boleh ditonton secara percuma oleh seluruh rakyat Malaysia.

3. Astro

Seperti biasa, Astro adalah platform paling diyakini akan menyiarakan siaran langsung sukan, termasuk Piala Thomas 2024. Pelanggan Astro boleh menontonnya di saluran Astro Arena dan Astro Supersport.

4. Sooka

Jika anda tiada Astro tetapi berminat melanggan secara harian untuk menonton siaran langsung sukan, Sooka adalah jawapannya. Tanpa ikatan konta, Sooka boleh dilangagn dengan pas harian RM12.50 atau pas bulanan RM29.60, dan anda akan menerima akses siaran langsung sukan seperti Astro. Apa kata langgan sebulan, boleh tonton terus sampai Final Piala Thomas nanti.

Langganan Sooka ini membenarkan pengguna menonton siaran langsung menerusi laman web Sooka atau aplikasi Sooka (Apple AppStore, Google PlayStore)

5. YouTube BWF

Satu lagi cara percuma tetapi tidak dijamin adalah strim di YouTube BWF. Saluran ini ada menyiarkan strim secara langsung tetapi untuk perlawan terpilih sahaja, bukan semua perlawanan.

Marilah bersama-sama kita memberi sokongan padu kepada atlet Malaysia untuk menjuarai Piala Thomas 2024.

Tags: astroPiala ThomasRTMRTMKliksooka
Najib

Najib

POPULAR

Tonton aksi pasukan Piala Thomas Malaysia secara langsung di sini

Tonton aksi pasukan Piala Thomas Malaysia secara langsung di sini

4 May 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER