• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

eWallet Mydin Pay dilancar, tawar kredit percuma dan pulangan tunai 5%

  • OLEH Najib
  • 2:19 pm
  • 27/06/2024
  • Komen
eWallet Mydin Pay dilancar, tawar kredit percuma dan pulangan tunai 5%
Share on FacebookShare on Twitter

Biar lambat asalkan menarik. Pasaraya runcit Mydin, baru-baru ini telah melancarkan eWallet mereka sendiri, dikenali sebagai Mydin Pay. Mydin menyatakan, ia adalah peniaga runcit dan pemborong tempatan pertama melancarkan eWallet. Dalam pelancaran ini, Mydin menawarkan kredit percuma dan pulangan tunai untuk pengguna terawal.

Aplikasi Mydin Pay boleh dimuat turun di Apple AppStore dan Google PlayStore. Ia turut menyokong pembayaran DuitNow QR dan Mydin turut menyebut, transaksi akan dipaparkan secara masa nyata. Selain itu, aplikasi ini akan menyediakan pelbagai promosi, ganjaran, kupon dan rebat yang berkaitan dengan Mydin.



Promosi Mydin Pay

Sebagai promosi pelancaran, 1,000 pelanggan pertama boleh menebus kredit RM5 yang akan dimasukkan terus ke dalam dompet Mydin Pay pengguna. Tiada belanja minimum dikenakan dan ia diberikan kepada yang pertama dan terawal.

Selain itu, pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM150 dalam satu resit di mana-mana cawangan Mydin menggunakan Mydin Pay, akan menerima pulangan tunai sebanyak 5% (dihadkan ke RM7.50) yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun eWallet pengguna. Pulangan tunai 5% ini ditawarkan secara terhad kepada 3,000 perbelanjaan terawal dan setiap pengguna hanya layak kepada satu pulangan tunai sahaja.



Kredit RM5 percuma ditawarkan sehingga 30 Jun 2024. Manakala promosi pulangan tunai berjalan sehingga 31 Julai 2024. Dapatkan maklumat lanjut seperti terma dan syarat di sini.

Mydin juga mengumumkan bahawa mereka akan melanjutkan promosi eksklusif RM1 untuk pengguna Mydin Pay. Antara produk RM1 yang ditawarkan adalah sebuku roti, mi kuning, bawang merah besar dan ubi kentang.

Kelebihan Mydin Pay eWallet

Aplikasi Mydin Pay dibangunkan oleh WavPay dan mereka adalah peniaga runcit pertama melanggan perkhidmatan eWallet dari WavPay. Antaramuka aplikasi kelihatan agak ketinggalan tetapi ia berfungsi dengan sempurna.

Buat masa ini, pendaftaran Mydin Pay hanya terbuka kepada warganegara Malaysia dan memerlukan proses pengesahan eKYC semasa mendaftar. Akaun asas memiliki dompet maksima RM3,000 dan boleh dinaik taraf kepada akaun Ultimate dengan menjalankan proses pengesahan lanjut eKYC untuk menaikkan had maksima dompet kepada RM10,000 dan pelbagai fungsi lain termasuk menghantar dana.

Untuk menambah nilai Mydin Pay eWallet, ia boleh dilakukan secara perbankan atas talian. Tambah nilai melalui kad debit/kredit masih disenaraikan sebagai akan datang.

Untuk membuat pembayaran menggunakan Mydin Pay, hanya tekan pada ‘Scan & Pay’ dan pilih baki eWallet yang mahu digunakan. Kredit percua RM5 disimpan di dalam baki dompet berbeza, kelihatan seperti dihadkan untuk perbelanjaan di cawangan Mydin sahaja serta di peniaga atas talian terpilih.

Aplikasi Mydin Pay membenarkan penghantaran dana ke akaun bank tempatan, tetapi ia boleh digunakan selepas pengguna melengkapkan proses eKYC.

Selain membuat bayaran di cawangan Mydin, aplikasi ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan lain termasuk tempahan hotel dan tiket penerbangan, parking, telco dan pembayaran bil utiliti serta kerajaan tempatan.

[Sumber: Mydin]

Bacaan Berkaitan

  • Bayar QRIS di Indonesia guna DuitNow QR, bank mana paling murah?
  • Boost Bank dilancar, bank digital pertama benar pendaftaran tanpa akaun bank lain
  • Boost Bank umum faedah simpanan 4% setahun, tertinggi untuk bank digital
Tags: mydinMydin Pay
Najib

Najib

POPULAR

eWallet Mydin Pay dilancar, tawar kredit percuma dan pulangan tunai 5%

eWallet Mydin Pay dilancar, tawar kredit percuma dan pulangan tunai 5%

27 June 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER