• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Realme 13 Pro akan diperkasa sensor Sony LYT-701 pertama di dunia

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:52 am
  • 10/07/2024
  • Komen
Siri Realme 13 Pro akan diperkasa sensor Sony LYT-701 pertama di dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Realme, dalam sebuah acara pratonton media di Bangkok telah mendedahkan telefon pintar terbaru yang akan mereka lancarkan tidak lama lagi, siri Realme 13 Pro. Seperti yang kita tahu melalui pendedahan sebelum ini, siri Realme 13 Pro ini akan memfokuskan pada sistem kamera yang dikuasakan AI, dengan Realme menggelarkannya sebagai telefon dengan ‘Kamera Ultra Jelas dengan AI’.

Sementara spesifikasi siri Realme 13 Pro masih lagi belum didedahkan sepenuhnya, Realme ada memaklumkan bahawa siri Realme 13 Pro akan dilengkapi dengan sensor Sony LYT-701, sensor baharu yang dibangunkan hasil kolaborasi antara Realme dan Sony. Sistem kameranya juga akan diperkasa seni bina fotografi AI canggih yang dipanggil HYPERIMAGE+.



Secara asasnya, HYPERIMAGE+ ini terdiri daripada tiga perkara utama iaitu sistem kamera bertaraf flagship, algoritma pengimejan AI di dalam peranti dan penyuntingan imej berasaskan awan. Sistem kamera bertaraf flagship yang dimaksudkan adalah lensa termasuk lensa periskop dan sensor kamera besar, yang bakal diguna pakai pada siri Realme 13 Pro. Dikatakan juga ia akan menawarkan kemampuan pengimejan setaraf dengan kamera DSLR.

Bagaimanapun, Realme ada mendedahkan bahawa model Realme 13 Pro+ akan tampil dengan kamera utama 50MP OIS menggunakan sensor Sony LYT-701, serta kamera periskop 50MP memanfaatkan sensor Sony LYT-600. Kamera telefoto ini juga akan menawarkan keupayaan zum optikal 3x, iaitu keupayaan yang sama seperti generasi sebelumnya.



Sistem kamera ini juga dikatakan akan menawarkan kualiti imej baik dalam pelbagai senario, termasuk untuk situasi dengan pencahayaan gelap. Perkara ini dibantu dengan kemampuan AI dalam memproses imej RAW menggunakan algoritma AI HyperRAW Realme, sekali gus meningkatkan kejelasan dan HDR pada imej.

Selain itu, siri Realme 13 Pro juga didatangkan dengan lebih banyak fungsi AI canggih termasuk AI Ultra Clarity untuk mempertingkatkan kejelasan imej menggunakan AI, AI pure Bokeh untuk mengenal pasti dan mengasingkan subjek daripada latar secara realistik, dan juga AI Natural Skin Tone untuk memaparkan pelbagai warna tona kulit secara natural.

Bukan itu sahaja, ia juga akan menawarkan ciri AI Circle and Remove untuk padam objek dalam gambar dan AI anti Blur Face bagi memperjelas semula tangkapan muka yang kabur. Pada masa sama, Realme 13 Pro+ juga telah menerima pensijilan kamera beresolusi tinggi oleh TÜV Rheinland untuk memastikan tangkapan dengan kejelasan menakjubkan dalam apa jua persekitaran pencahayaan.

Sementara siri Realme 13 Pro pastinya akan tiba di Malaysia pada masa hadapan, Realme masih lagi belum mendedahkan tarikh pelancarannya di Malaysia setakat ini. Namun, Realme ada menyatakan maklumat ketersediaannya di Malaysia akan didedahkan kelak. Untuk jangkaan harga, sebagai perbandingan, Realme 12 Pro+ dilancarkan di Malaysia pada harga berikut:

  • Realme 12 Pro+ (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,699
  • Realme 12 Pro+ (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM2,099

Bacaan berkaitan

  • Realme utus teaser kedatangan siri Realme 13 Pro, hadir dengan kamera berkuasa AI
  • Realme 12 Pro+ tiba di Malaysia, kamera periskop dengan zum 120x termurah di pasaran
  • Realme GT 6 dan GT 6T tiba di Malaysia, dengan kuasa flagship Snapdragon dan NEXT AI
Tags: RealmeRealme 13 ProRealme 13 Pro+Siri Realme 13 ProSony
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Siri Realme 13 Pro akan diperkasa sensor Sony LYT-701 pertama di dunia

Siri Realme 13 Pro akan diperkasa sensor Sony LYT-701 pertama di dunia

10 July 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER