• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semua atlet Olimpik 2024 Paris terima Galaxy Z Flip 6 edisi khas percuma

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:07 pm
  • 19/07/2024
  • Komen
Semua atlet Olimpik 2024 Paris terima Galaxy Z Flip 6 edisi khas percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung akan mengedarkan hampir 17,000 unit Samsung Galaxy Z Flip 6 edisi Olimpik kepada atlet-atlet yang menyertai Sukan Olimpik 2024 Paris. Ini adalah kali pertama Samsung hadiahkan telefon yang masih belum berada dalam pasaran sewaktu sukan Olimpik.

Sumber

Seperti yang dikatakan tadi, ia adalah versi istimewa sukan Olimpik dan setiap unit telefon datang dengan rekaan badan kuning dan lambang Olimpik serta Paralimpik dicap di bahagian belakang telefon.



Di dalam kotak, Samsung turut sediakan casing serta panel pelindung yang diperbuat daripada kulit hasil kerjasama Samsung dengan Parisan Men’s Luxury Miason, Berluti. Ia adalah entiti yang sama yang mereka cipta pakaian rasmi pasukan Olimpik Perancis.

Olimpik 2024 ini turut membawa satu perubahan unik kerana buat kali pertama dalam sejarah, atlet pemenang dibenarkan untuk membawa telefon iaitu Galaxy Z Flip 6 untuk mereka ambil gambar kenang-kenangan sewaktu acara penerimaan pingat.



Pastinya Samsung ingin mengambil peluang perhimpunan pelbagai bangsa acara sukan Olimpik ini untuk memperagakan keupayaan Galaxy AI dalam membantu komunikasi antara atlet. Antara ciri yang ingin mereka ketengahkan adalah seperti terjemahan masa nyata untuk panggilan telefon, penterjemah perbualan dalam 16 bahasa berbeza, dan jua penjana mesej berasaskan AI.

Penerima Samsung Galaxy Z Flip 6 edisi Olimpik ini akan menerima beberapa kelebihan sepanjang keberadaan mereka di Perancis. Telefon yang mereka terima dilengkapi eSIM dengan kuota 5G sebanyak 100GB hasil kerjasama Samsung bersama Orange dan ia telefon dilindungi jaminan global selama 2 tahun.

Selain itu, aplikasi Samsung Wallet pada telefon edisi Olimpik ini diberikan pas istimewa yang boleh digunakan untuk mendapatkan minuman percuma di mesin layan diri yang ditempatkan di seluruh perkampungan Olimpik dan Paralimpik. Ini hasil kerjasama Samsung dengan Coca-Cola.

Samsung Wallet yang sama juga boleh digunakan untuk mengakses pengangkutan awam tanpa had, hasil kerjasama Samsung dengan Île-de-France Mobilités (IDFM) agar atlet boleh menikmati keindahan bandar Paris dan sekitarnya.

Samsung memang tidak asing lagi memberikan telefon kepada para atlet sukan Olimpik. Tahun 2020 di Tokyo, mereka mengedarkan Samsung Galaxy S21.

Sumber

Edisi sebelumnya pula iaitu sukan Olimpik 2016 Rio, Samsung mengedarkan pula Samsung Galaxy S7.

Sumber

Anda boleh baca semua liputan kami tentang siri Samsung Galaxy Z dan Unpacked 2024 di bawah ini.

Bacaan berkaitan

Galaxy Z Fold 6 & Z Flip 6: Ini harga dan maklumat penjualannya di Malaysia

Galaxy Watch 7 & Watch Ultra: Harga dan promosi tempahan awal di Malaysia

Galaxy Buds 3 dan Buds 3 Pro: Harga dan promosi tempahan awal di Malaysia

Galaxy Watch 7 & Watch Ultra: Jam kecergasan AI tahan lasak & memahami badan manusia

Samsung Galaxy Buds 3 & Buds 3 Pro: Dikuasakan Galaxy AI dan prestasi bateri lebih baik

Galaxy Z Fold 6 & Z Flip 6: Apa yang sama dan apa yang berubah?

Tags: olimpiksamsungsamsung galaxySamsung galaxy z flip 6Samsung galaxy z fold 6Sukan Olimpiksukan olimpik 2024 paris
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Semua atlet Olimpik 2024 Paris terima Galaxy Z Flip 6 edisi khas percuma

Semua atlet Olimpik 2024 Paris terima Galaxy Z Flip 6 edisi khas percuma

19 July 2024
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN