• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mercedes Benz dan Bomba pertingkat latihan kecemasan dan kemalangan berkaitan EV

  • OLEH Najib
  • 7:08 pm
  • 16/07/2024
  • Komen
Mercedes Benz dan Bomba pertingkat latihan kecemasan dan kemalangan berkaitan EV
Share on FacebookShare on Twitter

Mercedes Benz selaku pengeluar kenderaan elektrik (EV), meneruskan komitmen menyokong usaha kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara hab kenderaan cekap tenaga (EEV). Baru-baru ini, Mercedes telah mengadakan program latihan kecemasan EV menyeluruh dengan pihak Bomba di pusat latihan di Puchong, Selangor.

Pasukan keselamatan yang terlatih dengan kemalangan berkaitan EV menjadi semakin penting kerana EV semakin meningkat jumlahnya di Malaysia. Latihan bersama Bomba direka untuk menyediakan maklumat asas tentang teknologi di dalam EV dan langkah terbaik untuk mengawal pelbagai keadaan mencabar berkaitannya.



Lebih 40 petugas Bomba terlibat dalam latihan ini, meliputi aspek teori dan praktikal untuk menguruskan kemalangan berkaitan EV dengan selamat. Ini termasuk mengenali model EV, cara menguruskan bateri voltan tinggi, cara mengimbas bateri, penggunaan selimut kebakaran, protokol darurat dan cara menggunakan aplikasi ‘Mercedes-Benz Rescue Assist‘.

Aplikasi ‘Mercedes-Benz Rescue Assist‘ dapat membantu petugas keselamatan mendapatkan maklumat penting kenderaan dengan cepat. Dengan mengetahui cara mengesan dan mengimbas kod QR, petugas keselamatan boleh mendapatkan data khusus kenderaan walaupun kod QR sukar dicapai. Ini adalah langkah penting dalam situasi dengan masa yang suntuk.



Mercedes Malaysia mengulangi komitmen mereka tentang keselamatan, dengan sentiasa melatih pakar teknikal di pusat perkhidmatan berdaftar dan diiktiraf untuk menguruskan rekaan kompleks EV. Ini untuk memastikan keselamatan pelanggan sentiasa di tahap tertinggi.

Dengan berkongsi kepakaran ini bersama Bomba, ia mengukuhkan lagi komitmen tinggi Mercedes terhadap keselamatan. Mercedes turut berusaha untuk terus menyumbang dan membangunkan ekosistem petugas keselamatan yang sentiasa bersedia dan cekap supaya keselamatan komuniti automotif terus terjaga di samping teknologi yang pantas berkembang.

Bacaan Berkaitan

  • Mercedes-Benz EQS SUV Malaysia: EV mewah 7 tempat duduk berharga hampir RM700 ribu
  • Mercedes EQE 350+, EV E-Class yang mampu berjalan lebih 600km dengan sekali cas
  • Kereta elektrik Mercedes Benz EQB terbakar ketika mengecas di pusat pengedaran
Tags: bombaEV MalaysiaMercedesmercedes benz
Najib

Najib

POPULAR

Mercedes Benz dan Bomba pertingkat latihan kecemasan dan kemalangan berkaitan EV

Mercedes Benz dan Bomba pertingkat latihan kecemasan dan kemalangan berkaitan EV

16 July 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN