• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia V60 Design, telefon murah ada NFC dan serupa iPhone bawah RM500

  • OLEH Najib
  • 5:20 pm
  • 18/07/2024
  • Komen
Nubia V60 Design, telefon murah ada NFC dan serupa iPhone bawah RM500
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau dahulu Nubia V60 menggelar dirinya sebagai telefon serupa iPhone paling murah, kini ia ada pesaing yang jauh lebih murah. Nampaknya ZTE Malaysia telah membawa masuk satu lagi telefon dengan rekaan ala iPhone yang jauh lebih murah, dikenali sebagai Nubia V60 Design. Sebenarnya, telefon ini adalah adik kepada Nubia V60.

Seperti abangnya, Nubia V60 Design juga diiklankan hampir sama. Antaranya kaca umpama cermin di belakang, serta tema ‘Crystal Clear’.



Harga dan Ketersediaan

ZTE menjual Nubia V60 Design dengan harga yang lebih murah berbanding Nubia V60 (harga rasmi RM588). Hanya ada satu varian disenaraikan iaitu:

  • Nubia V60 Design (RAM 6GB + Storan 256GB) – RM499

Jika berminat, Nubia V60 Design sudah dijual di Stor Rasmi Nubia Malaysia di Shopee, serta terdapat di pengedar sah seperti DirectD dan SS Solution.



Spesifikasi Nubia V60 Design

Dengan harga di bawah RM500, tidak hairanlah ZTE menggunakan cip Unisoc T606 di dalam Nubia V60 Design. Ia ada RAM fizikal 6GB dan boleh ditambah secara maya sebanyak 10GB, menjadikannya kepada 16GB. Storan dalaman pula 256GB dan menerima kad mikroSD untuk menambah storan.

Skrin sudah pasti jenis LCD, seluas 6.6-inci 90Hz tapi resolusi HD+ (1612×720) sahaja. Terdapat ciri ‘Live Island’ di telefon ini, menjadikan lubang kecil lebih besar untuk menampilkan maklumat seperti notifikasi, mengecas dan lain-lain.

Lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera hadapan 8MP. Terdapat tiga kamera di belakang iaitu kamera utama 50MP F1.8 auto-fokus, kamera potret 2MP dan kamera ketiga dipanggil AI-CAM.

Kapasiti bateri di dalamnya 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 22.5W melalui USB-C. Pengimbas capjari terdapat di sisi, di dalam butang kuasa.

Badan Nubia V60 Design sangat rata dan ia ada kemasan sangat licin seperti cermin di belakang. Walaupun di laman rasmi menunjukkan ia ada 3 pilihan warna, senarai di Malaysia menunjukkan hanya dua warna iaitu biru dan ungu, tiada warna emas.

Sistem operasi MyOS 13 berasaskan Android 13 digunakan di telefon ini. Ia turut menyokong WiFi 5, NFC, dan Bluetooth 5.2. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Nubia V60 Design.

Bacaan Berkaitan

  • Nubia V60, telefon murah baru dari ZTE dengan NFC dan mirip iPhone 15 Pro Max
  • Nubia Music tiba di Malaysia, telefon murah ada speaker besar kuat dan dua jek audio
  • Nubia Focus 5G, telefon 5G termurah ZTE dengan kamera 108MP NeoVision AI
Tags: NubiaNubia V60Nubia V60 DesignZTE
Najib

Najib

POPULAR

Nubia V60 Design, telefon murah ada NFC dan serupa iPhone bawah RM500

Nubia V60 Design, telefon murah ada NFC dan serupa iPhone bawah RM500

18 July 2024
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN