• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TCL lancar TV 4K siri QLED C655 dan P755, tawar saiz sehingga 98″ dan dikuasakan Google TV

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:01 pm
  • 23/05/2024
  • Komen
TCL lancar TV 4K siri QLED C655 dan P755, tawar saiz sehingga 98″ dan dikuasakan Google TV
Share on FacebookShare on Twitter

TCL dalam satu acara pelancaran telah mengumumkan barisan TV terbaru untuk pasaran Malaysia. Ia adalah siri TV 4K UHD P755 dan QLED C655. Untuk mudah faham, siri TV 4K UHD P755 merupakan model lebih mesra bajet, manakala TCL C655 model lebih mewah kerana menggunakan panel paparan berteknologi Quantum Dot (QLED) serta dengan sistem bunyi lebih baik.

Harga dan ketesediaannya di Malaysia

Kedua-dua model TCL P755 dan C655 ditawarkan dalam beberapa saiz, dengan C655 ditawarkan daripada saiz 50″ hingga 98″. Model TCL P755 pula tersedia dalam saiz lebih kecil pada 43″ hingga 75″.



Seperti yang dikatakan tadi, P755 ada tanda harga lebih murah bermula RM1,799 untuk saiz 43″, manakala C655 bermula daripada 50″ pada harga RM2,999. Anda boleh rujuk harga penuh dan semua saiz yang ditawarkan di bawah:

TCL C655

  • 50″ – RM2,999
  • 55″ – RM3,599
  • 65″ – RM5,199
  • 75″ – RM8,599
  • 85″ – RM12,899
  • 98″ – RM19,999
TCL C655

TCL P755

  • 43″ – RM1,799
  • 50″ – RM2,299
  • 55″ – RM2,699
  • 65″ – RM3,699
  • 75″ – RM6,199
TCL P755

Spesifikasi TCL C655

Siri TCL C655 ini menggunakan panel paparan QLED dengan cakupan warna DCI-P3 setinggi 95%. Ia juga memiliki resolusi tinggi 4K Ultra HD (3840 x 2160) serta dikuasakan dengan cip pemporses AiPQ Pro untuk meningkatkan kualiti imej yang terpapar termasuk untuk warna, kejelasan, kontras, HDR dan pergerakan pada skrin menggunakan algoritma AI.



Selain itu, ia juga ada teknologi T-Screen Pro yang katanya mampu mempertingkatkan lagi kontras sebanyak 5x dengan sudut pandangan lebih luas 178 darjah. Kualiti paparan juga ditambah baik dengan HDR10+, Dolby Vision dan teknologi MEMC.

Untuk gaming, ia turut dilengkapkan dengan fungsi Game Master yang membenarkan skrin bergerak lebih laju pada 120Hz, di samping menyokong ciri AMD Freesync Premium.

Berkenaan sistem bunyi pula, ia memiliki speaker ONKYO 2.1ch dengan subwoofer terbina berkuasa 50W yang berikan pengalaman audio sangat mengasyikkan. Bukan itu sahaja, terdapat juga teknologi bunyi sekeliling DTS Virtual:X dan Dolby Atmos untuk bunyi sekeliling yang imersif.

Dalam pada itu, siri C655 ini juga ada rekaan tanpa bezel dengan badan nipis. Sambungan wayarles yang disokong termasuk Bluetooth 5.0 dan WiFi 5. Ia menjalankan sistem operasi Google TV membolehkan anda memuat turun aplikasi di Google Play Store dan ada storan besar 32GB.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk TCL C655.

Spesifikasi TCL P755

Siri TCL P755 juga didatangkan dengan rekaan tanpa bezel dengan berbadan nipis. Paparannya menggunakan panel DLED dengan resolusi tinggi 4K Ultra HD dan ada cakupan warna gamut DCI-P3 seluas 93%. Ia juga menyokong HDR 10+, Dolby Vision, MEMC dan dilengkapi cip pemproses AiPQ Pro menawarkan kualiti imej yang dipertingkatkan AI daripada segi kejelasan, warna, pergerakan, kontras dan HDR.

Seperti siri C655, siri P755 juga dilengkapkan dengan teknologi T Screen tetapi dengan peningkatan kontras 3x berbanding 5x. Paparannya juga terima pengesahan TUV untuk cahaya biru rendah berikan perlindungan mata kepada pengguna.

Audionya dikeluarkan daripada dua speaker berkuasa 15W dengan sokongan Dolby Atmos dan DTS Virtual:X untuk bunyi sekeliling. Fungsi Game Master turut tersedia membolehkan skrin mencapai kadar penyegaran 120Hz dengan Auto Low Latency Mode untuk mengurangkan kabur pada skrin.

TV pintar ini menjalankan sistem operasi Google TV dan ada Chromecast terbina untuk tayangkan kandungan tanpa wayar melalui telefon. Sambungan wayarles yang disokong adalah Bluetooth 5.0 dan WiFi 5.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk TCL P755.

Tags: tclTCL C655TCL MalaysiaTCL P755TV TCL
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

TCL lancar TV 4K siri QLED C655 dan P755, tawar saiz sehingga 98″ dan dikuasakan Google TV

TCL lancar TV 4K siri QLED C655 dan P755, tawar saiz sehingga 98″ dan dikuasakan Google TV

23 May 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER