• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C65 akan dilancar sebagai telefon murah mirip Samsung Galaxy S21

  • OLEH Najib
  • 2:24 pm
  • 24/06/2024
  • Komen
Realme C65 akan dilancar sebagai telefon murah mirip Samsung Galaxy S21
Share on FacebookShare on Twitter

Jika telefon Realme C63 dikatakan mirip iPhone, Realme menyatakan bahawa telefon mampu milik yang bakal mereka lancar tidak lama lagi agak serupa dengan telefon flagship Samsung.

Realme Malaysia akan melancarkan Realme C65 yang menyerupai telefon Galaxy S21 atau Galaxy S22, pada hari Khamis, 4 Julai 2024. Sebagai telefon siri-C, ia adalah telefon pintar kelas permulaan dengan harga yang sangat mampu milik. Pasti harga dan promosi jualan awal akan diumumkan pada hari pelancarannya.



Untuk perbandingan, Realme C55 tahun lepas dilancar pada harga RM699 (RAM 6GB + Storan 128GB) dan RM799 (RAM 8GB + Storan 256GB). Manakala Realme C63 yang baru dilancar awal bulan ini, berharga RM599 (RAM 8GB + Storan 128GB).

Spesifikasi Realme C65

Sebagai model lebih baru, Realme C65 seharusnya adalah naik taraf berbanding Realme C55. Tetapi Realme C65 dikuasakan oleh cip Mediatek Helio G85 12nm, berbanding Realme C55 yang menggunakan cip Helio G88 12nm. Dari laman produk rasmi, Realme C65 akan datang dengan RAM LPDDR4x 8GB dan storan 256GB. Ia juga menerima kad microSD sehingga 2TB.



Skrinnya juga dilihat turun taraf, kerana memiliki resolusi HD 720p sahaja bukan HD Penuh. Ia adalah skrin LCD seluas 6.67-inci, dengan kadar penyegaran 90Hz serta kecerahan setinggi 625 nits. Ia ada lubang kecil di dahi, dengan fungsi Mini Capsule 2.0 untuk memaparkan notifikasi ala ‘Dynamic Island’. Telefon ini juga ada fungsi ‘Dynamic Button’, boleh menjadi butang pantas ke pelbagai aplikasi dan tetapan lain.

Untuk kamera, ia ada kamera utama 50MP F1.8 di belakang serta kamera hadapan 8MP F2.05 di dalam lubang kecil di dahi skrin. Pengimbas capjari ada di dalam butang kuasa di sisi.

Naik taraf ketara yang ada di Realme C65 adalah kuasa mengecas, kini mampu mengecas setinggi 45W melalui USB-C. Caj 30 saat boleh guna buat panggilan selama 43 minit. Ia juga dibekalkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Sistem operasi Realme UI 5.0 berasaskan Android 14 digunakan pada Realme C65. Realme menyatakan, telefon ini diiktiraf dengan “TÜV SÜD 48-month Fluency Certification”, menawarkan kelancarapan penggunaan peranti selama 4-tahun. Tetapi Realme tidak menyatakan sebarang jaminan kemaskini OS atau keselamatan. Selain itu, Realme C65 turut diiktiraf kalis percikan air IP54.

Realme C65 akan ditawarkan dalam dua warna, ungu atau hitam. Untuk mengetahui lebih lanjut telefon ini, boleh layari laman produk Realme C65.

[Sumber: Realme]

Bacaaan Berkaitan

  • Realme C55: Maklumat Penjualannya di Malaysia
  • Realme C55, telefon Android pertama dengan ‘Dynamic Island’ akan tiba di Malaysia
  • Realme C63 dilancar, telefon termurah dengan pengecas 45W di Malaysia
Tags: RealmeRealme C65
Najib

Najib

POPULAR

Realme C65 akan dilancar sebagai telefon murah mirip Samsung Galaxy S21

Realme C65 akan dilancar sebagai telefon murah mirip Samsung Galaxy S21

24 June 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER