• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad gen-10 kini lebih murah, turun harga lepas iPad Air dan iPad Pro baru dilancar

  • OLEH Najib
  • 7:24 pm
  • 09/05/2024
  • Komen
iPad gen-10 kini lebih murah, turun harga lepas iPad Air dan iPad Pro baru dilancar
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam acara pelancaran Apple Let Loose semalam, mereka melancarkan model baru iPad Air dengan kuasa cip Apple M2, dan iPad Pro menggunakan cip baru Apple M4. Di akhir majlis tersebut, Tim Cook turut mengumumkan penurunan harga untuk iPad gen-10. Kini, harga baru iPad yang lebih rendah ini sudah tiba di Malaysia.

Harga baru iPad gen-10

Potongan harga sebanyak RM200 dikenakan pada semua varian. Berikut adalah harga baru iPad gen-10 menurut laman web Apple Malaysia:



  • iPad Wi-Fi 64GB – RM1,999 RM1,799
  • iPad Wi-Fi 256GB – RM2,749 RM2,549
  • iPad Wi-Fi + Cellular 64GB – RM2,749 RM2,549
  • iPad WiFi + Cellular 256GB – RM3,499 RM3,299

Spesifikasi iPad gen-10

Apple mengemaskini iPad kepada generasi ke-10 pada tahun 2022. Ia merupakan perubahan yang besar kerana mengubah Touch ID dari bawah skrin, kepada butang kuasa di sisi atas. Skrin juga lebih besar, Liquid Retina berukuran 10.9-inci.

Prestasi iPad 10 digerakkan oleh cip A14 Bionic, cip yang digunakan pada barisan iPhone 12. Kamera hadapan pula diubah ke sisi panjang, supaya lebih mesra persidangan video yang biasa digunakan dalam posisi melintang. Ia juga dilengkapi fungsi Center Stage.



Paling utama, iPad gen-10 menggunakan sambungan USB-C, menuruti iPad Pro dan iPad Air yang telah sedia menggunakannya. Lebih banyak aksesori USB-C boleh digunakan bersama iPad. Salah satu darinya adalah Apple Pencil USB-C.

Satu lagi naik taraf adalah WiFi 6 untuk sambungan internet lebih pantas. Versi cellular pula menyokong rangkaian 5G, pertama untuk model iPad.

Penurunan harga yang ketara ini pasti menjadikan iPad lebih menarik untuk dimiliki. Tapi lebih baik nantikan pada hari Jualan Tarikh Berganda seperti 6.6 dan 7.7, atau pada Jualan Hari Gaji pada setiap 25 haribulan. Jangan terkejut, sebab Apple sekarang dah banyak bagi diskaun masa hari jualan sebegini.

Bacaan Berkaitan

  • iPad Air M2 (2024): Ini senarai harga jualannya di Malaysia
  • iPad Pro dilengkapi cip terhebat Apple M4, sangat nipis dan ringan
  • iPad Air kini datang dalam saiz 11-inci & 13-inci, sokong Pencil Pro serta Magic Keyboard
Tags: appleApple iPadipad
Najib

Najib

POPULAR

iPad gen-10 kini lebih murah, turun harga lepas iPad Air dan iPad Pro baru dilancar

iPad gen-10 kini lebih murah, turun harga lepas iPad Air dan iPad Pro baru dilancar

9 May 2024
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN