• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad Air M2 (2024): Ini senarai harga jualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:15 am
  • 08/05/2024
  • Komen
iPad Air M2 (2024): Ini senarai harga jualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah mengemas kini siri iPad Air mereka. Untuk tahun 2024, mereka memperkasa tablet ini dengan cip lebih berkuasa Apple M2. Hal ini bermakna, anda boleh dapat prestasi iPad Pro tahun 2022 pada harga lebih rendah.

Harga jualan iPad Air M2 (2024) di Malaysia

Harga permulaannya iPad Air kali ini lebih tinggi berbanding generasi terdahulu. Salah satu sebabnya adalah storan permulaan 64GB telah dihapuskan dan pada tambahan RM300 berbanding harga permulaan iPad Air M1, anda dapat storan 128GB. Berikut adalah harga jualan iPad Air M2 di Malaysia.



iPad Air (M2) 11″

Wi-Fi 128GB – RM2,999
Wi-Fi 256GB – RM3,499
Wi-Fi 512GB – RM4,499
Wi-Fi 1TB – RM5,499



iPad Air (M2) 11″

Cellular 128GB – RM3,749
Cellular 256GB – RM4,249
Cellular 512GB – RM5,249
Cellular 1TB – RM6,249

iPad Air (M2) 13″

Wi-Fi 128GB – RM3,999
Wi-Fi 256GB – RM4,499
Wi-Fi 512GB – RM5,499
Wi-Fi 1TB – RM6,499

iPad Air (M2) 13″

Cellular 128GB – RM4,749
Cellular 256GB – RM5,249
Cellular 512GB – RM6,249
Cellular 1TB – RM7,249

@soyacincautiktok

iPad Baru Lagi! Anda tak mungkin beli iPad ni 😭 #ipad #ipadpro #ipadair #applepencilpro #m2chip #m4chip #apple #longervideos #soyacincautiktok #fyp

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

Spesifikasi iPad Air M2 (2024)

Apple mengekalkan paparan Liquid Retina pada iPad Air baru ini, dengan resolusi yang sama pada pada 264 ppi. Tetapi ada perbezaan pada tahap kecerahan. iPad Air 11-inci memiliki kecerahan setinggi 500 nits, manakala iPad Air 13-inci ada kecerahan mencecah 600 nits.

Perubahan ketara pada rupa luaran iPad Air baru ini adalah pada kedudukan kamera. Kamera hadapan kini terletak di bahagian memanjang, menjadikannya terletak di tengah tablet apabila berdiri secara melintang. Cara ini lebih asli dan selesa digunakan untuk persidangan video.

Kamera hadapan ini memiliki lensa ultra lebar 12MP F2.4, berupaya merakam video HD Penuh sehingga 60FPS. Kamera belakang kekal satu sahaja, dengan lensa lebar 12MP F1.8 serta menyokong autofokus dengan Focus Pixels. Ia mampu merakam video sehingga 4K60FPS.

Prestasi dipertingkat

Peningkatan prestasi pasti sangat berbeza dengan penggunaan cip Apple M2, menampilkan CPU 8-teras, GPU 10-teras dan pemproses neural 16-teras. Ia bukan sahaja memberi 50% prestasi lebih pantas berbanding cip Apple M1, malah memproses NPU 40% lebih laju. Sekaligus meningkatkan keupayaan memproses AI untuk pelbagai tugasan.

Selain itu, cip Apple M2 turut memberi sokongan WiFi 6E lebih pantas untuk iPad Air. Bagi model selular pula, Apple dimaklumkan mahu menggunakan eSIM pada iPad Air. Tiada lagi SIM fizikal. Pengguna iPad Air boleh bersambung ke internet mudah alih di lebih 190 negara tanpa SIM fizikal.

Penampilan aksesori baharu

Tablet Apple menjadi sangat popular kerana sokongan aksesori yang sangat hebat. Apple Pencil dengan sambungan USB-C kekal disokong pada iPad Air baharu. Tetapi ia juga menyokong Apple Pencil Pro yang baharu. Pencil Pro memiliki ciri baharu seperti sokongan putaran, fungsi memicit dan getaran. Apple Pencil Pro juga mudah dicari menggunakan ciri Find My Apple Pencil. Mengecas juga lebih mudah menerusi sambungan magnetik di atas tablet.

iPad Air juga boleh digunakan bersama Magic Keyboard, papan kekunci dengan rekaan terapung serta pad sentuh dan kekunci berlampu. Ia tersedia dengan pilihan warna yang serupa dengan iPad Air.

Kedua-dua iPad Air 11-inci dan 13-inci menggunakan sistem operasi iPadOS 17. Ia ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu kelabu, emas, ungu dan biru. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk iPad Air.

[Sumber: Apple]

Bacaan berkaitan

iPad Pro dilengkapi cip terhebat Apple M4, sangat nipis dan ringan

iPad Air kini datang dalam saiz 11-inci & 13-inci, sokong Pencil Pro serta Magic Keyboard

Tags: appleApple iPadapple ipad airipad Airipad pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

iPad Air M2 (2024): Ini senarai harga jualannya di Malaysia

iPad Air M2 (2024): Ini senarai harga jualannya di Malaysia

8 May 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER