• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CelcomDigi selesai naik taraf 44% pemancar, sedia bina rangkaian 5G termaju Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:59 pm
  • 13/05/2024
  • Komen
Prabayar dan pascabayar CelcomDigi tidak dikenakan caj akses 5G
Share on FacebookShare on Twitter

CelcomDigi mengumumkan yang program pemodenan dan integrasi seluruh rangkaian (NIM) mereka telah mencapai takat 44 peratus. Digambarkan sebagar projek pemasangan atur rangkaian terbesar di Malaysia, objektif yang ingin dicapai adalah untuk menyatupadukan rangkaian Celcom dan Digi pasca penggabungan mereka pada akhir 2022 lalu.

Menurut CelcomDigi, mereka telah memodenkan lebih 7,200 tapak setakat akhir April 2024. Untuk perbandingan, dalam bulan April 2024, proses tersebut berada di tahap 35 peratus dengan jumlah tapak yang sudah dinaik taraf sebanyak 5,665.



Pelanggan CelcomDigi nikmati Internet 26% lebih pantas

Sejajar dengan perkembangan terbaharu itu, pelanggan yang bersama telco biru kuning dikatakan menikmati kelajuan capaian Internet sehingga 26 peratus lebih pantas dan kekuatan isyarat diperbaik sehingga 16 peratus sekiranya berada dalam cakupan menara yang telah dinaik taraf.

Sasaran seterusnya CelcomDigi adalah untuk menyudahkan proses naik taraf lebih 50% di empat negeri, 60% di tiga negeri, dan 100% di Pulau Pinang.



Program NIM telah diumumkan CelcomDigi dalam bulan Jun 2023 lalu dengan komitmen mereka untuk membelanjakan RM4 billion bagi membina rangkaian telco termaju Malaysia dengan sasaran 18,000 pemancar yang berupaya memancarkan isyarat 5G.

Menara pemancar itu dibangun berdasarkan piawaian tertinggi untuk memenuhi keperluan sambungan Internet terbaik yang diharapkan pelanggan seperti:

  • kelajuan tinggi yang konsisten
  • rangkaian utuh dengan risiko kegendalaan minimum
  • cakupan isyarat telco yang luas
  • kadar latensi rendah
  • penuhi piawiaan keselamatan siber global

Dalam bulan Julai 2023, mereka mengumumkan pula bekerjasama dengan Huawei dan ZTE untuk menyatukan kira-kira 25,000 menara pemancar milik Celcom dan Digi di seluruh negara. Ia melibatkan sekitar 800 jurutera dengan penglibatan lebih 250 kontraktor tenaga kerja mahir.

CelcomDigi terokai rangkaian 5.5G

Salah satu pemodenan yang dijalankan ke atas rangkaian CelcomDigi adalah pada rangkaian teras 5G mereka untuk bersiap sedia mendukung teknologi 5.5G (5G-Advanced) yang katanya bakal memberikan keupayaan CelcomDigi memberikan rangkaian telekomunkasi yang ultrautuh dan ultrarendah latensinya.

Salah satu servis baharu yang mereka terokai adalah Network Slicing. Melalui servis ini, sebahagian daripada rangkaian CelcomDigi boleh diasingkan daripada rangkaian teras untuk digunakan pelanggan yang berkeperluan khusus.

Pelanggan tersebut diberikan kuasa kawal selia yang menyeluruh ke atas rangkaian tersebut pada segi infrastruktur, prokol keselamatan, akses, dan penyesuaian bagi memenuhi objektif mereka.

Tags: 5g5g malaysiaCelcomDigitelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Prabayar dan pascabayar CelcomDigi tidak dikenakan caj akses 5G

CelcomDigi selesai naik taraf 44% pemancar, sedia bina rangkaian 5G termaju Malaysia

13 May 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER