• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Perbandingan

5 Terbaik: Jam pintar mirip Apple Watch dan serasi peranti Android

  • OLEH Najib
  • 6:31 pm
  • 15/07/2024
  • Komen
5 Terbaik: Jam pintar mirip Apple Watch dan serasi peranti Android
Share on FacebookShare on Twitter

Sukar untuk dinafikan, Apple Watch telah menjadi satu penanda aras untuk jam pintar. Bagaimanapun, ia hanya dapat digunakan bersama iPhone sahaja. Tidak boleh digunakan bersama telefon pintar Android.

Buat pengguna Android yang gemarkan rekaan dan bentuk petak seperti Apple Watch dan mahu jam yang hampir serupa, di sini kami cadangkan 5 jam pintar yang serasi Android. Lagi best, harga tak semahal Apple Watch.



1. Huawei Watch Fit 3 (RM599)

Jam yang paling serupa dengan Apple Watch, nampak sangat copy ori grade AAA, saya pilih Huawei Watch Fit 3. Selain muka petak, ia ada butang dail ‘rotating crown’ di sisi atas dan butang tekan di sisi bawah. Sebiji Apple Watch kan.

Dengan harga dari RM599, jam huawei ni tak ada ECG dan pengecas wayarles. Tapi ia ada hayat bateri lebih panjang, sehingga 7 hari penggunaan biasa dan 10 hari maksimum. Selain serasi Android 8 ke atas, ia juga serasi dengan iPhone yang ada iOS 13 ke atas.



Boleh dapatkan Huawei Watch Fit 3 di Lazada dan Shopee. Boleh juga baca ulasan kami di sini.

2. Amazfit Cheetah Square (RM999)

Jam Amazfit Cheetah Square ni boleh kata kedua hampir serupa Apple Watch. Ia ada butang dail rotating crown, tetapi ada dua butang tekan biasa. Beza sikitlah.

Harga jam ni agak mahal, RM999 sebab ia adalah jam fokus kepada kecergasan terutama larian. Ia ada sokongan dwi-jalur GPS dan navigasi peta luar talian. Malah, ada juga fungsi jurulatih AI, Zepp Coach. Boleh tanya apa latihan yang sesuai nak buat. Ia serasi dengan Android 7 ke atas dan iOS 12 ke atas.

Boleh dapatkan Amazfit Cheetah Square di Lazada dan Shopee.

3. Redmi Watch 4 (RM379)

Jam Redmi Watch 4 ini hanya ada satu butang dail ‘rotating crown’, tiada butang tekan. Tapi badannya yang petak ni memang sangat serupa dengan Apple Watch. Ia ada skrin paling besar, 1.97-inci jenis AMOLED dengan badan aloi aluminium. Hayat bateri pun panjang, hingga 20 hari penggunaan biasa. Ia ada penjejak GPS, kalis air 5ATM dan juga boleh buat panggilan, sebab ada mikrofon dan speaker. Jam ni juga boleh digunakan dengan telefon iOS atau Android.

Boleh dapatkan Redmi Watch 4 di Lazada dan Shopee.

4. Honor Watch 4 (RM499)

Honor Watch 4 juga jam berbentuk petak, tetapi tiada butang dail ‘rotating crown’, hanya ada satu butang tekan di tepi. Kalau nak jam macam Apple Watch tapi tiada butang dail, Honor Watch 4 ni sangat sesuai, nampak bergaya juga dengan badan aloi aluminium.

Hayat baterinya hingga 14 hari dalam penggunaan biasa. Antara ciri menarik padanya macam boleh buat panggilan, ada penjejak GPS, kalis air 5ATM dan menyokong sambungan dengan peranti Android 9 ke atas atau iOS 11 ke atas.

Boleh dapatkan Honor Watch 4 di Lazada dan Shopee.

5. CMF Watch Pro (RM299)

Ini satu lagi jam dengan skrin besar AMOLED 1.96-inci. Tetapi CMF Watch Pro hanya ada butang tekan di sisi, tiada butang dail. Badannya dibuat daripada aloi aluminium. Hayat bateri penggunaan biasa hingga 13 hari. Jam ni sokong panggilan bluetooth serta kalis air IP68. Ia boleh berhubung dengan peranti iOS 13 ke atas atau Android 8 ke atas.

Boleh dapatkan CMF Watch Pro di Lazada dan Shopee.


Banyak pilihan jam mirip Apple Watch ni. Tapi disebabkan harganya murah, jadi tak ada fungsi sehebat Apple Watch. Kelebihan utamanya, hayat bateri sangat panjang, ada yang sampai 20 hari. Kalau Apple Watch, hampir setiap hari kena cas.

Apple Watch SE

Dari segi rupa, memang Huawei Watch Fit 3 paling serupa Apple Watch. Amazfit Cheetah Square pula, jam terbaik untuk mereka yang nak berlari marathon tapi dalam rupa petak. Tiga lagi jam iaitu Redmi Watch 3, Honor Watch 4 dan CMF Watch Pro adalah jam pintar biasa. Bezanya Redmi Watch 3 ada butang dail sahaja, Honor Watch 4 dan CMF Watch Pro pula ada butang tekan sahaja. Boleh pilih ikut kesukaan anda, nak saiz besar mana dan warna yang ditawarkan.

Bacaan Berkaitan

  • 5 Terbaik: Jam pintar ada NFC boleh bayar guna Apple Pay, Samsung Pay & Google Pay
  • 5 Terbaik: Jam pintar bawah RM500, skrin AMOLED lebih cerah dan boleh buat panggilan di jam (2024)
  • 5 Terbaik: Jam kecergasan murah bawah RM250, ada skrin AMOLED dan kalis air (2024)
Tags: 5 terbaik5terbaikAmazfit Cheetah Squareapple watchCMF Watch ProHonor Watch 4Huawei Watch Fit 3Jam Pintarredmi watch 4
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar mirip Apple Watch dan serasi peranti Android

5 Terbaik: Jam pintar mirip Apple Watch dan serasi peranti Android

15 July 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER