• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BJAK terus sediakan cukai jalan percuma, beri kerjasama dengan pihak berkuasa

  • OLEH Najib
  • 12:27 pm
  • 07/05/2024
  • Komen
BJAK terus sediakan cukai jalan percuma, beri kerjasama dengan pihak berkuasa
Share on FacebookShare on Twitter

Sehubungan kenyataan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang memaklumkan bahawa BJAK tidak pernah diberi kelulusan untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan, pihak BJAK telah mengeluarkan kenyataan rasmi sebagai maklum balas kepada kenyataan tersebut. Mereka menyatakan, perkhidmatan cukai jalan BJAK akan beroperasi seperti biasa.

Perkhidmatan cukai jalan PERCUMA di BJAK

Dalam kenyataan BJAK, mereka menegaskan bahawa perkhidmatan utama mereka adalah perbandingan dan pembaharuan insurans kenderaan bermotor, disertakan dengan perkhidmatan VIP yang khas untuk pelanggannya. Malah, BJAK menyediakan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan secara percuma, berbanding pihak lain yang mengenakan bayaran antara RM3 hingga RM11.



Sebelum ini, BJAK menanggung caj yang dikenakan pembekal rasmi JPJ untuk pembaharuan cukai jalan. Kini BJAK menyediakan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan tanpa caj kepada pelanggan, sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menjadikan pembaharuan lebih mudah dan berkesan dari segi kos bagi pengguna. Menurut JPJ, hanya ada tiga penyedia perkhidmatan pembaharuan cukai jalan yang sah iaitu Pos Malaysia, MyEG, dan Puspakom.

BJAK juga yakin dengan kualiti perkhidmatan mereka, kerana mendapat ulasan tertinggi dalam industri, dengan lebih daripada 250,000 ulasan di Google. Mereka menjawab semua komen yang diberi, dengan matlamat penyelesaian pada hari yang sama untuk semua pertanyaan atau maklum balas oleh pelanggan.



BJAK akan bekerjasama dengan pihak berkuasa

Walaubagaimanapun, BJAK memaklumkan bahawa mereka mengakui isu-isu yang dibangkitkan oleh JPJ. BJAK juga sedang aktif bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu meningkatkan pengalaman bagi semua pemilik kenderaan di Malaysia.

BJAK menekankan sekali lagi, kempen cukai jalan percuma BJAK adalah sebahagian daripada inisiatif swasta yang bertujuan untuk meningkatkan nilai pelanggan dan tidak berkaitan dengan sebarang mandat kerajaan. BJAK tetap komited untuk menyediakan penyelesaian inovatif dan perkhidmatan yang luar biasa sambil mengekalkan standard pematuhan yang tertinggi.

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan aman dan memberi situasi menang-menang kepada semua pihak, terutama sekali buat rakyat Malaysia. BJAK juga harus lebih berhati-hati dalam kempen dan iklan mereka, supaya tidak lagi sesuka hati menggunakan nama orang lain terutama pihak berkuasa, jika ia tidak mendapat pengiktirafan yang sebenar.

[Sumber: BJAK]

Bacaan Berkaitan

  • Adakah BJAK boleh buat promosi cukai jalan percuma? Ini kenyataan rasmi JPJ
  • Cukai jalan Percuma bernilai RM150 juta untuk motorsikal dan kereta daripada BJAK
  • Lesen Memandu boleh diperbaharui di MyJPJ mulai Februari, ada rebat RM5
  • Aplikasi MyJPJ: Cara untuk digitalkan cukai jalan dan lesen memandu
Tags: BJAKcukai jalanJPJ
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
BJAK terus sediakan cukai jalan percuma, beri kerjasama dengan pihak berkuasa

BJAK terus sediakan cukai jalan percuma, beri kerjasama dengan pihak berkuasa

7 May 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER