• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AEON

Bank Digital Islamik AEON Bank, akan lancar kad Debit-i Visa dan tawar pilihan nombor akaun peribadi

  • OLEH Najib
  • 11:47 am
  • 09/05/2024
  • Komen
Bank Digital Islamik AEON Bank, akan lancar kad Debit-i Visa dan tawar pilihan nombor akaun peribadi
Share on FacebookShare on Twitter

AEON Bank, bank digital Islamik pertama bakal beroperasi di Malaysia, baru-baru ini mengumumkan kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatan kewangan terkemuka, Visa. Ia merupakan pencapaian penting AEON Bank terhadap komitmen mereka untuk mentransformasi pengalaman pengguna dalam pembayaran digital dan transaksi tanpa tunai di Malaysia.

Kerjasama ini bakal menyaksikan kemunculan kad Debit-i AEON Bank x Visa tidak lama lagi. Seterusnya ia akan dikembangkan lagi kepada pelbagai penyelesaian pembayaran digital. Ia selaras dengan keinginan rakyat Malaysia yang mahukan transaksi tanpa tunai yang selamat dan dipercayai, selain bank digital yang mematuhi prinsip perbankan Shariah.



Buat masa ini, AEON Bank masih belum menyatakan tarikh pelancaran perkhidmatan bank digital mereka. Pada bulan Februari lepas, AEON Bank telah membuka pendaftaran minat kepada orang ramai, kepada rakyat Malaysia yang mahu menjadi yang terawal tahu tentang perkembangan AEON Bank.

Walaupun aplikasi AEON Bank telah tersedia di Apple AppStore dan Google PlayStore, pendaftaran masih belum dibuka kepada umum. Ia hanya tersedia untuk penguji Beta terpilih sahaja.



Pilih sendiri nombor akaun

Dalam kemaskini terbaru app AEON Bank, terdapat satu ciri baru yang menarik ada ditawarkan iaitu memilih nombor akaun. Pengguna akan dibenarkan untuk memilih 4 angka terakhir sebagai nombor akaun bank mereka. Ia seperti pilihan nombor telefon yang disediakan syarikat telekomunikasi untuk pelanggan terpilih. Maka, pengguna boleh memilih nombor yang sama dengan nombor telefon, atau nombor plat kereta atau apa sahaja yang mereka mahu.

Sama-sama kita nantikan pelancaran AEON Bank, salah satu daripada dua bank digital Islamik Malaysia yang menerima lesen Bank Negara Malaysia (BNM) tidak lama lagi.

Bacaan Berkaitan

  • Bank Digital patuh Syariah pertama di Malaysia, AEON Bank akan beroperasi tidak lama lagi
  • Bank digital patuh syariah, AEON Bank mula buka pendaftaran minat
  • Bank Negara anugerahkan lesen bank digital kepada 5 konsortium ini, apa maknanya kepada kita?
Tags: AEONaeon bankBank Digital
Najib

Najib

POPULAR

Bank Digital Islamik AEON Bank, akan lancar kad Debit-i Visa dan tawar pilihan nombor akaun peribadi

Bank Digital Islamik AEON Bank, akan lancar kad Debit-i Visa dan tawar pilihan nombor akaun peribadi

9 May 2024
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN