Dengan adanya teknologi NFC di telefon, anda boleh menggunakan telefon untuk membuat pembayaran tanpa tunai. Begitu juga dengan jam pintar.
Jika jam anda ada NFC, besar kemungkinan ia juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran seperti telefon pintar NFC. Nak tau apa jam yang ada kemampuan ni, di sini saya senaraikan lima jam pintar yang ada NFC dan boleh guna untuk buat pembayaran tanpa sentuh.
1. Apple Watch SE (RM1,199) / Series 9 (RM1,899) / Ultra 2 (RM3,799)
Pertama adalah Apple Watch. Tidak kiralah model mana, Watch SE ke Watch Series 9 ke Watch Ultra 2 ke, semuanya ada NFC. Disebabkan itu, ia boleh digunakan untuk membuat pembayaran menerusi Apple Pay. Selepas anda dah pautkan kad debit atau kad kredit di dalam iPhone, anda boleh menyelaraskannya untuk digunakan di Apple Watch.
Kena semak bank apa yang serasi digunakan dengan Apple Pay. Yang ada di laman web Apple ni katanya Ambank, HSBC, Maybank, RHB, Standard Chartered, VIB dan Wise.
Boleh dapatkan Apple Watch SE di Lazada dan Shopee, serta Apple Watch Series 9 di Lazada dan Shopee.
2. Samsung Galaxy Watch 7 (RM1,199) / Watch 6 (RM699)
Kedua adalah Samsung Galaxy Watch 7 yang baru dilancar, datang dalam dua saiz 40mm dan 44m. Ia ada skrin paling besar untuk jam pintar yang menggunakan Wear OS oleh Google. Jadi, ia turut menyokong penggunaan Samsung Pay dan Google Pay. Tapi guna Samsung Pay di jam ini lebih mudah dan ada butang pantas.
Samsung Pay sudah lama disokong di Malaysia dan bank Malaysia yang serasi adalah CIMB, Hong Leong, HSBC, Maybank, Public Bank, RHB dan Standard Chartered. Kalau nak lagi murah, boleh dapatkan model lama Galaxy Watch 6, nampak harga bawah RM700.
Boleh tempah Galaxy Watch 7 di Stor Online Samsung sekarang, serta Galaxy Watch Ultra di Stor Online Samsung.
3. Oppo Watch X (RM1,399)
Ketiga adalah Oppo Watch X. Jam berharga RM1,399 ini menampilkan rupa mewah dengan badan keluli tahan karat dan skrin bulat AMOLED 1.43-inci. Ia menggunakan sistem operasi Wear OS, jadi secara automatik menyokong Google Pay.
Google Pay nampaknya paling banyak disokong bank di Malaysia iaitu AmBank, Bank Muamalat, CIMB, Hong Leong, HSBC, Maybank, Public Bank, Standard Chartered dan Wise.
Boleh dapatkan Oppo Watch X di Lazada dan Shopee.
4. Xiaomi Watch 2 (RM869) / 2 Pro (RM1,199)
Jika mahu pilihan lebih murah, boleh dapatkan jam Xiaomi Watch 2 dari RM669 sahaja. Ia ada badan aluminium dan lebih ringan. Manakala Xiaomi Watch 2 Pro pula berharga dari RM859, lebih premium dengan badan keluli tahan karat.
Dengan sistem operasi Wear OS oleh Google, kedua-dua jam Xiaomi ini serasi dengan Google Pay dan disokong oleh banyak bank di Malaysia.
Boleh dapatkan Xiaomi Watch 2 di Lazada dan Shopee, serta Xiaomi Watch 2 Pro di Lazada dan Stor Online Xiaomi.
5. TicWatch Pro 5 Enduro (RM1,699)
Nama Ticwatch mungkin kurang popular kerana ia hanya menghasilkan jam pintar. Tetapi tarikan jam ini adalah hayat bateri yang lebih panjang.
Biasanya jam dengan Wear OS ni tahan sehari dua. Tetapi jam Ticwatch ini boleh hidup sehingga 4 hari dalam penggunaan biasa, melalui mod pintar. Berbanding menggunakan skrin AMOLED hidup sepanjang masa, Ticwatch bertukar ke skrin kedua dengan warna monokrom dan sangat rendah penggunaan tenaga.
Diperkasa Wear OS oleh Google, TicWatch Pro 5 boleh menggunakan Google Pay dan menyokong banyak bank di Malaysia.
Boleh dapatkan TicWatch Pro 5 Enduro di Shopee.
Ini adalah lima jam pintar yang ada NFC dan boleh digunakan untuk pembayaran tanpa tunai terus di jam. Agak bosan bila melihat semuanya berbentuk bulat, kecuali Apple Watch. Paling baru dan prestasi tinggi mestilah Galaxy Watch. Nak bateri tahan lama sikit, TicWatch 5 Pro Enduro yang kurang terkenal. Dari segi rupa premium, saya pilih Oppo Watch X. Paling murah, biasalah jam Xiaomi Watch 2. Bagi pengguna iPhone, tiada pilihan selain Apple Wacth sahaja, sebab jam yang guna Wear OS tak sokong iOS.
Memang betul ada jam lain dilengkapi NFC, tetapi ia menggunakan sistem operasi lain dan tidak boleh digunakan untuk pembayaran tanpa tunai di Malaysia. Ini termasuk jam Garmin, Huawei, Fitbit dan banyak lagi. Yang bagusnya jam yang tidak guna Wear OS ini, baterinya tahan lama, biasanya lebih dari seminggu.
Bacaan Berkaitan
- 5 Terbaik: Jam pintar bawah RM500, skrin AMOLED lebih cerah dan boleh buat panggilan di jam (2024)
- 5 Terbaik: Telefon gaming murah berbaloi, prestasi tinggi dan ada pengecasan Bypass
- 5 Terbaik: TV bajet RM2,000 pelbagai saiz untuk ruang tamu anda
- 5 Terbaik: Telefon bawah RM3,000 di Malaysia, berkuasa tinggi dan sokong pengecasan pantas