• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus Nord CE 4 Lite kini mula dijual di Malaysia pada harga RM1,399

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:03 pm
  • 18/07/2024
  • Komen
OnePlus Nord CE 4 Lite kini mula dijual di Malaysia pada harga RM1,399
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus telah pun membawa masuk telefon pintar Nord CE 4 Lite ke pasaran Malaysia, walaupun tiada pengumuman rasmi daripada mereka. Ia merupakan telefon kelas pertengahan terbaru, sekuel daripada Nord CE 3 Lite yang diperkenal pada April tahun lepas. Kini, dilihat Nord CE 4 Lite telah mula dijual di Malaysia kerana ia sudah disenaraikan di laman rasmi Shopee dan Lazada mereka, malah juga di beberapa pengedar sah lain.

Sementara laman rasmi Shopee OnePlus masih belum memaparkan harga bagi Nord CE 4 Lite, sudah ada pengedar sah yang membuka tempahan awal serta menyatakan maklumat dan varian yang ditawarkan di Malaysia.



Harga OnePlus Nord CE 4 Lite Malaysia

Berdasarkan tinjuan di laman Mobile2go, OnePlus Nord CE 4 Lite dijual dalam satu varian di Malaysia dengan RAM 8GB dan storan 256GB pada harga RM1,399. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan iaitu biru dan hitam.

Sebagai perbandingan, model Nord CE 3 Lite dilancarkan pada harga RM1,099 dengan konfigurasi RAM dan storan yang sama, menjadikan kenaikan sebanyak RM300 untuk model terbaru ini. Jikalau berminat, anda boleh dapatkan Nord CE 4 Lite di mobile2go, ataupun di gedung rasmi OnePlus di Lazada dan Shopee, sekiranya ia tersedia tidak lama lagi.



Spesifikasi OnePlus Nord CE 4 Lite

OnePlus Nord CE 4 Lite adalah telefon berkelas pertengahan yang tidak banyak berubah berbanding generasi sebelumnya. Ia masih diperkasa cip Snadragon 695 5G, iaitu cip yang sama digunakan pada dua generasi sebelumnya serta menggunakan RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 2.2 sebesar 256GB.

Sekiranya storan tidak mencukupi, ia boleh diperluaskan lagi 2TB dengan kad mikro-SD, serta terdapat jek audio 3.5mm di bawah telefon untuk sambungan audio berwayar. Jika ada naik taraf ketara, ia adalah pada bahagian skrinnya.

Di hadapan, Nord CE 4 lite menampilkan paparan AMOLED 6.67-inci menggunakan resolusi FHD+ dengan kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 2100 nits. Panel paparan itu juga ada cakupan warna penuh sRGB dan uniknya ada fungsi Aqua Touch membenarkan skrin digunakan dengan baik walaupun tangan dalam keadaan basah.

Sistem kamera pula didatangkan dengan dua kamera di belakang, iaitu kamera utama 50MP OIS menggunakan sensor Sony LYT-600 dan satu lagi kamera depth 2MP. Lubang di skrin pula menempatkan kamera hadapan 16MP. Kapasiti bateri telah dipertingkatkan pada 5,500mAh dengan sokongan pengecasan lebih pantas iaitu SuperVOOC 80W.

OnePlus dakwa ia boleh mengecas dari 1% ke 100% dalam masa 52 minit dan yang lebih menarik, telefon turut menyokong pengecasan terbalik dengan kuasa 5W. Sistem speaker adalah jenis stereo dengan kelantangan mencapai 300% dan telefon juga diiktiraf kalis percikan air dan debu IP54.

Sejurus keluar kotak, Nord CE 4 Lite ini akan menjalankan sistem operasi OxygenOS 14.0 berasaskan Android 14. OnePlus menjanjikan kemaskini OS dua tahun dan tiga tahun keselamatan. Ciri lain yang ada pada Nord CE 4 Lite termasuk NFC, Bluetooth 5.1, WiFi, 5G serta pengimbas cap jari dalam skrin.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk OnePlus Nord CE 4 Lite.

Bacaan berkaitan

  • OnePlus Nord 4 dilancar, diperkasa Snapdragon 7+ Gen 3 dan pengecasan 100W
  • OnePlus Pad Pro diperkenal dengan skrin 12.1″ 144Hz dan Snapdragon 8 Gen 3
  • OnePlus akan guna pakai teknologi bateri Tesla?
Tags: Nord CE 4 LiteOnePlusOnePlus MalaysiaOnePlus Nord CE 4 Lite
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OnePlus Nord CE 4 Lite kini mula dijual di Malaysia pada harga RM1,399

OnePlus Nord CE 4 Lite kini mula dijual di Malaysia pada harga RM1,399

18 July 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN