Mencari telefon terbaik sekitar RM1,000 di Malaysia? Ini kami nak bantu anda. Ada banyak pilihan menarik yang anda boleh dapat dengan bajet sebegini. Bukan je ada prestasi cukup baik, tapi ada juga yang diiktiraf kalis air, ada pengecasan wayarles, guna skrin AMOLED 120Hz dan lengkap dengan butang bahu untuk gaming.
Yang penting, semua telefon ini juga ada sokongan rangkaian 5G. Jadi tanpa membuang masa, di sini saya senaraikan 5 telefon terbaik bawah RM1,200 yang boleh anda beli di Malaysia sekarang.
1. Infinix Note 40 Pro 5G (8GB + 256GB) RM1,098
Infinix Note 40 Pro 5G merupakan pilihan menarik untuk harga bawah RM1,200. Ia baru sahaja dilancarkan pada Mac lalu dan memiliki rekaan unik menggunakan kemasan kulit tiruan berwarna hijau. Prestasi yang ia ada berkelas pertengahan dengan menggunakan cip Dimensity 7020 yang bergandingan bersama storan UFS 2.2.
Tetapi kelebihannya adalah ia sokongan pengecasan pantas 45W dan adalah satu-satunya telefon memiliki pengecasan wayarles 20W dengan teknologi magnetik MagCharge macam iPhone 15 Pro Max. Ia juga ada lampu Active Halo untuk beri notifikasi kepada pengguna.
Sementara ia ada kamera utama besar 108MP OIS, kekurangannya adalah ia tak ada kamera ultralebar. Paparannya pula sebesar 6.78-inci jenis AMOLED 120Hz, ada pengimbas cap jari dalam skrin dan guna sistem operasi XOS 14 berasaskan Android 14. Tapi sokongan OS-nya hanya diberikan dua kali dan tiga tahun keselamatan.
Anda boleh dapatkan Infinix Note 40 Pro 5G pada harga RM1,098 di Lazada dan Shopee. Ketahui lebih lanjut di sini.
2. iQoo Z9x 5G (12GB + 256GB) RM1,199
Telefon pintar iQoo Z9x ini baru sahaja diperkenal pada awal bulan Mei. Walaupun dengan badan nipis, telefon ini ada kapasiti besar 6,000mAh. Bukan itu saja, ia juga menyokong pengecasan pantas 44W, ada kalis air IP64 dan speaker stereo dengan kelantangan kuat 300%.
Panel paparan yang digunakan pun laju 120Hz, tapi hanya LCD dan tiada pengimbas cap jari dalam skrin, sebaliknya ada di butang kuasa. Prestasinya pula berkelas pertengahan menggunakan cip Snapdragon 6 Gen 1 4nm dengan storan UFS 2.2 256GB. Tapi ada RAM paling besar 12GB jenis LPDDR4X untuk harga bawah RM1,200.
Anda boleh dapatkan iQoo Z9x pada harga RM1,199 di Lazada dan Shopee. Ketahui lebih lanjut tentang iQoo Z9x di sini.
3. Samsung Galaxy A25 5G (8GB + 256GB) RM1,099
Kalau anda nakkan telefon Samsung, boleh pertimbangkan Galaxy A25 5G. Prestasinya bukanlah paling laju guna sebab cip yang tua sedikit usianya Exynos 1280. Tapi, ia ada rekaan menarik ala-ala telefon flagship Galaxy S24, skrin Super AMOLED 120Hz, kamera ultralebar dan sokongan kemaskini OS paling panjang 4 kali dan keselamatan 5 tahun.
Bateri pun cukup besar 5,000mAh, tapi pengecasan hanya 25W dan tak diberikan pengecas dalam kotak. Kekurangannya lagi ia guna rekaan takuk dan ada dagu tebal sedikit, serta pengimbas cap jari di butang kuasa.
Anda boleh dapatkan Galaxy A25 di Lazada dan Shopee pada harga RM1,099. Maklumat lanjut anda boleh dapatkan di sini.
4. Nubia Neo 2 5G (8GB + 256GB) RM999
Jika gaming adalah perkara yang anda pentingkan, Nubia Neo 2 5G ini adalah pilihan yang tepat. Ia gunakan cip Unisoc T820 8-teras 6nm berkeupayaan tinggi dengan storan pantas UFS 3.1. Lagi menarik, ia juga ada fungsi khas Bypass Charging untuk gaming dan juga butang bahu yang boleh ditetapkan menerusi perisian Game Space 2.0.
Sistem kameranya biasa sahaja dan skrin pun jenis LCD 120Hz, tapi yang menariknya ia ada fungsi Live Island untuk paparkan maklumat pada dahi skrin. Kapasiti bateri juga besar 6,000mAh dan ada sokongan pengecasan 33W. Untuk keperluan audio, ia gunakan speaker stereo dengan teknologi bunyi sekeliling DTS X Ultra.
Anda boleh dapatkan Nubia Neo 2 5G pada harga RM999 di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman produknya di sini.
5. Poco X6 (8GB + 256GB) RM1,039
Jenama Poco sememangnya menawarkan spesifikasi berbaloi pada harga sangat murah dan Poco X6 ini ada spesifikasi paling hebat dalam senarai. Dilancar pada Januari lepas, ia guna cip berkuasa tinggi Snapdragon 7s Gen 2 4nm dan ada skrin Flow AMOLED 120Hz. Kuasa mengecas pun tinggi 67W, tapi storan yang digunakan agak perlahan jenis UFS 2.2.
Selain itu, telefon ini juga diiktiraf kalis percikan air dan debu iP54, ada speaker stereo Hi-Res dengan Dolby Atmos dan jek audio 3.5mm. Bahagian kamera juga mencukupi kerana ada kamera utama 64MP OIS dan ultra lebar 8MP. Sistem operasi yang digunakan adalah HyperOS berasaskan Android 14.
Anda boleh dapatkan Poco X6 pada harga RM1,039 di Lazada dan Shopee. Sebarang maklumat lanjut anda boleh dapatkan di laman produknya.