[Artikel ini dibawakan oleh Whoscall]
Tahukah anda warga emas menjadi mangsa penipuan secara dalam talian dengan nilai kerugian lebih RM500 juta sejak 2021 hingga tahun lalu? Kerugian yang mereka alami adalah 20% daripada jumlah keseluruhan RM2.7bil. Walaupun jumlah mangsa dalam kalangan warga emas adalah rendah, namun nilai kerugian dialami mereka amat tinggi berbanding kumpulan umur lain.
Lebih membimbangkan, tahun ini antara 1 Jan dan 19 Mei sahaja kerugian yang membabitkan mangsa warga emas telah mencecah RM130.4 juta daripada jumlah keseluruhan kerugian yang dicatatkan iaitu RM471.5 juta.
Melihat pada trend dan data ia tidak dapat dinafikan, lebih ramai warga emas akan menjadi sasaran scam online selepas ini kerana kebanyakan mereka mempunyai wang simpanan yang banyak dan lebih mudah ditipu.
Anak-Anak Perlu Memainkan Peranan Penting Dalam Membantu Ibu Bapa
Dalam hal ini, anak-anak perlu memainkan peranan penting untuk melindungi keselamatan ibu bapa daripada terus ditipu oleh penjenayah siber. Anda mungkin telah berkali-kali memesan dan memperingatkan ibu bapa untuk berhati-hati tetapi adakah ia berkesan?
Kemungkinan besar ibu bapa anda akan lupa akan pesanan-pesanan yang diberi. Tambahan pula taktik penipuan yang berubah-ubah seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat membuatkan ia lebih sukar untuk ibu bapa anda mengenal pasti apa yang selamat dan apa yang tidak.
Langkah Keselamatan Mudah Dan Selamat Yang Diiktiraf Oleh PDRM
Antara cara yang terbaik ialah anak-anak boleh mengambil langkah keselamatan aktif dengan memasang aplikasi anti penipuan. Terdapat pelbagai aplikasi anti penipuan tetapi hanya satu sahaja yang diyakini dan diiktiraf sendiri oleh PDRM adalah Whoscall.
Lindungi ibu bapa dari SCAM dengan mengajar 4 langkah mudah ini:
1. Muat turun Whoscall – Sukar untuk mengesan taktik SCAM yang sentiasa berubah tetapi dengan Whoscall, ia dapat membantu mengesan di peringkat awal. Antara fungsinya bagi mengatasi penipuan adalah menapis panggilan dan SMS yang masuk ke telefon. Ia mengumpulkan maklumat pemanggil menerusi laporan orang ramai, data PDRM serta teknologi termaju, untuk memberi amaran kepada pengguna terhadap nombor yang tidak dikenali. Anak-anak boleh muat turun Whoscall dalam telefon ibu bapa secara percuma!
2. Ajar ibu bapa cara semak pautan tidak dikenali di Whoscall – Pautan tidak dikenali sering menjadi punca utama telefon digodam. Tunjukkan ibu bapa anda cara menyemak pautan yang diterima dari SMS atau dari aplikasi pemesejan menggunakan ciri URL Scanner yang membantu memastikan keselamatan pautan dengan cepat dan mudah, sekali gus melindungi pengguna daripada menekan pada pautan pancingan (phishing links) secara tidak sengaja.
3. Semak kebocoran data peribadi di Whoscall – Semak jika maklumat peribadi ibu bapa anda telah disalahgunakan dengan hanya memasukkan nombor telefon di ciri keselamatan tambahan Whoscall ID Security. Anda akan mendapat maklumat tentang data berkenaan akaun, kata laluan dan butiran peribadi yang terjejas secara serta merta. Ia juga akan memberi cadangan atau langkah-langkah yang boleh diambil buat masa hadapan.
4. Aktifkan Kemaskini Automatik Whoscall – Sekat panggilan penipuan dan SMS daripada menghubungi ibu bapa anda secara automatik dengan Whoscall Premium. Whoscall melalui pangkalan datanya yang terbesar di Asia Timur dan Tenggara dengan lebih 2.6 bilion entri nombor telefon sentiasa mengemaskini nombor SCAM dan mencurigakan setiap hari. Dengan data terkini setiap hari, ia pasti membantu melindungi ibu bapa anda.
Berikan perlindungan yang lebih komprehensif buat orang tua anda dengan ciri-ciri pengemaskinian pangkalan data automatik, sekatan pemanggil scam automatik dan bebas iklan melalui pelan Whoscall Premium. Dengan data terkini yang dikemaskini secara automatik, ia dapat memberikan keselamatan yang lebih menyeluruh terutamanya buat warga emas yang kurang celik dengan dunia pendigitalan.
Jangan ambil remeh tentang risiko scam, terutamanya golongan warga emas yang sukar mengenal pasti apa yang betul dan apa yang tidak. Sebagai anak prihatin yang bukan selalu bersama dengan ibu bapa anda, Whoscall boleh membantu dalam melindungi mereka daripada terjerat scam!
Pengguna Maxis Dan Hotlink Lebih Dilindungi
Berita baik buat pengguna Maxis dan Hotlink, baru-baru ini Maxis telah bekerjasama dengan Whoscall untuk menawarkan pelan Whoscall Premium dengan harga langganan yang lebih murah daripada biasa. Usaha ini merupakan suatu komitmen daripada Maxis untuk melindungi keselamatan digital penggunanya daripada risiko scam yang semakin berleluasa.
Tawaran eksklusif ini memberikan diskaun lebih 40% untuk langganan pelan Whoscall Premium. Setelah anda melanggan Whoscall Premium secara automatiknya anda mendapat tambahan 60 hari secara percuma!
Harga biasa dan harga diskaun pelan Premium Whoscall untuk pengguna Maxis dan Hotlink adalah seperti berikut:
- Whoscall Premium Bulanan –
RM8.90RM5.90 - Whoscall Premium Tahunan –
RM87.90RM58.90
Dapatkan Whoscall Premium dengan diskaun lebih 40% secara mudah buat ibu bapa anda DI SINI dengan membayar kos langganan terus ke bil Maxis dan Hotlink!
Bersama-sama, lindungi diri, orang tersayang terutamanya ibu bapa kita dengan Whoscall dan nikmati perlindungan dan persekitaran digital yang lebih selamat!