• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A3 Pro, telefon murah dengan Badan Kalis-Rosak 360° hanya RM199 di CelcomDigi

  • OLEH Najib
  • 11:15 am
  • 01/07/2024
  • Komen
Oppo A3 Pro, telefon murah dengan Badan Kalis-Rosak 360° hanya RM199 di CelcomDigi
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo akan melancarkan sebuah telefon pintar mampu milik tidak lama lagi, Oppo A3 Pro 5G. Tarikh pelancarannya telah ditetapkan pada 11 Julai 2024 tetapi tawaran awal untuk peranti ini telah diumumkan.

Kini tersedia secara eksklusif dengan CelcomDigi, orang ramai boleh mendapatkan Oppo A3 Pro (bernilai RM1,099) dari serendah RM199 dengan Pakej MegaJimat bersama kontrak selama 24-bulan, atau dari RM1/bulan dengan ansuran Easy360 dalam pelan CelcomDigi ONE. Rujuk laman Oppo A3 Pro di CelcomDigi untuk maklumat lanjut.



Pakej MegaJimat CelcomDigi ditawarkan dengan pelan Celcom Postpaid 5G 80, menyediakan 90GB data utama serta 60GB bonus data selama 12-bulan. Pelan ini juga datang dengan panggilan tempatan tanpa had.

Khas untuk promosi pengenalan, pembelian Oppo A3 Pro dari 28 Jun sehingga 31 Julai 2024, akan menerima jaminan keretakan skrin 180-hari bernilai RM209 secara percuma.



Spesifikasi Oppo A3 Pro

Oppo A3 Pro diiklankan sebagai telefon pintar yang sangat tahan lasak, dengan rekaan “Badan Perisai Kalis-Rosak 360°”. Ia juga dilengkapi fungsi “Splash Touch”, membenarkan sentuhan di skrin tidak terganggu walaupun dengan tangan basah.

Oppo menggunakan cip MediaTek Dimensity 6300 sebagai penggerak utama telefon Oppo A3 Pro. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR4X 8GB serta storan dalaman UFS 2.2 seluas 256GB. Kad mikroSD diterima untuk meluaskan storan.

Bahagian skrin kelihatan rendah taraf. Ini kerana ia menggunakan skrin LCD 6.67-inci dengan resolusi HD (1604×720) sahaja. Ia ada kecerahan sangat tinggi 1000nits serta kadar penyegaran 120Hz. Telefon ini dilapisi kaca Panda, yang dikatakan sangat tahan lasak. Oppo turut memberikan sarung khas untuk perlindungan tambahan.

Lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera hadapan 8MP F2.0. Di belakang, ia memiliki kamera utama 50MP F1.8 dan kamera potret 2MP F2.4. Telefon ini mampu digunakan agak lama dengan bateri berkapasiti 5,100mAh. Ia turut menyokong pengecasan pantas berwayar 45W SuperVOOC dan pengecasan PD 13.5W.

Speaker di telefon ini hanya mono dengan kelantangan bunyi sehingga 300% dan ia masih ada jek audio 3.5mm. Selain itu, telefon ini menyokong WiFi 5, Bluetooth 5.3 dan NFC. Sistem operasi yang digunakan adalah ColorOS 14.0.1 berasaskan Android 14.

Oppo A3 Pro ditawarkan dalam dua warna, antara hitam dan ungu. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo A3 Pro.

Bacaan Berkaitan

  • Oppo Reno 12 Malaysia: Dikuasakan Dimensity 7300 Energy dan GenAI, harga bermula RM2,199
  • Oppo A60 dilancarkan di Malaysia, ada kamera 50MP dan kalis air IP54 bawah RM1,000
  • Oppo Reno 11F dibuka tempahan awal, telefon nipis dengan rekaan alam semulajadi
Tags: CelcomDigioppoOppo A3 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Oppo A3 Pro, telefon murah dengan Badan Kalis-Rosak 360° hanya RM199 di CelcomDigi

Oppo A3 Pro, telefon murah dengan Badan Kalis-Rosak 360° hanya RM199 di CelcomDigi

1 July 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER