• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Infinix Note 40 Racing Edition dilancar, harga sama murah dengan edisi biasa

  • OLEH Najib
  • 2:26 pm
  • 19/06/2024
  • Komen
Siri Infinix Note 40 Racing Edition dilancar, harga sama murah dengan edisi biasa
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix Malaysia hari ini melancarkan dua model telefon pintar yang dihasilkan dengan kerjasama BMW Designworks, Note 40 5G Racing Edition dan Note 40 Pro 5G Racing Edition. Kedua-dua model ini menampilkan rekaan eksklusif hasil kepakaran rekaan BMW, khas buat Infinix.

Harga dan Tarikh Jualan

Peminat boleh mendapatkan edisi khas rekaan BMW ini mulai hari ini, 19 Jun 2024. Ia boleh dibeli daripada pengedar sah Infinix, serta atas talian di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.



Lebih menarik, harganya tidak berbeza dengan model biasa iaitu:

  • Infinix Note 40 5G Racing Edition (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM1,299
  • Infinix Note 40 Pro 5G Racing Edition (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,098

Khas untuk pembeli terawal, mereka akan menerima hadiah percuma berupa powerbank MagPower Racing Edition.



Spesifikasi Infinix Note 40 5G

Model bukan Pro ini dikuasakan cip Mediatek Dimensity 7020 5G 6nm, bersama RAM LPDDR4X 8GB, serta storan mega UFS 2.2 seluas 256GB.

Skrinnya rata jenis AMOLED, seluas 6.78-inci HD penuh, dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz. Ia juga ada kecerahan skrin setinggi 1,300nits, serta pengimbas capjari dalam skrin. Sistem bunyi stereo padanya, ditala oleh pakar audio JBL.

Di belakang, terdapat tiga kamera iaitu kamera utama 108MP dengan OIS dan zum lossless 3x, kamera makro 2MP F2.4 serta kamera potret 2MP. Terdapat juga lampu notifikasi Active Halo di samping kamera belakang. Di hadapan, ia ada kamera swafoto dengan sensor 32MP.

Perkara lebih menarik pada telefon ini adalah pengecasan. Ia ada bateri berkapasiti 5,000mAh di dalam, menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Selain itu, ia juga ada pengecasan wayarles 15W dan boleh mengecas secara magnetik dengan sarung MagKit.

Infinix menggunakan sistem operasi XOS 14 berasaskan Android 14 untuk Infinix Note 40 5G. Infinix juga menjamin untuk memberikan kemaskini OS sebanyak dua kali, dan kemaskini keselamatan selama tiga tahun.

Spesifikasi Infinix Note 40 Pro 5G

Perbezaan ketara versi Pro dan bukan Pro, adalah pada skrin di mana Note 40 Pro 5G dilengkapi skrin AMOLED melengkung 6.67-inci beresolusi FHD+, dengan kadar penyegaran 120Hz. Panel paparan ini ada kecerahan puncak pada 1,300 nits.

Prestasinya serupa, menggunakan cip MediaTek Dimensity 7020 5G 6nm, yang dipadankan dengan RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 2.2 seluas 256GB. Terdapat sistem bunyi stereo pada telefon ini, ditala oleh JBL.

Bateri berkapasiti 5,000mAh dimuatkan di dalam telefon ini. Ia menyokong pengecasan berwayar 45W dan secara wayarles pada 20W. Cip Cheetah X1 turut terdapat Note 40 Pro 5G, menguruskan sistem pengecasan pantas, di samping mengurangkan suhu telefon dan perlindungan pengaliran kuasa ketika mengecas.

Di belakang, terdapat kamera utama 108MP F.75 OIS, kamera makro 2MP F2.4 dan juga kamera potret 2MP. Di tepi kamera ini, ada juga lampu Active Halo yang boleh memberitahu pengguna untuk panggilan masuk, notifikasi, pengecasan dan banyak lagi. Di hadapan, ia ada kamera selfie yang menggunakan sensor 32MP F2.2.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Infinix Note 40 5G dan Infinix Note 40 Pro 5G.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Infinix Note 40 Racing Edition dapat sentuhan BMW dengan rekaan kereta lumba
  • Infinix Note 40 5G x BMW akan dilancar di Malaysia minggu hadapan
  • Infinix Note 40 5G 512GB tiba, telefon 5G termurah dengan storan besar di Malaysia
  • Infinix Note 40 Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM898
  • Infinix Note 40 Pro 5G Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM1,098
Tags: InfinixInfinix Note 40Infinix Note 40 ProInfinix Note 40 Racing Edition
Najib

Najib

POPULAR

Siri Infinix Note 40 Racing Edition dilancar, harga sama murah dengan edisi biasa

Siri Infinix Note 40 Racing Edition dilancar, harga sama murah dengan edisi biasa

19 June 2024
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN