• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi OpenWear Stereo, fon putik terbuka dengan anti-kebocoran bunyi

  • OLEH Najib
  • 12:10 pm
  • 15/07/2024
  • Komen
Xiaomi OpenWear Stereo, fon putik terbuka dengan anti-kebocoran bunyi
Share on FacebookShare on Twitter

Konsep fon telinga terbuka semakin diterima ramai. Kini Xiaomi pula menyertainya dengan melancarkan Xiaomi OpenWear Stereo di Malaysia. Ia adalah fon putik berkonsep terbuka pertama keluaran Xiaomi.

Harga dan Promosi

Kepada yang berminat, Xiaomi OpenWear Stereo dijual mulai hari ini di Malaysia. Ia terdapat di Stor Online Mi.com, Lazada dan Shopee, serta di pengedar sah Xiaomi.



Harga rasminya di Malaysia ialah RM599. Tetapi ada promosi khas untuk pembeli terawal. Dari sekarang hingga 22 Julai 2024, dapatkan diskaun RM100 membeli Xiaomi OpenWear Stereo, iaitu RM499 sahaja. Kemudian tambah RM5 sahaja, untuk dapatkan Xiaomi Sound Pocket (harga rasmi RM69), hanya di Stor Online Mi.com.

Spesifikasi Xiaomi OpenWear Stereo

Bunyi berkualiti tinggi pada Xiaomi OpenWear Stereo dihasilkan oleh pemacu dinamik 17x12mm di dalamnya, bersama diafgram DFC (karbon seperti berlian). Ia juga dilengkapi pemacu anti-kebocoran bunyi aktif, pertama seumpanya di dunia. Ini memastikan hanya pengguna dapat mendengar bunyi yang dihasilkan Xiaomi OpenWear Stereo, bukan orang di sekeliling.



Dengan konsep terbuka, ia tidak dapat memberikan fungsi penyaring hingar aktif (ANC). Tetapi ia datang dengan teknologi penyaring hingar panggilan AI, untuk panggilan yang sentiasa sejelas kristal dalam suasana bising.

Ketiadaan ANC juga memberikan satu kelebihan, iaitu hayat bateri lebih panjang. Di putik sahaja, ia boleh memainkan lagu sehingga 7.5 jam serta sehingga 38.5 jam bersama bekas pengecas. Bekas pengecas boleh dicas melalui USB-C, tiada sokongan pengecas wayarles.

Putik Xiaomi OpenWear Stereo sangat ringan, seberat 9.6g sahaja setiap satu. Ia kalis percikan air IP54, sesuai untuk pengguna yang gemarkan aktiviti kecergasan yang mengeluarkan peluh. Menggunakan bahan aloi nickel-titanium fleksibel pada putik, menjadikannya lebih kukuh, teguh dan anti gelincir.

Kawalan pada putik Xiaomi OpenWear Stereo boleh dibuat secara sentuhan. Pengguna boleh memain atau menghentikan lagu, menjawab panggilan, memanggil pembantu maya suara malah mengambil gambar, dengan menyentuh putik.

Dibina dalam ekosistem Xiaomi HyperOS, fon putik ini boleh berhubung mudah dengan pelbagai peranti Xiaomi. Ia turut menyokong Google Fast Pair untuk sambungan pantas ke peranti Android, serta sambungan pintar dwi-peranti.

Xiaomi OpenWear Stereo datang dalam dua pilihan warna, kelabu atau emas. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Xiaomi OpenWear Stereo.

Bacaan Berkaitan

  • Redmi Pad Pro tablet berkuasa tinggi, sokong pen stylus dan papan kekunci untuk kerja dan produktiviti
  • Redmi Note 13 Pro 5G diperkenal dalam warna Olive Green baru, diskaun RM100 lebih murah
  • Redmi 13 tiba di Malaysia, dikuasakan Helio G91 Ultra dan kamera 108MP
Tags: xiaomiXiaomi OpenWear Stereo
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi OpenWear Stereo, fon putik terbuka dengan anti-kebocoran bunyi

Xiaomi OpenWear Stereo, fon putik terbuka dengan anti-kebocoran bunyi

15 July 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN