• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yoodo tidak lagi kenakan caj akses 5G, percuma untuk pelan data berkelajuan tinggi

  • OLEH Najib
  • 1:11 pm
  • 15/01/2024
  • Komen
Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?
Share on FacebookShare on Twitter

Yoodo, MVNO di bawah CelcomDigi akhirnya telah mengecualikan akses 5G untuk data berkelajuan tinggi mereka. Ia susulan pengumuman Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil bahawa tiada lagi caj tambahan dikenakan untuk perkhidmatan 5G. Kini, pengguna boleh menikmati 5G dengan Yoodo dari serendah RM12/bulan.

Dari semakan kami di aplikasi Yoodo, pengguna kini boleh menambah ‘Internet 5G’ ke mana-mana pelan berkelajuan tinggi tanpa caj tambahan. Pengguna boleh mengubahsuai pelan data-sahaja dengan 2GB RM12 atau 20GB RM20.



Buat masa ini, Yoodo menawrakan bonus data 25GB jika melanggan data berkelajuan tinggi antara 40GB sehingga 100GB. Bermakna, pengguna boleh menikmati data 65GB pada harga RM40/bulan. Jika perlukan lebih data bersama 5G untuk masa terhad, boleh dapatkan Power Pass yang memberikan data 100GB pada harga RM1 untuk 1 jam, atau RM5 untuk 3 jam, atau RM15 untuk 12 jam.

Tetapi untuk pengguna sedia ada, untuk menikmati 5G sekarang anda perlu melanggan semula pelan dan memastikan ‘Internet 5G’ ditandakan. Anda masih boleh menunggu sehingga kitaran pelan akan datang untuk mendapatkan 5G, atau memperbaharui pelan sekarang tetapi pelan sedia ada akan ditamatkan walau masih ada data.



Yoodo juga dilihat telah mengemaskini FAQ dan menyatakan RM0 untuk semua Internet 5G. Sama seperti dahulu, akses 5G tidak terpakai jika anda memiliki Pelan Tanpa Had Yoodo yang ditawarkan dari RM35/bulan untuk kelajuan 3Mbps.

Kadar data dan internet 5G Yoodo terkini

Yoodo telah memperkenal perkhidmatan 5G pada Februari 2023 dan akses 5G ditawarkan secara percuma dalam tempoh ujian. Selepas tampat tempoh ujian, pelanggan perlu membayar RM5 jika mahu terus menggunakan rangkaian 5G bersama pelan Yoodo.

Akhir tahun lepas, Yoodo memperbaharui harga pas Internet 5G kepada serendah RM1, bergantung kepada data yang dilanggan. Pada waktu itu, pas 5G Yoodo berharga RM5 untuk pilihan data antara 2GB ke 6GB, RM3 untuk 10GB ke 30GB, serta RM1 bagi 65GB dan ke atas.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran Yoodo, layari laman web www.yoodo.com.my.

Bacaan Berkaitan

  • Yoodo tawar data percuma 25GB serta pas 5G & SMS sangat murah dalam kemaskini pelan terbaru
  • Pengguna Yoodo perlu bayar lebih untuk akses 5G selepas promosi tamat bulan depan
  • Yoodo kini menyokong 5G dengan akses percuma
Tags: 5g malaysiayoodo
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

Yoodo tidak lagi kenakan caj akses 5G, percuma untuk pelan data berkelajuan tinggi

15 January 2024
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN