• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Predator Helios Neo 14 tiba di Malaysia, laptop kompak diperkasa Intel Core Ultra 9

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:47 pm
  • 10/05/2024
  • Komen
Predator Helios Neo 14 tiba di Malaysia, laptop kompak diperkasa Intel Core Ultra 9
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pengenalannya pada April lalu, Acer Malaysia hari ini telah mengumumkan ketibaan Predator Helios Neo 14 ke Malaysia. Ia merupakan laptop gaming kompak berkuasa tinggi serta solusi lebih mudah alih berbanding Helios Neo 16 dan 18 sedia ada. Ini kerana walaupun bersaiz kompak, ia dilengkapi dengan cip pemproses Intel Core Ultra 9 185H dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060.

Harga dan ketersediaan Predator Helios Neo 14 di Malaysia

Sejurus pelancarannya di Malaysia, laptop Predator Helios Neo 14 telah tersedia didapatkan oleh semua pengguna di Malaysia bermula hari ini, 10 Mei 2024. Hanya ada satu varian yang diperkenal di Malaysia dan harganya adalah seperti berikut:



  • Acer Predator Helios Neo 14 (Core Ultra 9, RTX 4060, RAM LPDDR5X 32GB, SSD 1TB) – RM7,799

Bagi meraikan pelancarannya, Acer menyediakan hadiah berupa Bagasi Acer Melbourne 20″ bernilai RM999 kepada pembeli yang membeli Helios Neo 14 sebelum 24 Mei 2024. Untuk tidak melepaskan peluang, anda boleh dapatkannya di Acer eStore, serta di stor rasmi Acer di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Predator Helios Neo 14

Sebagai sebuah laptop gaming kompak, Helios Neo 14 hadir dengan panel paparan 14.5″ IPS LCD beresolusi WQXGA+ (3072×1920). Ia juga memiliki kadar penyegaran pantas 165Hz, cakupan warna sRGB 100% dan juga sokongan NVIDIA G-SYNC.



Atas papan utama, Helios Neo 14 diperkasa cip pemproses Intel Core Ultra 9 185H dengan kombinasi RAM LPDDR5X seluas 32GB dan storan PCIE NVME SSD bersaiz 1TB. Untuk keperluan grafik, laptop ini didatangkan dengan GPU NVIDIA Geforce RTX 4060.

Selain itu, walaupun memiliki badan kompak, Helios Neo 14 ini dimuatkan dengan Sistem Penyejukan Predator canggih. Ia membawakan solusi seperti sistem dwikipas AeroBlade 3D generasi ke-5, sebatian penyejuk berasaskan logam pada cip pemproses dan paip pengaliran haba untuk aliran udara yang berkesan.

Dalam pada itu, pengalaman persidangan video dan audio pada laptop ini turut dapat dipertingkatkan dengan AI. Ini kerana, ia didatangkan dengan ciri Acer PurifiedVoice 2.0 untuk menghapuskan bunyi hingar serta Acer PurifiedView bagi menawarkan pengimejan video lebih baik.

Selain memiliki papan kekunci RGB, apa yang menariknya, laptop ini juga menampilkan butang khas Microsoft Copilot pada papan kekunci untuk akses mudah pada Copilot. Seperti laptop Predator yang lain, Helios Neo 14 turut dilengkapi aplikasi PredatorSense membenarkan pengguna untuk mengubah suai tetapan, lampu RGB pada laptop dan memantau prestasi laptop.

Menghidupkan Helios Neo 14 adalah bateri 76Whr dan laptop boleh dicas semula dengan blok pengecas 230W. Ciri ketersambungan yang dimiliki laptop ini termasuk WiFi 6E dan Bluetooth, serta sambungan fizikal seperti dua USB-C yang menyokong Thunderbolt 4, dua USB-A, satu HDMI, satu slot kad mikro-SD dan output jek audio 3.5mm.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Acer Predator Helios Neo 14.

Bacaan berkaitan

  • Acer lancar Predator Helios 16 dan 18, hadir dengan skrin Mini LED 250Hz dan RTX 4090
  • Predator Helios Neo 14: Laptop 14” kompak RTX 40 dan Intel Core generasi ke-14
  • Acer Predator Triton Neo 16 dilancar dengan Intel Core Ultra baru dan GPU NVIDIA RTX 4070
Tags: AcerAcer Malaysiaacer predatoracer predator helios neo 14laptoppredator helios neo 14
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Predator Helios Neo 14 tiba di Malaysia, laptop kompak diperkasa Intel Core Ultra 9

Predator Helios Neo 14 tiba di Malaysia, laptop kompak diperkasa Intel Core Ultra 9

10 May 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER