• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Insta360 Flow Pro, gimbal telefon pertama dunia dengan Apple DockKit

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:13 am
  • 10/07/2024
  • Komen
Insta360 Flow Pro, gimbal telefon pertama dunia dengan Apple DockKit
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar kamera aksi pesaing kepada GoPro dan DJI, Insta360 telah lancarkan sebuah gimbal dan ia adalah pertama dunia yang menyokong Apple DockKit. Insta360 Flow Pro masih kekalkan ciri-ciri Flow sebelum ini dengan pertambahan satu ciri baharu tersebut.

Antara manfaat sokonga Apple DockKit adalah ciri penjejakan berfungsi di banyak aplikasi pihak ketiga termasuklah aplikasi natif kamera iPhone. Jadi, anda beroleh manfaat sepenuhnya daripada aplikasi kamera natif telefon ditambah pula dengan ciri penjejakan. Contohnya, anda ingin lakukan penstriman di sosial media lakukan pembentangan dengan ciri menjejak.



Solusi sebelum ini di Insta360 dan semua peranti pesaing yang lain adalah dengan penggunaan aplikasi pihak ketiga. Namun, perisian pihak ketiga Insta360 juga boleh digunakan untuk beroleh fungsi baharu seperti Deep Track 3.0.

Insta360 Flow Pro masih kekalkan rekaan Insta360 Flow biasa. Perbezaan yang dibawakan kali ini pada segi luaran ialah kehadiran gelang LED untuk menandakan ciri menjejak sedang aktif ataupun tidak. Berhampiran gelang LED itu juga terdepat sensor NFC yang diguna untuk mencetuskan sambungan antara telefon dengan gimbal.



Untuk lebih keversatilan, Insta360 Flow Pro dilengkapi lengan boleh dipanjangkan sehingga 215mm untuk perspektif lebih segar seperti selfie berkumpulan ataupun video bersudut pandang rendah. Berbekalkan bateri 2,900mAh, ia memiliki hayat guna sehingga 10 jam dengan tempoh mengecas sekitar 2 jam.

Sambungan di telefon berlaku menggunakan Bluetooth 5.0 dan gimbal ini mampu memikul telefon berjisim maksimum 300g. Sebagai rujukan, iPhone 15 Pro Max mempungai berat 212g jadi anda masih ada baki jisim untuk dimanfaatkan oleh aksesori seperti casing ataupun lampu LED.

Insta360 Pro Flow dijual pada tanda harga bermula USD149 (RM706). Model ini masih belum ditemukan tersenarai di mana-mana gedung dalam talian pasaran Malaysia. Jadi anda perlu tunggu sedikit masa lagi untuknya masuki Malaysia. Sebagai perbandingan, Insta360 Flow sebelum ini masuki Malaysia pada harga RM759.

Sumber: Insta360

Tags: insta360insta360 flowinsta360 flow pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Insta360 Flow Pro, gimbal telefon pertama dunia dengan Apple DockKit

Insta360 Flow Pro, gimbal telefon pertama dunia dengan Apple DockKit

10 July 2024
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN