• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Zotac bakal perkenal ZONE, konsol gaming mudah alih dengan cip AMD Ryzen APU

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:35 pm
  • 30/05/2024
  • Komen
Zotac bakal perkenal ZONE, konsol gaming mudah alih dengan cip AMD Ryzen APU
Share on FacebookShare on Twitter

Anda mungkin kenal Zotac sebagai jenama pengeluar kad grafik. Tapi tidak lama lagi, Zotac bakal menyertai pasaran konsol gaming mudah alih dengan pengenalan peranti yang dipanggil ZONE. Katanya, konsol ZONE ini akan dipamerkan secara rasmi di acara Computex yang akan berlangsung bermula 4 Jun di Taiwan.

Pengenalan ZONE pastinya bakal memeriahkan lagi pasaran konsol gaming mudah alih dan menyertai produk lain seperti ROG Ally, Legion Go, MSI Claw dan Steam Deck. Walaupun tidak banyak perkara yang didedahkan oleh Zotac berkenaan ZONE, apa yang diketahui adalah ia akan hadir dengan paparan AMOLED 7-inci.



Ini lantas menjadikannya lebih baik berbanding pesaingnya yang lain, terutamanya ROG Ally, MSI Claw dan Legion Go yang menggunakan paparan LCD, tetapi setara dengan Nintendo Switch dan Steam Deck dengan panel paparan OLED. Selain itu, ZONE juga dikatakan akan memiliki butang trigger yang boleh dilaras dalam dua peringkat, serta lampu RGB LED di belakang konsol.

ROG Ally
Legion Go

Berkenaan cip pemproses yang digunakan, ia telah disahkan yang ZONE bakal mengguna pakai AMD Ryzen APU. Berkemungkinan Ryzen Z1 Extreme yang sama terdapat pada ROG Ally dan Legion Go.



MSI Claw

Bagaimanapun, maklumat lain berkenaan spesifikasi ZONE setakat ini masih terhad dan tidaklah pasti sama ada ia akan tiba di Malaysia ataupun tidak jika ia dilancarkan kelak. Tetapi jika anda mahukan konsol mudah alih sekarang, anda ada pilihan seperti ROG Ally, Legion Go, MSI Claw dan Nintendo Switch. Berikut adalah harganya di Malaysia:

  • ROG Ally – harga bermula RM2,799
  • Legion Go – harga bermula RM3,699
  • MSI Claw – harga bermula RM3,499
  • Nintendo Switch – harga bermula RM1,288

[Sumber: Videocardz]

Bacaan berkaitan

Zotac Zbox Pico ini dilengkapi solusi penyejukan gajet masa depan

Tags: zotacZotac ZONE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Zotac bakal perkenal ZONE, konsol gaming mudah alih dengan cip AMD Ryzen APU

Zotac bakal perkenal ZONE, konsol gaming mudah alih dengan cip AMD Ryzen APU

30 May 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER