• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Malaysia nak lancar iPhone pada 5 Jun? Cas Seminit, Sembang Sejam

  • OLEH Najib
  • 7:18 pm
  • 24/05/2024
  • Komen
Realme Malaysia nak lancar iPhone pada 5 Jun? Cas Seminit, Sembang Sejam
Share on FacebookShare on Twitter

Realme nak lancar iPhone? Biar betul. Inilah yang menjadi persoalan apabila kami mendapat emel daripada Realme Malaysia. Sebab tajuknya adalah, telefon pintar dengan rupa paling sama dengan iPhone, Realme C63 akan dilancar pada 5 Jun 2024.

Bila lihat gambar yang dikongsi, tak pula terasa ia sangat serupa dengan iPhone sebab kemasan dan warna yang digunakan jauh berbeza. Yang serupa hanyalah pepulau kamera belakang dengan tiga bulatan, tetapi sangat jelas tidak serupa sebab salah satu bulatan adalah LED Flash.



Menurut Realme Malaysia, Realme C63 merupakan pengganti kepada telefon pintar Realme yang paling banyak terjual, Realme C53. Buktinya, Realme C53 berada di tangga ketiga carian gajet teknologi di Google Malaysia pada tahun 2023.

Realme C53 membawa tema “Cas Seminit, Sembang Sejam” kerana datang dengan pengecasan pantas 45W. Ia juga datang dalam dua pilihan warna dan kemasan. Antara biru kulit vegan dan hijau gemerlapan.



Harga bawah RM600, skrin bertakuk?

Apabila dibuat carian di alam maya, kami menemui beberapa laman web yang mendakwa telah mengambil tempahan awal untuk Realme C63. Ia adalah peranti asli daripada Realme Malaysia dengan jaminan selama 1-tahun, dan menunjukkan harga rasmi serta spesifikasi penuh.

Harga Realme C63 yang dipaparkan adalah RM599, dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Ia menggunakan cip Unisoc T612, dengan bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 45W.

Skrinnya jenis LCD 6.67-inci, dengan resolusi HD sahaja dan kadar penyegaran 90Hz. Kecerahan tertinggi pula 560nits. Paling mengecewakan, gambar tersebut menunjukkan takuk kecil di dahi skrin, menandakan rupa yang langsung tak sama dengan iPhone.

Takuk tersebut memuatkan kamera hadapan 8MP dan di belakang, ada kamera utama 50MP serta kamera kedua AI. OS yang dipasang dalam Realme UI 5.0 berasaskan Android 14. Ia juga menyokong NFC, kalis percikan air IP54, speaker mono Ultraboom 200% dan ada jek audio 3.5mm.

Adakah ini peranti yang berbaloi dengan harga RM599? Untuk perbandingan, Realme C67 yang lebih baik dijual pada harga RM729 untuk storan 128GB, dan RM799 dengan storan 256GB. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, nantikan laporan kami apabila Realme C63 dilancar pada 5 Jun 2024.

Bacaan Berkaitan

  • Telefon murah mana lebih bagus, Realme C53, Infinix Hot 30 atau Redmi 12?
  • Realme C53 kini dengan storan dua kali ganda dan RAM 8GB pada harga kekal murah
  • Harga Realme C67 dengan Snapdragon bawah RM900, percuma fon telinga
  • Harga baru Realme C67 lebih murah, ada kamera 108MP dengan zum dalam sensor
Tags: RealmeRealme C63
Najib

Najib

POPULAR

Realme Malaysia nak lancar iPhone pada 5 Jun? Cas Seminit, Sembang Sejam

Realme Malaysia nak lancar iPhone pada 5 Jun? Cas Seminit, Sembang Sejam

24 May 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER