Bajet RM2,000 TV apa yang sesuai untuk ruang tamu anda? Mari saya kongsikan 5 cadangan TV pintar pelbagai saiz untuk bajet tersebut.
Pertama sekali kalau anda ada bajet RM2,000 dan nak TV paling besar untuk ruang tamu anda yang luas. TV paling besar yang saya jumpa ialah Hisense bersaiz 58” pada harga bawah RM2,000. Namun kerana dikatakan sistem operasi VIDAA agak lag untuk disarankan, saya terpaksa cadangkan model lain.
Walaupun sedikit terlebih bajet, dengan tambahan RM50, anda boleh dapat TV 4K UHD 65” dengan Google TV.
1. TCL P635 65”: Paling murah dengan Google TV pada saiznya
TCL P635 adalah TV 65” beresolusi 4K UHD. Panel LCD TV ini menyokong piawaian HDR10 dengan kadar segar semula natif 60Hz. Untuk audio, ia ada sepasang speaker 10W berteknologi Dolby.
Saiz TV sebegini sesuai untuk ruang tamu yang luas dan jarak tontonan antara 2.5m hingga 3.0m. Sekrainya anda ingin ketahui saiz TV apa yang sesuai dengan ruang tamu saya suka pergi ke halaman Rtings.com dan mereka ada slider untuk mudahkan anda pilih.
Berbalik kepada TV TCL tadi, ini adalah model 2022 dan ia sokong Google Assistant dan Alexa untuk arahan suara.
TCL adalah nama yang kian membangun dalam dunia TV kerana mereka banyak membelanjakan dalam pengiklanan. Contohnya, mereka menjadi rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Jerman dalam thaun 2023. Kalau jenama tidak berwibawa, masakan pasukan bola sepak negara sanggup terima penajaan ini?
Seterusnya, kalau memang bajet anda memang RM2,000, tak boleh lebih dan tak boleh kurang tetapi anda masih TV paling besar boleh didapatkan dengan spesifikasi yang okay?
Dua TV seterusnya ini boleh anda pertimbangkan.
Laman rasmi TCL P635 65”
Beli di Lazada
Beli di Shopee
2. Xiaomi TV A 55”: Model tahun 2024, spesifikasi segar
Yang pertama ialah Xiaomi TV A 55” harga sekitar RM1,500. Ini adalah model baharu pengganti kepada siri P tahun sudah. Xiaomi TV A 55” adalah TV 4K UHD 55” dengan panel berkadar segar semula 60Hz dan menyokonh HDR10. Audio juga dipacu sepasang speaker 10W.
Xiaomi, mereka kongsikan spesifikasi TV pintar mereka dengan lebih mendalam. Atas papan utama ia dikatakan ada SoC 4 teras A55 dengan GPU Mali G52 MP2. RAM dan storan adalah masing-masing pada paras 2GB dan 8GB. TV ini menjalankan sistem operasi Google TV. Jadi, anda boleh pasang semua aplikasi penstiman kegemaran anda.
Jangan lupa untuk gunakan fungsi arahan suara pada Google Assistant terus melalui alat kawalan dan juga strimkan kandungan daripada telefon ke TV menggunakan fungsi Chromecast ataupun Miracast.
Laman rasmi Xiaomi TV A55”
Beli di Lazada
Beli di Shopee
3. Samsung CU7000 55”: Tizen OS dengan Crystal Processor 4K
TV yang kedua dalam kategori hampir sama ialah Samsung CU7000. Ini adalah model tahun 2023 dan kalau anda nak model tahun 2024, anda boleh cari nombor model siri DU7000 tapi harganya tak dapatlah bawah RM2,000.
Nama penuhnya ialah Samsung 55” Crystal UHD CU7000 4K Smart TV. Resolusinya ialah 4K UHD dengan kadar segar semula natif 50Hz. Ia ditunjangi Samsung Crystal Processor 4K dan menyokong sehingga HDR 10+. MEMC versi Samsung dikenali sebagai Motion Xcelerator dan ia tukarkan kandungan video kadar bingkai rendah jadi seakan 120Hz.
Untuk fungsi pintar, ia menjalankan sistem operasi Tizen OS dan kalau anda ada telefon Samsung, anda boleh guna ciri Wireless Dex untuk buat kerja.
Laman rasmi Samsung CU7000 55”
Beli di Lazada
Beli di Shopee
4. Sony X75 43”: Cip flagship 2020
TV ini sesuai untuk jarak tontonan kurang daripada 2 meter. Maknanya, kalau ruang tamu anda sederhana besar dan kebawah dengan bajet RM2,000, bolehlah pertimbangkan TV ini. Ia adalah TV tahun 2022 yang gunakan cip pemproses flagship tahun 2020.
Itulah dia Sony X75 43”. Ia menggunakan panel LCD beresolusi 4K UHD dengan kadar segar semula natif setinggi 50Hz. Tugasan visual didukung oleh Sony 4K Processor X1 dengan Motionflow XR 200, MEMC versi Sony. Kelengkapan speakernya sama macam yang lain iaitu sepasang pemacu audio 10W tapi dengan encana Dolby Audio.
Sony X75K 43” menjalankan sistem operasi Google TV dengan storan dalaman 16GB untuk anda pasang segala macam aplikasi penstriman kegemaran.
Produk terakhir ini mungkin akan cetuskan kontroversi namun saya masih ingin sarankan kepada pengguna yang ada ruang terhad. Contohnya tinggal di asrama ataupun bilik sewa kerana ia ada dua fungsi dalam satu.
Laman rasmi Sony X75 43”
Beli di Lazada
Beli di Shopee
5. Samsung Smart Monitor M7 UHD 32”: Fungsi 2-dalam-1 dan minimalistik
Samsung Smart Monitor M7 ini saiznya adalah 32” resolusi UHD. Monitor ini sesuai berada di dalam ruangan kerja anda. Sebab saya masukkan Smart Monitor ini ialah kerana ia menjalankan sistem operasi Tizen OS, sama macam Samsung CU7000 tadi.
Satu-satunya sebab ia tak layak dipanggil TV ialah ia tiada penala DVB-T2 untuk tonton siaran percuma macam MYTV. Kalau anda tak perlukan MYTV, anda boleh pasang semua aplikasi penstriman termasuklah Sooka TV untuk tonton televisyen.
Monitor ini juga boleh jadi paparan untuk kerja kerana ia ada dua port HDMI dan ia boleh kuasakan laptop anda melalui port USB-C yang keluarkan 65W kuasa. Maka, meja anda kekal kemas tanpa kabel elektrik bersepah-sepah. Ia juga ada 3 port USB-A.
Laman rasmi Samsung Smart Monitor M7 32” UHD
Beli di Lazada
Beli di Shopee
Itulah dia 5 cadangan saya untuk TV bajet RM2,000. Anda ada apa-apa nak tambah? Cuba kongsi dalam ruangan komen.