• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Aion Y Plus di Malaysia: EV harga patut dengan ruang dalam yang sungguh lapang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:09 pm
  • 23/05/2024
  • Komen
Aion Y Plus di Malaysia: EV harga patut dengan ruang dalam yang sungguh lapang
Share on FacebookShare on Twitter

Satu lagi EV harga harga patut masuki Malaysia. Kali ini adalah daripada jenama GAC modelnya ialah Aion Y Plus. Model ini akan bersaing dengan nama-nama sepeti BYD Atto 3, Neta X, MGZS EV, Tesla Model Y dan Kona Electric antaranya.

Harga Aion Y Plus di Malaysia

Tempahan untuk memiliki Aion Y Plus sudahpun dibuka dan berikut adalah harganya untuk pasaran Malaysia:



  • Aion Y Plus Elite – RM119,800
  • Aion Y Plus Premium – RM135,800

200 penempah terawal akan terima wallbox 7kW dan kredit JomCharge RM1,000. GAC Aion Y Plus juga akan jadi antara yang pertama sokong ciri Autocharge EVC.

Daripada segi jaminan, Aion Y Plus dilindungi jaminan 8 tahun atau 160,000km. Bateri, motor, dan alat berkaitan dengannya pula dilindungi jaminan 8 tahun atau 180,000km. Buat yang menempah, penghantaran akan dimulakan seawal Jun 2024 sementara varian Premium bermula Julai 2024.



Aion Y Plus praktikal untuk kegunaan keluarga

Pada segi dimensi, ia lebih besar berbanding semua model pesaing yang dinyatakan tadi kecuali ia sedikit kecil disebelah Tesla Model Y. Rekaannya agak agresif, terutamanya di bahagian depan rekaan lampunya yang bentuk macam sayap burung ataupun bulu mata bercahaya.

Bahagian depan memang tiada grill langsung. Kedudukan lampu yang agak tinggi ini mengingatkan pada Mitsubishi Expander.. Daripada tepi pula, ia tampak seperti sebuah BMW iX versi mini.

Sebanyak 2 model dibawa masuk ke Malaysia iaitu Aion Y Plus Elite dan Aion Y Plus Premium. Mereka berkongsi spesifikasi asas yang sama iaitu motor yang ditambat pada gandar depan dengan output setinggi 201hp dan tork setinggi 225Nm. Motor ini mampu membawa Aion Y Plus daripada pegun kepada 100km/j dalam masa 8.5 saat sahaja.

Tangki bateri yang dimiliki Aion Y Plus adalah 63.2kWh dan ia mampu bergerak sejauh 490km mengikut piawaian NEDC. Apabila perlu dicas, ia menyokong input AC pada paras 6.6kW dan DC pada paras 80kW. Fungsi V2L juga ada untuk kemudahan anda.

Varian Premium mempunyai beberapa kelebihan berbanding varian Elite. Antaranya adalah kehadiran komponen seperti armrest di kerusi belakang serta corong pendingin hawa untuk penumpang belakang. Lagi kelebihan yang dinikmati adalah fungsi pengecasan wayarles di konsol tengah serta kerusi pemandu adalah jenis ventilated.

Ciri keselamatan juga ada perbezaan pada sudut kehadiran sistem bantu pandu ADAS yang lebih komprehensif seperti adaptive cruise control dengan low speed follow.

Namun, kedua-dua varian berkongsi sistem inforia yang sama iaitu skrin 14.6” dan ada kluster instrumen 10.25”.

Tags: aionaion y plusautomotifEV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Aion Y Plus di Malaysia: EV harga patut dengan ruang dalam yang sungguh lapang

Aion Y Plus di Malaysia: EV harga patut dengan ruang dalam yang sungguh lapang

23 May 2024
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN