• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Kombo Jimat Santan dari RM10 dan Nasi Lemak Double, menu baharu di AirAsia

  • OLEH Najib
  • 2:10 pm
  • 31/07/2024
  • Komen
Kombo Jimat Santan dari RM10 dan Nasi Lemak Double, menu baharu di AirAsia
Share on FacebookShare on Twitter

Santan, penyedia makanan dan minuman AirAsia hari ini mengumumkan Kombo Jimat Santan baru. Kombo ini menawarkan makanan hangat bersama minuman, pada harga yang lebih murah. Penumpang AirAsia dan AirAsia X boleh menikmati menu baru ini dari serendah RM10.

Antara menu baru yang menarik adalah Nasi Lemak Pak Nasser, kini disediakan dalam tiga pilihan iaitu:



  • Kombo Light – Nasi lemak saiz kecil dengan satu minuman, berharga RM10 (RM19 di AirAsia X)
  • Kombo Klasik – Nasi lemak saiz biasa dengan satu minuman, berharga RM19 (RM29 di AirAsia X)
  • Kombo Jumbo – Nasi lemak ‘double’ dengan satu minuman, berharga RM23 (RM32 di AirAsia X)
Nasi Lemak Pak Nasser ‘Double’

Antara pilihan minuman yang disediakan bersama kombo ini adalah Americano, Jasmine Green Tea, Ceylon Tea, atau Teh Tarik Kaw Kaw. Dengan kombo ini, penumpang boleh berjimat sehingga RM7.

Di samping itu, Santan turut memperkenal menu makanan baharu di dalam pesawat, antaranya:



  • Mee Sup Daging MALA – semangkuk besar mee sup daging dengan potongan ayam dan sayur
  • Mee Wantan Udang dan Ayam – menampilkan rasa asli dari Hong Kong
  • Ayam Panggang dengan sos Lada Hitam – dipanggang sempurna untuk dinikmati
  • Roti Bakar Madu dan Matcha Palmier Niko Neko – Dibakar segar dari Kuala Lumpur oleh kedai roti terkenal, Flaah
Mee Sup Daging MALA dan Matcha Palmier Niko Neko

Semua menu ini boleh ditempah bersama pelbagai minuman dalam pesawat. Bagi peminat kopi, Santan menyediakan pilihan seperti The BEST Coconut Latte, Americano, Caffe Latte, Caffe Mocha, Iced Spanish Latte, dan Espresso, dengan pilihan dua biji kopi antara ‘Santan Captain’ atau ‘Santan Allstar’. Peminat teh pula boleh memilih minuman seperti Fu Liang Black Tea, Sri Lankan Ceylon Black Tea, Dynasty Song Jasmine Green Tea, Yuzu Ceylon Tea, Yuzu Jasmine Green Tea, dan minuman kegemaran ramai, Teh Tarik Kaw Kaw.

Untuk lebih penjimatan, penumpang digalakkan untuk membuat tempahan awal sebelum menaiki pesawat. Dengan menempah awal, penumpang juga akan disajikan makanan dan minuman lebih awal di dalam pesawat.

[Sumber: AirAsia]

Bacaan Berkaitan

  • Kegendalaan IT global terburuk dalam sejarah? Banyak syarikat Malaysia turut terjejas
  • Gunung Ruang: Kenapa Malaysia Airlines & AirAsia batalkan penerbangan?
  • Pas AirAsia Unlimited Asean 2024: Terbang tanpa had sepanjang tahun, bayar secara ansuran
Tags: AirAsiaairasia santanSantan
Najib

Najib

POPULAR

Kombo Jimat Santan dari RM10 dan Nasi Lemak Double, menu baharu di AirAsia

Kombo Jimat Santan dari RM10 dan Nasi Lemak Double, menu baharu di AirAsia

31 July 2024
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

24 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

23 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN