• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Maybank

Anda juga boleh jadi pelabur yang bijak dengan mudah menggunakan aplikasi MAE dan laman web M2U

  • OLEH Penaja
  • 4:59 pm
  • 20/05/2024
  • Komen
Anda juga boleh jadi pelabur yang bijak dengan mudah menggunakan aplikasi MAE dan laman web M2U
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Maybank]    

Apabila terdengar tentang pelaburan, mungkin ramai yang masih ragu-ragu untuk melakukannya kerana kekurangan ilmu, kefahaman mahupun dana. Apatah lagi jika anda masih muda atau baru memasuki alam pekerjaan, pasti ia sesuatu yang masih jarang didengar.

Ada yang melihat pelaburan sebagai sesuatu yang berisiko tinggi kerana kekurangan pengetahuan, tetapi ada juga yang menganggap ia peluang untuk menambah lagi aset untuk kegunaan diri dan keluarga pada masa hadapan.

Tetapi bagaimana untuk memulakan pelaburan dengan selamat walaupun kurang ilmu dan maklumat? Sudah tentulah bertanya kepada yang pakar. Bagi memenuhi keperluan ini, Maybank telah membangunkan fungsi “Goal-Based Investment”.

Pelaburan yang mudah dan selamat

Bagi pengguna yang baru mahu menceburi dunia pelaburan atau pelaburan yang selamat dan diyakini, Maybank Goal-Based Investment ada ciri-ciri tersebut. Ia juga lebih mudah untuk dimulakan dan diurus, kerana ia menggunakan platform aplikasi MAE atau laman web Maybank2u.

Paling penting dan ia harus diketahui oleh semua jenis pelabur adalah, Maybank Goal-Based Investment adalah selamat dan berintegriti kerana ia diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia.

Di samping itu, Maybank kini mengadakan kempen di mana pengguna Maybank Goal-Based Investment boleh menikmati caj jualan 0% dari sekarang sehingga 25 Jun 2024. Hanya dengan RM200, anda boleh melabur untuk mencapai matlamat pada masa hadapan. Apa yang diperlukan adalah akaun simpanan/semasa di Maybank dengan akses aktif Maybank2u, serta akaun unit amanah Maybank. Pengguna juga perlu berusia 18 tahun dan ke atas, dan menetap di Malaysia dengan dokumen pengenalan yang sah.

Cara melabur dengan Maybank Goal-Based Investment

Terdapat tiga matlamat yang boleh ditetapkan melalui Maybank Goal-Based Investment iaitu Wealth (Kekayaan), Education (Pendidikan) dan Retirement (Persaraan). Tetapi jika anda masih kurang pasti, tidak perlu risau kerana Maybank Goal-Based Investment akan menyediakan persoalan, simulasi dan jawapan berdasarkan keperluan anda. Ia juga akan memberi cadangan Dana Unit Amanah yang bersesuaian dan pelaburan yang diperlukan berdasarkan situasi semasa.

Untuk mula melabur, buka aplikasi MAE dan pilih ikon ‘Goal-Based Investment’. Tetapkan nombor PIN jika belum ada, kemudian tekan ‘Let’s Begin’ untuk mengetahui tahap risiko peribadi anda. Seterusnya, anda akan mendapat penerangan tentang penilaian yang akan dijalankan dan anda perlu isi semua butiran yang diperlukan. Apabila selesai, tekan butang ‘Next’ dan anda akan mendapat penerangan      mengenai Goal-Based Investment dan anda boleh mula memilih matlamat.

Berdasarkan matlamat yang dipilih, pengguna kemudiannya akan diberi simulasi. Di simulasi ini, tetapkan matlamat pelaburan yang ingin dicapai, jumlah permulaan pelaburan dan jumlah pelaburan yang ingin dibuat setiap bulan.

Setelah itu, pengguna boleh melihat portfolio pelaburan yang terdapat di Maybank Goal-Based Investment. Sehingga 5 unit amanah boleh dipilih dan anda boleh menetapkan berapa peratus diperuntukkan untuk setiap unit amanah.

Jika belum ada akaun Unit Amanah, anda boleh membukanya serta-merta. Selepas selesai membuka akaun Unit Amanah, bolehlah masukkan deposit pertama serendah RM200. Anda juga akan diminta untuk memilih antara memasukkan dana secara automatik setiap bulan, atau memasukkannya sekaligus untuk deposit. Setelah pengesahan, anda kini telah memulakan pelaburan Maybank Goal-Based Investment.

Labur dengan aplikasi MAE sekarang

Melabur dengan Maybank Goal-Based Investment sangatlah mudah. Anda boleh menetapkan matlamat, dan memilih dana berdasarkan risiko pelaburan mengikut kesesuaian. Ia juga diperakui dan boleh dicairkan pada bila-bila masa jika perlu.

Mulalah melabur dengan Maybank Goal-Based Investment menerusi aplikasi MAE. Untuk maklumat lanjut, layari laman web di sini.

Tags: MaybankMaybank Goal Based Investmentpenaja
Penaja

Penaja

POPULAR

Anda juga boleh jadi pelabur yang bijak dengan mudah menggunakan aplikasi MAE dan laman web M2U

Anda juga boleh jadi pelabur yang bijak dengan mudah menggunakan aplikasi MAE dan laman web M2U

20 May 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER