• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama BigPay

Bayar QRIS di Indonesia guna DuitNow QR, bank mana paling murah?

  • OLEH Najib
  • 7:58 pm
  • 24/06/2024
  • Komen
Bayar QRIS di Indonesia guna DuitNow QR, bank mana paling murah?
Share on FacebookShare on Twitter

Pembayaran menggunakan kod QR sangat popular di Malaysia. Setelah DuitNow memperkenalkan DuitNow QR, semua bank dan perkhidmatan kewangan boleh mengimbas dan membayar mana-mana kod QR. Tidak lagi perlu kod QR berasingan untuk bank yang berbeza.

Penggunaan DuitNow QR telah diperluaskan lagi ke luar negara apabila ia telah diterima pakai bersama oleh negara lain iaitu Singapura (NETS), Thailand (PromptPay), Indonesia (QRIS) dan China (Alipay).



Bayar kod QRIS guna DuitNow QR di Indonesia

Kami telah melawat Indonesia dan menggunakan pembayaran DuitNow QR di sana. Sebanyak empat aplikasi perbankan yang kami cuba iaitu:

  1. Touch n Go eWallet
  2. BigPay
  3. CIMB OCTO
  4. Maybank MAE

Cara membayar kod QRIS di Indonesia menggunakan DuitNow QR sangat mudah. Ianya sama seperti membayar QR di Malaysia. Hanya buka aplikasi perbankan, lancarkan pengimbas QR, imbas kod QRIS dan jumlah bayaran akan dipapar dalam Ringgit Malaysia dan Rupiah Indonesia (IDR). Tekan bayar untuk mengesahkan bayaran dan resit pembayaran akan ditunjukkan di dalam aplikasi.



Kadar bank mana paling murah?

Di Indonesia, kami telah menggunakan DuitNow QR untuk membuat bayaran kod QR. Perlu diingatkan, hanya kod QRIS dengan akaun perniagaan boleh dibayar menggunakan DuitNow QR. Kod QRIS untuk akaun peribadi masih tidak dibolehkan.

Selain itu, kami juga berhadapan masalah untuk membayar kod QRIS di Alfamart dan Indomaret, dua kedai runcit terbesar di Indonesia. Tetapi di kedai runcit lain tiada masalah, antanya Circle K Mart dan Papimart.

Berikut adalah kadar bayaran yang kami dapat apabila membayar menggunakan aplikasi berbeza:

1. Touch n Go eWallet
Kedai: Kopi Kenangan
Bayaran: IDR 32,000 = RM9.21
Kadar tukaran: RM1 = IDR 3,438 / IDR 1 juta = RM290.87

2. BigPay
Kedai: Circle K Mart
Bayaran: IDR 17,500 = RM5.12
Kadar tukaran: RM1 = IDR 3,417 / IDR 1 juta = RM292.65

3. CIMB OCTO
Kedai: Papimart
Bayaran: IDR 13,000 = RM3.78
Kadar tukaran: RM1 = IDR 3,439 / IDR 1 juta = RM290.78

4. Maybank MAE
Kedai: Circle K Mart
Bayaran: IDR 14,500 = RM4.22
Kadar tukaran: RM1 = IDR 3,436 / IDR 1 juta = RM291.04

Resit pembayaran DuitNow QR di Indonesia

Dari senarai di atas, dapat dilihat bahawa CIMB memberi kadar tukaran terbaik, diikuti Touch n Go eWallet, Maybank Mae dan akhir sekali BigPay. Tetapi jika diteliti, kadar tukaran antara keempat-empat bank ini tidak jauh berbeza. Kalau dibandingkan tukaran 1 juta Rupiah ke RM, perbezaan antara CIMB OCTO dan BigPay tidak sampai RM2.

Seperkara lagi, menggunakan DuitNow QR tiada caj tinggi seperti yang dikenakan oleh Visa/Mastercard/Amex kepada kad kredit, kad debit atau kad prabayar. Malah, ada bank yang mengenakan caj tambahan untuk pembayaran luar negara menggunakan kad.

Dengan DuitNow QR, caj tambahan tinggi tidak lagi dikenakan menjadikan pembayaran di luar negara lebih murah. Lebih mudah dan murah membayar dengan DuitNow QR apabila berbelanja di Indonesia.

Bacaan Berkaitan

  • Fungsi DuitNow QR kini boleh digunakan di Indonesia
  • BNM: Tiada caj transaksi DuitNow QR untuk peniaga kecil dan mikro buat masa ini
  • BigPay kini sokong pembayaran QR di Singapura, Thailand & Malaysia
Tags: bigpaycimbCIMB OCTOduitnowDuitNow QRMaybankmaybank maetng ewalletTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

Bayar QRIS di Indonesia guna DuitNow QR, bank mana paling murah?

Bayar QRIS di Indonesia guna DuitNow QR, bank mana paling murah?

24 June 2024
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN