• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada lagi nama Yoodo mulai Ogos, pengguna akan dimaklumkan tentang peralihan

  • OLEH Najib
  • 3:05 pm
  • 17/05/2024
  • Komen
Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?
Share on FacebookShare on Twitter

Yoodo, syarikat telekomunikasi digital yang memberi kebebasan kepada pengguna untuk mengubahsuai pelan sesuka hati, akan menghentikan penggunaan jenama Yoodo tidak lama lagi. Dalam notis yang dimuat naik di laman web rasmi, mereka memaklumkan bahawa jenama Yoodo akan dihentikan mulai 29 Ogos 2024. Ini selaras dengan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi.

Bagi pengguna Yoodo, mereka akan terus menikmati perkhidmatan sedia ada termasuk data, suara dan SMS tanpa sebarang gangguan sehingga dimaklumkan kelak. Tambah Yoodo, butiran lanjut tentang peralihan akan dikongsi dengan pengguna sebelum 17 Jun 2024.



Berikut adalah kenyataan penuh Yoodo:

Pelanggan yang dihormati,

Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, kami ingin memaklumkan anda bahawa jenama Yoodo akan dihentikan mulai 29 Ogos 2024.

Kami mengucapkan terima kasih kerana menjadi pelanggan setia Yoodo.

Harap maklum bahawa anda akan terus menikmati perkhidmatan sedia ada anda (data, suara dan SMS) tanpa sebarang gangguan.

Butiran lanjut tentang peralihan akan dikongsi dengan anda sebelum 17 Jun 2024.

Yoodo

Apa yang mungkin berlaku selepas ini?

Buat masa ini, masih tiada sebarang khabar tentang langkah yang akan diambil oleh Yoodo. Tetapi ada beberapa kemungkinan yang kami fikirkan boleh terjadi.



Pelan Yoodo boleh diubahsuai mengikut keperluan pengguna

Dalam situasi terbaik, akan ada syarikat yang mengambilalih Yoodo daripada CelcomDigi dan meneruskan perkhidmatan sedia ada. Ini pasti berita terbaik untuk pengguna yang sudah selesa dengan tawaran luar biasa Yoodo.

Situasi yang lebih realistik adalah, pengguna Yoodo akan ditawarkan berpindah ke pelan prabayar CelcomDigi. Ini langkah yang diambil oleh Maxis, apabila menamatkan telco digital mereka, Ookyo pada tahun 2019. Pada waktu itu, Maxis menawarkan pengguna Ookyo untuk beralih ke pelan prabayar Hotlink dengan tawaran istimewa selama 12-bulan.

Ookyo oleh Maxis
Tapp oleh Digi

Untuk situasi terburuk, pengguna tidak diberi sebarang pilihan dan perkhidmatan Yoodo tamat begitu sahaja. Hanya tarikh akhir dimaklumkan dan pengguna boleh beralih sendiri ke telco lain. Perkara ini hampir serupa dengan cara yang dibuat Tapp, telco digital di bawah Digi yang menamatkan perkhidmatan pada tahun 2020.

Apakah harapan anda selaku pengguna Yoodo? Boleh kongsikan dengan kami di ruangan komen.

[Sumber: Yoodo]

Bacaan Berkaitan

  • SKMM benarkan Celcom dan Digi bergabung, hanya jika tiada isu persaingan
  • Yoodo tidak lagi kenakan caj akses 5G, percuma untuk pelan data berkelajuan tinggi
  • Yoodo tawar data percuma 25GB serta pas 5G & SMS sangat murah dalam kemaskini pelan terbaru
  • Yoodo lancar pelan Pelanjutan Tempoh Sah, diskaun hingga 10% jika melanggan lebih sebulan
Tags: CelcomDigiyoodo
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

Tiada lagi nama Yoodo mulai Ogos, pengguna akan dimaklumkan tentang peralihan

17 May 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER